Blogger Widgets

Sunday 12 August 2012

22 RAMADAN


Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah 22 hari kita berpuasa, AQ bersyukur padamu ya ALLAH kerana masih lagi dipinjamkan nyawa untuk bernafas dan merasai bahang raya yg semakin mendatang tidak lama lagi, hanya tinggal seminggu saja lagi kita semua umat islam berpuasa.

Raya tahun ini seperti yg telah dirancang AQ akan menghabiskan cuti raya di kampung halaman QU bersama insan-insan yg tersayang, insyaallah.

Bercerita pasal raya, ha.. macam mana persiapan untuk raya tahun ni..?? AQ rasa tahun ni la AQ bershopping sakan, baju raya, kuih raya, rumah je yg tak raya2 lagi ni.. tak lama da nak bertolak balik ke Johor. jawabnyer esok bermula lah projek mengemas satu rumah.. dari a to z.

Masa bujang semuanya mak siapkan dari a to z.. AQ cuma tolong apa yg perlu saja.. skarang merasa la AQ bila da menjadi suri rumah tangga. Harap ada kekuatan untuk mengemas rumah di bulan puasa ni.. Inysaallah..

Semakin dekat nak sambut kedatangan bulan Syawal, Hari Raya semakin takde idea da nak masak apa untuk makan sahur, actually AQ jarang masak kalau waktu berbuka.. lagi senang beli yang da siap.. tapi kadang2 masak jugak yg simple2 je.. nasib la encik suami memahami.. tahun depan insyallah akan jadi tahun yg lebih baik dan lagi bagus.. belajar dari pengalaman yang lepas.. ececeh..

Sekarang lain, dulu lain, dulu pagi raya mak akan kejut bangun mandi siap2 pakai baju raya, p sembahyang raya, dan makan beramai-ramai. Tahun ni AQ yang akan sibuk untuk menyiapkan anak dan encik suami, tak sabar nak lalui saat manis itu.

Dulu zaman kanak2 memang tak sabar nak raya sebab nak p collect wet raya dari rumah ke rumah, tak kan QU lupa saat itu, saat ini AQ pulak yang kena duduk rumah dan bagi wet raya kat kanak-kanak.. masa berlalu dengan pantas sekali.. tanpa menunggu kita, sedar tak sedar da semakin berumur AQ tika ini.. anak pon da 16bulan (setahun 4bulan)..

Raya da semakin dekat, dengar lagu raya, terasa diri berada dikampung. Harap semuanya akan menjadi kenangan yang terindah.

Nota Kaki: Ringkas saja tulisan Qu hari ini..

Thursday 2 August 2012

Sana Sini "IFTAR"


Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirahim..

Selamat datang bulan August.. Bulan yang membuatkan diri Qu semakin sibuk.. bz bz bz dengan kerja.. maklumla nak cuti2 Malaysia ni kan.. Balik raya di Johor tahun ni...yeay.. tak sabar rasanya.. nak peluk cium my mom.. padat la jadual keje..huh.. mana nak siapkan paperwork..ot.. bla bla bla .. haha ~full stop~

Dibulan Ramadhan yang mulia ini , Sebagai seorang yang beragama islam, puasa bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum (berlapar, berpuasa), malahan seseorang itu juga perlulah menahan segala nafsu-nafsu lain tak kira la apa bentuk sekali pon.. Dan bulan ini juga adalah bulan yg bagus/baik untuk kita mengubah akhlak kearah yang lebih baik. Insyallah.. (ececeh ayat skema btol.. hadoi)

Ok mungkin u'ols semua ada yg sudah tahu apa maksud IFTAR.. ~cuma AQ je yg macam batak tak pernah dengar.. kan kan haha~

Kebelakangan ini baru AQ perasan (atau mungkin tahun-tahun yang sebelumnya yg AQ tak tahu la kan) orang ramai sudah memulakan gerakkan memansuhkan perkataan "berbuka puasa" kepada "iftar". Apakebenda "iftar" tu kan?

