Blogger Widgets

Tuesday 10 September 2013

Perjalanan baru bermula, IZZ RAYYAN ZIQRI

:: Assalammualaikum ::

~Mengimbas kembali saat melahirkan Putera Kedua Lieya~

Seawal pukul 1250 pagi (09/09/2013) perut sudah mula terasa sakit-sakit manja seperti sengugut. Lieya ni memang ada senggugut yang kronik sejak dari bujang lagi. Ada tu sampai demam-demam,muntah-muntah tak boleh bangun gara-gara penangan senggugut ni. Citer pasal senggugut lak, he sambung balik citer asal...


Sakitnya datang dari pinggang dan kebawah. Datangnya hanya kejap-kejap je, tak kerap. Tapi masih boleh handle lagi rasa sakit manja-manjanya tu, Teringat kata teman-teman (yang bergelar ibu2) itu sudah tanda-tanda nak bersalin. Ditolak jauh-jauh rasa takut ini kerana diwaktu ini suami tiada disisi kerana ada urusan diluar yang perlu diselesaikan. Sakit-sakit manja ini membuatkan Lieya tak boleh tidur.


Anak sulung Lieya sedang nyenyak tidur diwaktu ini. Lieya kerap kali ketandas sebab nak membuang air kecil. Kali pertama membuang seperti biasa, masuk kali kedua dan seterusnya jadi macam kencing tak lawas. Ni juga salah satu tanda sebenarnya. Tapi tak terfikir pun, Ingat takde pape lah kan. Kencing tak lawas ni bercampur dengan tanda darah sebanyak 2 kali. Keluar dari tandas minum lagi air kosong. Kembali menemani kakak tidur, cuba untuk melelapkan mata. Tapi tak boleh.


Sakit mula datang kejap-kejap 5 minit, kejap-kejap 3 minit. Masa ni Lieya dah kerap hantar SMS tanya suami dekat mana. Baring pon dah tak boleh, jadi masa ni walaupun mengantuk, tapi kesakitan yang kerap datang ni buat mata tak boleh terpejam.


Tepat pukul 0300 pagi, Suami sampai dirumah, terus siapkan barang-barang anak yang sulung baju-baju dan keperluan masuk dalam beg, sebab nak pergi ke rumah mak mertua. Manalah tau dah tiba masanya untuk melahirkan. Baju baby dah siap sedia seawal dua bulan di dalam kereta.


Setibanya dirumah mak, Waktu ni Lieya masih berkira-kira lagi sama ada nak ke hospital atau tidak. Sebab masa ni fikir masih boleh handle lagi rasa sakit tu. Pengalaman kenalan rapat juga yang mendorong Lieya berkira-kira nak ke hospital. Yela ikut pengalaman masing-masing, ada yang di tahan wad kerana laluan belum terbuka sepenuhnya. Tetapi yang membuatkan Lieya sebenarnya tak suka duduk lama-lama dekat spital tu,salah satunya boring (masa mengandung anak sulung dulu pernah kena tidur wad sebab ada masalah dengan kandungan).


1 lagi sebab tak boleh tidur. Haha ni semua gara-gara tengok citer hantu la.. yang ade aksi-aksi ngeri kat spital.. hantu bawah katil la.. atas katil la.. hujung katil la.. mana nak tidur spital.. isk isk isk.. teruk kan..

Ade dekat 5 ke 10 minit duduk dalam kereta dekat depan rumah mak, (kakak dah hantar masuk ke dalam rumah) berkira-kira nak pergi ke tak.. nak pergi ke tak.. Dan akhirnya Lieya buat keputusan untuk pergi ke hospital. Masa ni sakit dah berkurangan sedikit. Yang kuat mendorong Lieya untuk pergi juga ke hospital, sebab Lieya tak tahu macam mana keadaan baby sekarang dalam perut. Lieya tak nak lah menyesal kemudian hari. Sebab dah keluar tanda darah kan. Jadi sepanjang perjalanan bertawakal, berdoa agar segalanya dipermudahkan. Kalau ikut tarikh due masih lambat lagi 21/09/2013 . Gagahkan juga hati ini. 


Alhamdulillah sampai juga diperkarangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada pukul 0400 pagi. Waktu ini, Hubby tak putus-putus bagi semangat.

"Inshaallah sayang semuanya akan dipermudahkan, jangan terlalu risau ye".
allah huakhbar, Hilang seketika rasa takut diberi semangat dari Hubby.

