Blogger Widgets
Showing posts with label bercuti. Show all posts
Showing posts with label bercuti. Show all posts

Monday, 27 January 2014

Tips elak anak hilang

:: Assalamualaikum ::

panduan menjaga anak bayi laporan polis jika hilang anak

Menarik topik ni untuk di kongsikan..disebabkan Lieya juga ibu kepada 2 cahaya mata,tak salah rasanya kongsi sama tips-tips ini.. sama-sama beringat untuk kesejahteraan dan keselamatan kita bersama..

Tip supaya tidak terpisah dengan anak ketika bercuti
Sepanjang cuti persekolahan ini, membawa anak ke tempat menarik dan menyeronokkan adalah agenda utama hampir semua ibu bapa saat ini.

Saat ini jugalah dimanfaatkan sepenuhnya ibu bapa yang kebanyakan­nya sibuk dengan kerja seharian di pejabat.

Memanfaatkan sepenuhnya cuti persekolahan ini untuk membawa anak bercuti bagaimanapun mengundang kepada kesesakan di tempat yang menjadi tumpuan ramai.

Keadaan yang bersesak-sesak ini juga adalah situasi sukar dan menyebabkan perkara tidak diingini, contohnya anak terpisah daripada ibu bapa.
Apabila anak terpisah daripada ibu bapa terutama kanak-kanak di bawah usia lima tahun, tanyalah apa saja, hanya air mata yang mengalir.

Justeru, bagi mengatasi masalah ini terutama di musim cuti ini, tip melancong kali ini mungkin dapat membantu.
Ajar anak mengingati nama anda
Ada kanak-kanak masih tidak tahu atau mengingati nama ibu atau bapa. Perkara ini juga merumitkan untuk mencari keluarga si kecil.
Jadi, ajar anak mengi­ngati nama anda atau pasangan supaya jika terpisah, petugas dapat mencari anda.
Tanda nama
Tanda nama yang leng­kap dengan nama anda dan pasangan serta alamat dan nombor telefon untuk dihubungi ditulis di atas kertas atau kad kecil cukup membantu terutama terpisah dengan si kecil.
Dengan meletakkan kad nama itu di dalam poket seluar anak atau beg anak, ke mana pun anda pergi dapat membantu sesiapa yang menjumpai mereka menghubungi anda.
Ajar mereka untuk menunjukkan tanda nama itu kepada petugas atau individu yang menjumpai mereka.
Dukung anak
Mendukung anak dalam keadaan yang sesak adalah langkah paling bijak daripada memegangnya apatah lagi jika anak masih kecil.
Selain itu, ketika berjalan di dalam kesesakan, adalah lebih baik isteri di depan, anak di tengah dan bapa di belakang lebih-lebih lagi jika mempunyai anak lebih daripada dua.
Dalam apa juga situasi, awasi anak anda dan jangan sesekali leka.
Tetapkan tempat berjum­pa
Jika bercuti dalam kumpulan, pastikan anda menetapkan lokasi untuk berjumpa pada masa sudah ditetapkan.
Walaupun masing-masing punya telefon, tetapkan tempat berjumpa untuk mengelak sebarang masalah seperti bateri telefon bimbit habis atau sebaliknya.
Jika berkunjung ke taman tema atau kompleks beli-belah, jadikan kaunter pertanyaan sebagai tempat pertemuan jika terpisah dari kumpulan atau sebaliknya.
Jangan panik
Ketika terpisah dengan anak, jangan panik. Carilah mereka sebaik mungkin dan dapatkan bantuan daripada pihak yang sepatutnya di mana juga anda berada.
Panik hanya membuatkan anda hilang fokus dan bukan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.
Gambar terkini anak
Gunakan kemajuan tek­nologi yang ada dengan merakam gambar terbaru anak. Gambar ketika keluar pada hari itu adalah yang terbaik.
Sekurang-kurangnya, apabila anda mencari mereka, anda boleh tahu warna pakaian, kasut, beg dan banyak lagi petunjuk untuk mencari anak anda ketika mereka terpisah.

Sumber Hmetro

Tuesday, 1 January 2013

Bercuti part 3

Sambungan lagi.. dan penutup cerita bercuti..



Destinasi seterusnya selepas balik dari rumah pengantin kami terus ke Tanjung Dawai..

Apa lagi cari makan, makanan yang kami makan di rumah pengantin dah habis hadam... mula la perut lapar semula kan..

Dalam perjalanan sebagai kudap-kudap, dalam kereta saya melantak kuih ni.. 





Mungkin diperbuat dari beras yang digoreng, dan atasnya diletakkan madu, memang sedap, hanya di bahagian utara saja ada.. ditempat lain tak pernah lagi jumpa..memang sedap, nama kuih ni saya tak tahu pulak ..hehe tau makan je.. Full stop!!


