Blogger Widgets

Wednesday 5 March 2014

Amanah DariNYA

:: Assalamualaikum ::


AMANAH DARINYA..


Memang aku yang kandungkan mereka (‪#‎Rayyan‬ ‪#‎Qistina‬). 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan mereka. Sakit.

Tetapi. Anak ini bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah.
Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.

Jadi. Mengapa perlu aku mengeluh untuk melayan mereka, tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku dengan selamba je boleh menghabiskan masa melayan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi.
Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa pula aku mengeluh kesal, bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli sebulan yang lepas. Ramai lagi ibu bapa yang teringin hendak membeli saiz baju yang lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Lupakah aku.!!!
Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil ANAK. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.

Aku terus mengeluh. Tengah leka bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, dan diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang menangis, merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh.
Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.

Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali...

Ya allah moga aku tak terus-menerus terlupa..
Moga aku sentiasa beringat mereka ini AMANAH dariMU ya ALLAH..

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak, sheila ada terbaca ayat ni.. harus kita bersyukur dan layan anak ni sebaik mungkin. in shaa Allah ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. ye sheila.. kadang2 kita terlupa.. jadi niat kak cuma nak ingat mengingati sama-sama.. untuk diri akk jugak..

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..