Blogger Widgets

Wednesday 5 February 2014

Ariana Rose

:: Assalamualaikum ::

Mula-mula tengok cerita ni tak berapa nak follow sangat, sampai kadang-kadang termiss pon masih takde ape effect. Tapi bila dah masuk 3 ke 4 episode dah mula jadi gila nak follow cerita ni.. siap repeat balik cari video-video episode yang dah tertinggal sebab nak fahamkan ape yang dah berlaku. Cerita ni memang dah mula berhantu. Kalau dulu leh jadi gila tengok cerita Setia Hujung Nyawa, I Love You Mr. Arrogant dan banyak lagi.. ini juga salah satu drama yang telah tersenarai. Ade yang dari TV3, dan ade juga dari TV9.

Ini serba sedikit sinopsis yang Lieya ambil dari blog INI

Drama Ariana Rose merupakan drama adaptasi daripada novel "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose. Novel The Wedding Breaker merupakan pemenang tempat pertama dalam Anugerah Best Novel Karnival Novel 2013. Drama bersiri Ariana Rose diarahkan oleh Raja Alauddin Shah bakal disiarkan mulai 30 Disember 2013 selepas tamatnya Drama Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia TV3. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 malam. Drama ini juga boleh ditonton secara percuma di tonton.com.my



Judul Drama : Ariana Rose
Pengarah: Raja Alauddin Shah
Penulis Skrip : Sofia Rhyland
Penerbit : PenaCreative
Episod : 28 episod
Novel : The Wedding Breaker terbitan Karya Seni
Pelakon : Keith Foo (Tengku Adam), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Nabila Huda (Liyana), Arja Lee (Ramzul), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Wan Jusoh), Ziela Jalil (Datin Asra), Mustapha Kamal (Tengku Mukhriz), Liza Abdullah (Tengku Lisdania), Rahhim Omar (Tengku Sidin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Syatilla Melvin (Sophie), Wan Sharmila (Linda)
Mulai : 30 Disember 2013
Jadual : Isnin - Khamis,
Pukul : 7.00pm - 8.00pm
Saluran : Slot Akasia, TV3

Nak sinopsis penuh boleh baca kat blog infotaip

Ini barisan pelakonnya..


Nur fathia sebagai (Ariana Rose Dato' Wan Jusoh) - Heroin
Keith Foo sebagai (Tengku Adam Kamil Tengku Mukhriz) - Hero

Mustapha Kamal sebagai (Tengku Mukhriz), Liza Abdullah sebagai (Tengku Lisdania) - Ibu dan Ayah Adam, 
Rahhim Omar sebagai (Tengku Sidin), Jasmin Hamid sebagai (Tengku Marsela) - Ibu dan Ayah Tengku Juwita

Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai (Dato’ Wan Jusoh), Ziela Jalil sebagai (Datin Asra) - Ibu Bapa kepada Ariana Rose

Tasha Shila sebagai (Tengku Juwita Tengku Sidin) - calon menantu pilihan keluarga adam, tapi akhirnya tak kesampaian
Hisham Hamid sebagai (Harith) - Bos Ariana tapi dalam masa sama punya perasaan pada Ariana
Nabila Huda sebagai (Liyana) dan Arja Lee sebagai (Ramzul) ini pasangan adik beradik
Syatilla Melvin sebagai (Sophie)- Perempuan simpanan Adam

Pssstt beg tangan dia tu memang menjadi idaman Kolbu.. owh Chanel, Bila la dapat Lieya miliki mu..


Wan Sharmila sebagai (Linda) - Adik angkat Ariana Rose

Kredit to infotaip.. cau

6 comments:

  1. Assalamualaikum, sheila tak tengok cerita ni. hehe biasanya balik buka laptop layan Running Man je (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. running man pun best jugak...

      Delete
  2. Replies
    1. Ok la.. best dari drama yang sebelum nya.. ^^, ni pon dah nak sampai ke penghujung kan..

      Delete
  3. dari episod 1 memang follow cerita nihh. xpna miss.. sbb da minat fathia kan.. best sangat cite ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul.. mula-mula macam suam-suam je.. tapi lama2 jadik seronok tak nak miss... skarang dah episode 24.. dorang dah kahwin.. tak tau lepas ni apa pulak.. rasanya minggu depan abis la ni..

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..