Cari punya cari punya cari.. akhirnya sampai juga di Tanjung Dawai.. Masa untuk mengisi perut yang sudah kelaparan.. kat sini rata-rata semua kedai menjual ikan masin dan kering.. peringatan keras...!!! kena lah pandai deman harga ye untuk dapatkan harga yang murah.. dan ada juga kedai-kedai yang menjual cenderamata.. tapi tak lah banyak kedainya..




So kami memilih untuk makan Mee Udang Tanjung Dawai.. memang udangnya fresh.. puas hati..


Tu dia.. udang besar-besar.. sampai menutup mee nya.. sangat berpuas hati.. tuan kedai pun layan kami elok-elok je.. terbaik la..dah la makanan sedap.. baik pulak.. memang seronok tak kan lupa..





Permandangan di Tanjung Dawai.. memang cantik..



Alhamdulillah perut dah kenyang, kita posing dulu.. 

Sebelum meneruskan perjalanan balik ke selangor, kami semua sempat singgah bermalam di rumah saudara di Seberang Jaya.. sebab dah kenyang kan.. nanti tak leh nak drive pulak.. Selepas sarapan yang ringan-ringan di rumah.. kami bersiap untuk meneruskan perjalanan balik ke selangor.. Walaupun kami dah bersarapan pagi, tapi kalau bab makan memang kami tak tolak.. jadi ini lah tempat makan yang kami tuju.. 



Kami singgah untuk menjamu selera disini, serta penambah tenaga kami, sebab perjalanan masih jauh lagi.. ini lah dia tempatnya Pak Man Mee Kuah Ketam To'Kun. Selama ni dengar dorang bercerita je... sedap katanya.. sedap sampai tak leh lupa.. ada pernah masuk program TV lagi.. tu yang kami semua berusaha cari... ingat senang, rupanya tersorok juga gerainya.. Kedudukan gerai nie kat tepi jalan je. dekat simpang Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Juara dan sebuah masjid. Lupa pulak nak tulis nama masjid tu apa. Dia berada di Jalan Kolam Air dan di simpang Kg Jalan Kolam. Bukit Mertajam, Ia dibuka dari jam 2 hingga 7 petang dan tutup pada hari Jumaat. Bagi sesiapa yang perlukan kordinat, amik kordinat nih haaa...

N 5.346808, E100.486962


Masuk je gerai ni.. wow!!! memang penuh.. tak de tempat nak duduk ok, cuaca pulak agak panas masa tu, ye lah tengahari.. (itu yang excited mencari sebenarnya,sebab memasing lapo) walaupun tempat tu gerai biasa je, tapi memang pack dengan orang ramai.. penduduk berdekatan pun memang akan tuju ke gerai ni, tu baru tengok orang ramai.. belom cuba lagi masakkan nya.. sedap sangat ke kan.. kami pun semua start la mengorder makanan.. yang penting resepi utamanya mee kuah ketam la yang kami order.. ketam besar lagi kami minta.. Tempat parkir jangan risau.. memang ade disediakan.. so boleh makan dengan tenang..



Tu dia.. Dah mai dah.. Nampak sedap kan.. Ni yang biasa punya.. pinggan bulat, ketam pon bersize kecil..


Yang ni Hubby order.. special, ketam bersize besar, dan pinggan pon besar.. puas makan..


yang ni, saya punya.. tak da ketam, biasa je.. kosong.. sebab saya bukan pengemar makan ketam, tapi kalau ada mak saya, saya suruh dia kopekkan isi.. saya akui saya memang malas makan ketam.. huhu


Pembasah tekak.. saya ambil air bandung saja.. cuaca panas.. memang menyegarkan..


Qish menunggu hubby suap dia makan ketam, sampai comot-comot muka nya.. 


Kopek udang pakai tangan je, baru feel.. udang dan ketam memang fresh.. baru lagi.. so rasanya memang manis.. terbaik la Pak Man..


Sampai licin udang dan ketamnya.. memang sedap, so u'ols semua boleh cuba datang rasa sendiri.. memang puas hati, jalan jauh2.. berbaloi-baloi.. kena pulak kalau yang datang ni memang kaki makan..macam kami ni.. confirm akan datang lagi.. 



Dah kenyang, kami teruskan perjalanan.. Semasa dalam perjalanan nak balik ke selangor, suami saya mendapat panggilan dari alor star memberitahu pak ngah masuk ke hospital disebabkan terkena stroke angin ahmar. Tapi kami dah terlalu jauh..tak kan nak berpatah balik.. jadi kami semua hanya sampai kan salam takziah saja, harap pak ngah kembali sehat sedia kala..




Cantik pemandangan gunung ganang di perak ni.. sedap mata memandang.. cuaca pon elok je..



Dan akhirnya.. kami selamat sampai juga ke selangor.. Alhamdulillah.. singgah sebentar di rumah ayah cu, sebelum teruskan perjalanan ke rumah.. atas tu koleksi mainan ayah cu saya.. banyak dan ada tu sampai hilang dikerjakan dengan cucu-cucunya..

Trip yang sangat enjoy dan memenatkan sebenarnya..

Nota Kaki: Kenangan terindah.. sepanjang perjalanan, jadual kami dipenuhi dengan jalan-jalan cari makan.. 

