Blogger Widgets

Monday, 3 February 2014

Penyeri Keluarga.. Puteri Sulungku #Qistina

:: Assalamualaikum ::

Lieya terdetik di hati untuk membuat entry ini, semenjak dua menjak ni.. teringat pula saat-saat pahit manis bertarung nyawa melahirkan anak-anak kedunia.

Ini cerita pengalaman Lieya melahirkan anak Pertama yang sulung dalam kata erti lain dialah segala-galanya. Lieya pun nak kongsi sama pengalaman Lieya melalui proses melahirkan.. sama macam ibu-ibu yang lain juga. Mungkin kisah kita sama. Seronok baca entry mereka. Pengalaman yang cukup bermakna. Tak kan mudah dilupakan, walaupun kini Nur Qistina Amiliya sudah pun mencecah usia 2 tahun 9 bulan dan 3 minggu. 08/02/14 genaplah usianya 2 tahun 10 bulan. Anak pertama dan kedua masing-masing punya cara tersendiri untuk dilahirkan. 2 pengalaman yang diakhiri dengan tangisan kesyukuran.

#throwback ~~~ 
Ia nya bermula dirumah, jam menunjukkan pukul 1000 pagi (08/04/2011) hari Jumaat. Maklum lah malas nak bangun awal-awal sebab fikir nak amik mc hari ni sebab nak pergi scan perut sebelum melahirkan 17/04/11, tak lama je lagi tu kan due nya. Tepat Pukul 1100 pagi perut mula rasa sakit-sakit. Tengah syok bergolek-golek atas katil. Tiba-tiba rasa underwear basah, terus ke tandas. Sudah keluar tanda darah. Dengan selamba bagitahu pada mak, 

"Mak ada keluar darah la, orang dah nak bersalin ke ni mak", muka tanpa ada rasa cemas.

Cuma menahan rasa sakit yang kejap-kejap datang. Tak lah sakit macam senggugut tu. Tapi muka masih selamba lagi masa ni.

Tapi bila mak menjerit kata....

"la ko dah nak bersalin dah tu, pe tunggu lagi pergi bersiap cepat. kang ada yang keluar anak ko kat rumah ni kang" 

Haha masa ni baru la rasa cemas tu datang, buat apa semua serba tak kena.. takut baby jatuh keluar dari perut.. jauh nye imagine Lieya kan Maklumlah anak pertama takde pengalaman. Mula la kelam kabut semacam.

Planning asal Lieya nak melahirkan dekat Hospital Sungai Buluh. Dalam kereta suami pula asyik tanya, 

"sempat tak ni nak pergi Sungai Buloh??, masih boleh tahan tak ni??" siap cakap kat baby lagi, "tahan ye jangan keluar dulu, mummy nak keluarkan awak kat spital Sungai Buloh". haha kita tengah sakit ni dia buat lawak pulak.

Masa berhenti di 1 traffic light tiba-tiba sakit dah mula kerap.. dalam 5 minit sekali.. Lieya pun tarik nafas hembus tarik hembus.. He sampai Encik suami pun cemas sama. Terus tak jadi nak menghala ke Sungai Buluh takut terberanak pula dalam kereta. Kami U-Turn terus bagi double signal. Masa ni suami bawa kereta pun dah tak senang duduk. Habis semua orang dimarahnya, sebab tak boleh nak cool dah. Ditambah pula dengan keadaan lalu lintas yang jammed.

Sampai je di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pukul 11.30 Pagi. Terus ke wad kecemasan, Sesi check in.. Selesai check in, salin baju pun sudah, sekarang sesi untuk check laluan. Laluan sudah terbuka 6cm. Biasanya untuk anak pertama laluan perlu dibuka seluas 9 ke 10 cm (macam gambar kat bawah). Jadi tangan Lieya di cucuk dengan jarum (sebelah kiri), untuk dimasukkan darah / air. Standby aje kata nurse tu. Sakit hanya Allah saja yang tahu. Sebab jarumnya besar. 