Dengan melangkah penuh longlai masuk ke bilik saringan (wad kecemasan ibu bersalin). Nurse meminta Lieya menyalin pakaian. Bermula lah sesi soal jawab, dan sesi check laluan baby, dup dap dup dap atas katil, laluan baru buka 4cm. Pukul 5.30 pagi Lieya diusung masuk ke wad biasa, kata nurse laluan perlu terbuka sehingga 9 inci. Masa nak melahirkan anak pertama Lieya dimasukkan jarum di tangan (tapi untuk hiasan je, takde pulak masuk air ke darah ke apa.. sampai dua kali cucuk, baca pengalaman melahirkan Puteri sulung Lieya, kelik INI).


Untuk kali ni takde pula.. cucuk amik darah jela..

Dalam wad biasa, Lieya ditempatkan disuatu sudut yang diasingkan di balik tirai kain berwarna hijau, dalam hati terdetik berapa lama perlu Lieya baring di wad biasa ni. Tapi alhamdulillah, Hubby jadi peneman setia disisi Lieya. Terasa jam berdetik terlalu lama, mungkin ini ujian Allah untuk menguji tahap kesabaran Lieya. 

Seorang doktor perempuan melayu bertudung datang untuk memeriksa laluan baby, dia beritahu, dah terasa rambut baby.



Hati dah mula tak keruan, sebab tak lama je lagi mungkin baby ini akan lahir kedunia. Jadi doktor memilih untuk membantu memudahkan proses kelahiran. Dipecahkan air ketuban Lieya dengan sejenis alat, Amniohook (kalau tak silap la). Seperti gambar dibawah.





Selesai pecahkan air ketuban (terasa air panas mengalir), doktor meninggalkan pesan kepada Lieya dan suami, "Jika rasa macam baby nak keluar, cepat-cepat panggil nurse". 

Setelah air ketuban dipecahkan, kini baru terasa sakitnya nak bersalin, perut memulas-mulas lebih teruk dari sebelumnya.. setiap 1 ke 3 minit.. Ya Allah tak tertanggung rasanya, apabila contraction datang, perut akan mula mengeras. Tangan suami digenggam erat takkala sakit itu datang. Suami tak putus-putus menenangkan Lieya.

"Sabarlah sayang, bertahan ye".

Ini pertama kalinya dia melihat sendiri, sakitnya saat sebelum baby dilahirkan, Diraut wajah suami terpancar rasa cemas dengan situasi yang Lieya hadapi sekarang. Mujur lah dia masih cool lagi. Sedikit pun dia tak berganjak dari tempat duduknya. 

Jam menunjukkan tepat pukul 0600 pagi, Sayup-sayup kedengaran suara Azan subuh dilaungkan, Dalam hati hanya "ya allah kau permudahkanlah semuanya dengan selamat".  0620 pagi, dah mula terasa sesuatu nak terkeluar, Lieya pun suruh suami panggilkan nurse, dua kali suami tanya "sayang dah nak bersalin dah ke?? baby nak keluar dah ke??". Lieya cuma mengangguk je, sebab tak tertanggung rasa sakitnya.

Nurse datang, alih Lieya ke katil lain, dan terus usung Lieya ke Labour Room. Dalam kesakitan yang amat sangat tu terdengar suara nurse berpesan "Puan jangan teran dulu ye puan, tahan ye puan". Di labour room hanya bertawakal, berdoa semuanya selamat. Doktor datang membuat persiapan untuk menyambut kelahiran, 

"Puan bertenang ye"
"Baik puan tarik nafas dan teran"

"Bagus puan,lagi teran"
"Kita dah nampak kepala baby Puan"
"Sikit lagi Puan,Teran..Teran"



"Uwaaaaaa" terdengar suara bayi dihujung katil. Ya allah, Alhamdulillah, Syukur ke hadrat mu ya allah. Semuanya selesai. Tali pusat di potong.. tepat pukul 0627 pagi. Izz Rayyan Ziqri melihat dunia. Saat ini hanya air mata peneman diriku. Habis tenaga digunakan untuk proses kelahiran tadi. Bayi di letakkan diatas dadaku seketika untuk proses penyusuan. Bila proses menjahit, baby dibawa keluar untuk dibersihkan.



(31 Ogos 2013, Tengah sarat mengandung)

Pukul 10.00 pagi baru Lieya ditempatkan di wad biasa. Terpancar wajah kegembiraan suami. Selama 9 bulan Izz Rayyan Ziqri berada didalam rahim Lieya. Akhirnya lahir juga dia kedunia dengan seberat 2.8KG.

Sepet mummy yang comey. Terima kasih ya allah diatas kurniaan mu ini..








(Macam nak sama je kan muka mereka ni, Nama pun adik-beradik)

Inilah pengorbanan yang sama Emak / Bonda lalui untuk melahirkan Lieya. Terima kasih Mak, sayang Mak ketat-ketat.

Nota Kaki: Pengalaman yang sangat-sangat berharga.