Bercuti part 2

Sambungan untuk hari ke 2..

Seawal pagi bangun, bersiap untuk pergi ke majlis kenduri kahwin, Qistina pagi-pagi bangun sebab tahu kami semua nak sambung berjalan. (arini kedua ni lagi seronok, jauh nak berjalan ni) Setibanya di rumah pengantin, nampaknya tetamu masih belum ramai lagi.. so kami pon duduk-duduk bersembang sementara menunggu pengantin bersiap, dan menunggu pengantin dari pihak lelaki sampai. Masa yang terluang tu, tak di sia-sia kan, diisi dengan xtivi mengambil gambar.. haha


 Nampak tu, muka boring...


Masa ni,Qish mengamok sebab nak turun dari kerusi nak jalan-jalan, Hubby pulak tak bagi sebab risau kemana-mana pula dia pergi nanti.. dah la masa ni tetamu dah start ramai, nanti dia hilang dicelah-celah kerusi tetamu.. tak larat pulak abienya nak kejar nanti..


nak bagi Qish diam, nah bagi dia main bussiness card katering kahwin.. ade dorang letak atas meja..


Sebelum masuk rumah nak tengok bakal raja sehari keluar sambut pengantin lelaki, sempat suruh Qish posing atas pelamin, masa ni dia mendongak sebab tengok mak long dia ajar buat *peace (^^, )v


Akhirnya suruh buat *peace pandang kamera, macam tu pulak jadinya.. macam suruh mummy diam.. hehe


Cantik pelaminnya, sekarang memang tengah top pelamin letak bunga besar-besar macam tu..


Qish bersantai di atas pelamin, boring sangat katanya, mujur duduk diam-diam.. 


Ni lah dia pengantin perempuannya, merangkap anak sepupu mertua saya.. chubby orangnya, lemah lembut.. kena dengan tuannya.. design baju kahwin pun cantik.. warna baju kena dengan kulitnya.. teringat pulak masa zaman saya naik pelamin dulu.. control cun ok.. semua orang tengok ni.. haha.. semua nak bergambar.. raja sehari la katakan..macam retis pun ade..  


Nah.. Pengantin lelaki pon dah sampai..


Berarak mengiringi dua mempelai ni untuk naik ke pelamin..

Tak lama lepas kami duduk-duduk dan menepung tawar pengantin, kami semua bergerak untuk balik ke selangor.. tutup cerita di rumah pengantin..

Nota Kaki: Nak lagi menarik.. jom baca part 3...

Bercuti part 1

Assalamualaikum..

Selamat tinggal 2012 dengan segala kenangan suka, duka, pahit, manis.. dan selamat datang tahun 2013, alhamdulillah saya masih lagi bernyawa saat ini untuk berceloteh dan membebel di ruangan blog saya. Amin..yarrabbalalamin..

Baru hari ni dapat saya publish kan coretan saya ni.. Sempena habis tahun entry ni agaaak panjang tapi tak la berapa nak panjang juga ok.. selamat membaca.. ada 3 part..

Untuk penutup tahun 2012 saya nak selitkan kenangan terindah saya dan keluarga pergi bercuti, melawat sanak saudara, dan menghadiri majlis perkahwinan sepupu mak mertua saya, selain daripada perasaan gumbira tak terhingga sebab dapat anak buah baru.

Bismillahirrahmanirahim, Setelah mendapat kata sepakat, 3 hari 2 malam adalah hari yang sudah ditetap kan sepanjang berada di Utara, jadual yang telah diatur oleh mereka juga memang agak padat. 27/12 selesai tugas dipejabat sekitar pukul 9 malam, bersiap pula untuk bertolak ke Alor Setar, satu perjalanan yang cukup panjang... Kami hanya berhenti rehat 3 ke 4 kali saja, dan selamat sampai di Alor Setar pukul 8 pagi. (tidur dalam kereta je).

Lepas da selamat sampai & check in Hotel..

Sumber Google

Sumber Google

Kami bersiap ke Padang Besar.. Memang pergi sana cuci mata dan sangat-sangat merambangkan mata..semua rasanya macam nak beli..

Nampak tu..pilih jangan tak pilih..
Bersemangat Qistina memilih.. akhirnya dapat juga sambar satu Boboi boy..

Macam-macam ada..

Yang mana cantik.. tiga serangkai
Dah nak bertolak balik semula ke Alor Setar, Malam ni ada lain agenda pulak.. nak pergi malam berinai..

Kuih Penyaram

Sampai je rumah pengantin, dorang dok saji pembuka selera.. kuih penyaram.. 1st time u'ols tengok kuih ni.. kuih ni rasa macam kuih denderam,peneram, atau nama kebiasaannya ialah kuih telinga keling..

Muke over excited makan kuih tu, hehe

Lepas habis tengok maharaja lawak, kami pon beransur la balik ke hotel semula..tidor kerana keletihan..

Nota Kaki: Baca part 2 pulak ok..