Dua kali kena cucuk, yang pertama masa di bilik saringan wad kecemasan, dan sekali lagi masa dalam labour room, sebelah kiri punya jarum, memang Lieya tak perasan bila masa dia tercabut keluar sampai berdarah-darah. Sebab masa tu Lieya tengah berjuang, bertarung nyawa untuk melahirkan baby. Jadi kena cucuk sekali lagi dekat tangan kanan pulak.

Tepat pukul 12 lebih, Lieya diusung naik masuk ke Labour room, Doktor yang check di bilik saringan bagitau, Lieya dah boleh masuk ke Labour Room, masa ni kesakitan masih ditahap terkawal. Suami dipanggil untuk mengambil baju baby dan tunggu di luar bilik bersalin.

Dalam labour room, sakit dah mula kerap 5 minit ke 3 minit.. itu dipanggil contraction.
Macam gambar kat bawah ni.. 

Peralatan untuk proses kelahiran telah pun disediakan, Datang seorang doktor lelaki india untuk membuat pemeriksaan dan berkata perlu tunggu lagi lebih kurang 2 ke 3 jam untuk baby ini dilahirkan. Tapi kesakitan yang Lieya rasai saat ini, membuat kan Lieya rasa nak teran saja. Memang sudah tidak dapat dibendung lagi kesakitannya. Hampir 20 Minit Lieya ditinggalkan dengan bekalan Oksigen.

Datang seorang nurse memberitahu laluan sudah terbuka, Jadi doktor bergegas untuk memastikan baby dilahirkan dalam keadaan selamat. 3 orang doktor bersiap untuk menyambut anak pertama Lieya. (Perempuan berbangsa singh, Lelaki india, dan seorang doktor perempuan melayu). Dan Lieya dikelilingi oleh nurse-nurse pelatih. Ada yang memberi semangat, ada pula yang hanya melihat saja. Waktu ini Lieya tak boleh menjerit, hanya perlu tarik nafas dalam-dalam dan teran. 10 ke 15 minit sudah berlalu, tetapi baby masih belum dapat dikeluarkan lagi, Lieya punya tenaga sudah mula berkurangan. (pagi tadi tak sempat bersarapan, pengajaran semua tu, Sarapan pagi sangat penting untuk tenaga).

Lieya telah gunakan 110 % tenaga untuk meneran. Dan akhirnya untuk mengelakkan dari baby lemas dan jantung nya lemah, doktor memilih untuk menggunakan kaedah forceps.



Tepat jam 01.44 tengahari Nur Qistina Amiliya selamat dilahirkan, dengan berat 2.8KG.

Keluar ke wad biasa pukul 04.00 petang, sesi menjahit lama di labour room. Keluarga gembira dengan kehadiran cahaya mata sulung Lieya.


Hello Mummy,Abie (masa ni dia tengah tidur, fokus je kat muka terus dia senyum)



Senyum spontan bila bertentang mata

Inilah dia Puteri kesayangan Lieya dan suami. Dialah racun, Dialah juga penawarnya. Bila bergambar macam-macam gaya ada. Dan masa ni Lieya preggy 7 bulan.

Nota Kaki: Kanak-kanak membesar dengan belajar semua perkara baru yang terjadi disekelilingnya, Mummy dan abie akan jadi contoh terbaik untuk anak-anak.. Insha allah.

6 comments:

  1. Tu la kan. Lain org lain pgalamnnye. Tp pglmn melahirkan anak pertama mmg tak dpt lupa kan. Lg2 first time melahirkn....

    ReplyDelete
  2. betul tu cik la..masing-masing lain caranya.. cuma sakitnya sama je.. yang penting dua-dua sihat..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. seram sejuk pula baca entri ni. heee thanks sharing pengalaman. nervous pula nak tunggu turn sheila masuk labour room T___________T

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam, jangan seram2.. banyak kan berdoa.. bila ingat-ingat balik memang rasa macam xnak bersalin lagi je.. tapi bila tengok muka baby, tolak tepi raa sakit tu.. insha allah.. allah akan permudahkan nya.. nanti share story sheila pulak ye.. excited

    ReplyDelete
  5. Ye gitu la citer nya Wak Gelas.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..