Assalamualaikum..
Gambar hiasan |
Bagi sesetengah orang, bangun pagi bukanlah satu masalah, Tapi korang “mungkin” jenis orang yang susah bangun pagi sebab sudah “terbiasa” atau mungkin juga korang jenis suka tidur lambat. (macam aku, kadang-kadang jew owke) So, bila itu terjadi bangun waktu pagi sudah pasti menjadi perkara yang paling menyusahkan. (ya allah seksanya nak bangun pagi).. Terasa berat je mata tu
Hamboi bz nyer akak.. |
*Menguruskan Masa
Selesaikan semua
pekerjaan dengan cepat sampai petang je, dan jangan lengah-lengahkan sampai ke
malam. Anggap pukul 10 sama dengan pukul 12 malam. Dan kurangkan aktiviti
malam, paling lewat pon biarlah sampai pukul 9 je. Dengan itu kompom waktu
rehat korang cukup.
Nasi Lemak |
*Kuasa sarapan pagi
Ramai orang melewatkan
waktu sarapan sebab takut tak sempat/lambat, padahal sarapan lah benda yang
penting dalam memulakan hari-hari korang. Luangkan sedikit masa untuk menikmati
sarapan, jadi tiada alasan la untuk bangun lambat kan , kena “set mind” la. (bangun-bangun
sarapan nanti lapar) hehe.. dan pastikan korang amik sarapan yang bernutrisi
dan berprotein supaya tubuh badan segar sehat sepanjang hari.
Senaman pagi |
*Memberi Ganjaran Kepada Diri Sendiri
Korang boleh gak
terapkan system “reward” atau penghargaan terhadap diri sendiri bila berjaya
bangun pagi. Tak payah yang gempak2 atau mahal, Cuma beri kesempatan untuk diri
sendiri lakukan perkara-perkara yang disukai. Macam berjogging ke, mengemas satu
rumah ke (kalau hari cuti la), berblogging ke, apa-apa je janji korang punya
suka. Tak susahkan orang lain sudah. Mesti bangun pagi rasa seronok je. Tak gitu
kawan-kawan.
Hambik besarnyer jam.. |
*PAKSA diri
Walaupun korang
tak biasa, paksakan diri supaya bangun pagi. Katakan pada diri sendiri, “aku
mesti bangun pagi” walaupun susah paksa jugak. Dengan cara macam ni sebenarnyer
boleh mendisiplinkan diri lama-kelamaan insyallah akan terbiasalah bangun pagi.
Cantiknya pemandangan pagi, rasa segar |
*Sinaran Matahari Pagi
Bila bangun pagi, segera
buka jendela bilik dan biarkan cahaya luar masuk melalui jendela bilik. Ini
akan memberitahu korang bahawa hari sudah pagi dan sudah waktunya bangun dari
tempat tidur untuk memulakan aktiviti baru.
Gambar Hiasan |
*Pasang Alarm
Sebelum tidur, matikan
semua peralatan elektrik, contohnya laptop, TV, radio dan alat elektrik lain (yg
berkenan saja untuk mengurangkan pembaziran tenaga letrik) supaya korang dapat
tidur lebih nyenyak tanpa gangguan. Jangan lupa pasang alarm di jam yang sama
setiap pagi agar korang boleh bangun pagi dengan teratur.
Nota Kaki: Sekian wallahualam,
yang baik itu dari NYA yang buruk itu dari diri Qu Selamat mencuba<<
pesan pada diri sendiri huhu
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..