AQ pong search la kat google kan.. click dapat la info ni..

".....Iftar (Arabic: إفطار‎), refers to the evening meal when Muslims break their fast during the Islamic month of Ramadan....." 


Ok, sekarang dah dapat tau la kan maksud iftar tu... 

Tapi persoalannye: kenapa nak guna perkataan ni ye?muskhil kejap..

Maafkan AQ ye sebab AQ agak terkilan dengan penggunaan ayat ni. Dulu bila bahasa Melayu dicampur aduk dengan English ada yang marah, tidak bersetuju. Cakap bahasa rojak lah, merosakkan bahasa jiwa bangsa lah, bla bla bla.~

Sekarang nak adopt bahasa Arab boleh pulak? Dulu mungkin lah guna ayat "iftar" tu macam cool ala-ala hipsters *yang suka posing gambar makanan berbuka dengan InstagramFacebook, Twitter atau apa jela...*

Tapi sekarang aku rasa perkataan tu dah mainstream sangat sampai aku pun naik rimas. Kat stesen radio pon ade gak yang pakai ayat ni..

AQ rasa orang kita masih keliru dengan dasar peng-Islam-an dengan dasar peng-Arab-an.
Maaf kalau rasa keterlaluan..

Nasib baik tv dan akhbar (as far as i concern) masih guna "waktu berbuka". Kalau "Iftar" emm.. macam tak berapa syok pulak nak didengar.

Ok lah, as a conclusion, *please stop using the word iftar*. we have our own version of Iftar called Berbuka Puasa. It sounds more "environmental friendly".

Baca saja ayat ni *Iftar nanti kita makan tamar ya.. err.. Berbuka puasa nanti kita makan kurma ya*. Hurm ayat yang mana lagi better..?? pada AQ yang kedua.. mungkin da menjadi kebiasaan..

Nota Kaki: AQ hanya meluahkan apa yang AQ rasa..kalau tak suka.. ~ada AQ kisah~ haha salam ramadhan

Wednesday 1 August 2012

VASELINE

Assalamuaalaikum <3

Pejam celik, pejam celik da masuk 11 hari kite berpuasa..

Dan dicorong-corong radio da mula berkumandang lagu-lagu Raya. Dengar je lagu raya u'olss.. adudu hati rasa sayu je..cam nak nangis pon ade..mata da bergenang je dgn ayor mate.. huh.. otomatik terus ingat kat mom kat kampung..

Mom macam tau je hati sayu dengar lagu raya dan teringatkan dia.. terus dapat call dari Mom.. (Hati seorang ibu memang selalu begitu, dapat rasa si anak sedang teringatkan dia)

Owkeh habis *full stop* bab sembang dengan my mom.. ~xsabar pulak nak balik raya dekat Johor~

11 hari da berpuasa, awal puasa masih maintain lagi bibir ni.. tapi 2 3 hari sejak kebelangan ni ..bibir semakin teruk mengelupas dan kering, sampai luka dibuatnya, tak tau sama ada faktor cuaca atau sebaliknya..

Nak kata kurang minum air, jangan cakap la u'olss, bercawan-cawan minum lagi pulak air putih, air masak..
sampai membuncit perut kenyang air mase sahur atau berbuka..


Tapi bibir tetap kering, so search kat google petua bagai an nak ilangkan sakit bibir ni.. jumpe la vaseline ni..


~Untuk melembabkan bibir~
Pada sapa-sapa yang tau pasal benda ni kan cer kongsi-kongsi sket.. ok ke ieeedaaaak...
Kalau ok nak la p beli and cuba an.. seyes tak tahan da tangan ni asyik nak kopek yang kering- kering tu.. (bab tu la luka- luka haha.. tangan owh la tangan)

Habis tak selesa kan, nak minum tak leh kan.. kan puasa, dah tu tak kan kejap-kejap nak p ladies nak basahkan bibir pulokk..

Nota Kaki: cer kongsi sikit..