Blogger Widgets

Monday 27 January 2014

Tips elak anak hilang

:: Assalamualaikum ::

panduan menjaga anak bayi laporan polis jika hilang anak

Menarik topik ni untuk di kongsikan..disebabkan Lieya juga ibu kepada 2 cahaya mata,tak salah rasanya kongsi sama tips-tips ini.. sama-sama beringat untuk kesejahteraan dan keselamatan kita bersama..

Tip supaya tidak terpisah dengan anak ketika bercuti
Sepanjang cuti persekolahan ini, membawa anak ke tempat menarik dan menyeronokkan adalah agenda utama hampir semua ibu bapa saat ini.

Saat ini jugalah dimanfaatkan sepenuhnya ibu bapa yang kebanyakan­nya sibuk dengan kerja seharian di pejabat.

Memanfaatkan sepenuhnya cuti persekolahan ini untuk membawa anak bercuti bagaimanapun mengundang kepada kesesakan di tempat yang menjadi tumpuan ramai.

Keadaan yang bersesak-sesak ini juga adalah situasi sukar dan menyebabkan perkara tidak diingini, contohnya anak terpisah daripada ibu bapa.
Apabila anak terpisah daripada ibu bapa terutama kanak-kanak di bawah usia lima tahun, tanyalah apa saja, hanya air mata yang mengalir.

Justeru, bagi mengatasi masalah ini terutama di musim cuti ini, tip melancong kali ini mungkin dapat membantu.
Ajar anak mengingati nama anda
Ada kanak-kanak masih tidak tahu atau mengingati nama ibu atau bapa. Perkara ini juga merumitkan untuk mencari keluarga si kecil.
Jadi, ajar anak mengi­ngati nama anda atau pasangan supaya jika terpisah, petugas dapat mencari anda.
Tanda nama
Tanda nama yang leng­kap dengan nama anda dan pasangan serta alamat dan nombor telefon untuk dihubungi ditulis di atas kertas atau kad kecil cukup membantu terutama terpisah dengan si kecil.
Dengan meletakkan kad nama itu di dalam poket seluar anak atau beg anak, ke mana pun anda pergi dapat membantu sesiapa yang menjumpai mereka menghubungi anda.
Ajar mereka untuk menunjukkan tanda nama itu kepada petugas atau individu yang menjumpai mereka.
Dukung anak
Mendukung anak dalam keadaan yang sesak adalah langkah paling bijak daripada memegangnya apatah lagi jika anak masih kecil.
Selain itu, ketika berjalan di dalam kesesakan, adalah lebih baik isteri di depan, anak di tengah dan bapa di belakang lebih-lebih lagi jika mempunyai anak lebih daripada dua.
Dalam apa juga situasi, awasi anak anda dan jangan sesekali leka.
Tetapkan tempat berjum­pa
Jika bercuti dalam kumpulan, pastikan anda menetapkan lokasi untuk berjumpa pada masa sudah ditetapkan.
Walaupun masing-masing punya telefon, tetapkan tempat berjumpa untuk mengelak sebarang masalah seperti bateri telefon bimbit habis atau sebaliknya.
Jika berkunjung ke taman tema atau kompleks beli-belah, jadikan kaunter pertanyaan sebagai tempat pertemuan jika terpisah dari kumpulan atau sebaliknya.
Jangan panik
Ketika terpisah dengan anak, jangan panik. Carilah mereka sebaik mungkin dan dapatkan bantuan daripada pihak yang sepatutnya di mana juga anda berada.
Panik hanya membuatkan anda hilang fokus dan bukan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.
Gambar terkini anak
Gunakan kemajuan tek­nologi yang ada dengan merakam gambar terbaru anak. Gambar ketika keluar pada hari itu adalah yang terbaik.
Sekurang-kurangnya, apabila anda mencari mereka, anda boleh tahu warna pakaian, kasut, beg dan banyak lagi petunjuk untuk mencari anak anda ketika mereka terpisah.

Sumber Hmetro

4 comments:

  1. Assalamualaikum awak. nice tips. thanks sharing. teringat dulu selalu nampak mak ajar adik bongsu semua ni. beg sekolah adik pun besar2 mak tulis no telefon beliau. hehhee

    ReplyDelete
  2. rajin awak komen saya ye.. time kasih.. sangat2.. tula.. bersebab kenapa mak2 kita letak benda2 tu semua..

    ReplyDelete
  3. Tq share..tips yg bagus utk para ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama rey.. mana yang bagus dan baik.. kita kongsi-kongsi ye

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..