Blogger Widgets

Wednesday 21 May 2014

Resepi mudah ::Macaroni Goreng::

:: Assalamualaikum ::


Hari ini Lieya nak berkongsi resepi "copy,paste" yang Lieya sendiri dah cuba, Alhamdulillah mudah dan sedap. Kawan-kawan juga boleh cuba.. 


Ok kita mula kan dengan bahan-bahannya dahulu..

Bahan-Bahan (6-8 orang makan)


500 gram makaroni (disyorkan jenama bruttoni, kalau takde yang lain pun boleh)


1 bungkus daging cincang (jenama ramli burger - kalau daging dicincang sendiri lagi baik)
1 tin cendawan butang dihiris cantik


7 ulas bawang merah kecil (dimayang)- Lieya guna bawang merah besar je..
5 ulas bawang putih (dimayang)
2 batang carrot di potong dadu

2 senduk cili kisar (cili kering + sedikit bawang merah dan bawang putih)- Lieya guna segera punya
5 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tiram

Cili merah, daun saderi dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-caranya

1. Didihkan air terlebih dahulu.
2. Rebus makaroni selama lebih kurang 4 minit.
Setelah 2 minit makaroni direbus masukkan sedikit garam dan 1 sudu kecil minyak zaiton kalau tiada, apa-apa minyak masak pun boleh masukkan ke dalam air rebusan makaroni tadi.
3. Setelah empuk, toskan
4. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang sehingga kekuningan dan berbau wangi.
5. Kemudian, masukkan cili kisar, gaul sehingga agak garing.
6. Masukkan daging kisar tadi. Masukkan juga sedikit air supaya daging empuk.
7. Kemudian, masukkan cili sos dan sos tiram serta garam secukup rasa.
8. Tumis sebentar, dan masukkan cendawan butang dan carrot
9. Setelah semua bahan sebati, akhir sekali masukkan macaroni yang telah direbus tadi.

Dan sedia dihidangkan...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Selamat mencuba~~

Wednesday 2 April 2014

Perbanyakkan susu Ibu

:: Assalamualaikum ::

Bagaimana Nak Tingkatkan Penghasilan Susu

Untuk pengetahuan ibu-ibu pada usia 6 bulan pertama hormon prolaktin kita tersangatlah aktif dan tinggi. Bagaimana untuk mengaktifkan hormon prolaktin ini? Mudah sahaja iaitu dengan membiarkan bayi menghisap payudara kita sebanyak mana dan selama mana yang dia mahu. Tahukan ibu bahawa setiap kali penyusuan berlangsung kadar prolaktin akan meningkat 10 kali ganda dan kandungan prolaktin sangatlah tinggi sewaktu malam. Saranan saya ialah perbanyakkan mengepam pada waktu malam iaitu dari jam 12 tengah malam hingga ke Subuh (kalau dah mengepam waktu malam tu cuba-cubalah buat solat sunat agar dipermudahkan perjalanan penyusuan).

Tip Perbanyakkan Penghasilan Susu

- Kekerapan mengepam/memerah atau menyusu. Pam 2 jam sekali, buat 4 sesi di pejabat (kalau boleh) dan tambahkan sesi mengepam di rumah lagi. Fahami asas penyusuan di mana lebih banyak kita keluarkan susu lebih byk susu terhasil.

- Pastikan bayi menyusu dengan lekapan yang betul. Perhatikan bagaimana bayi anda menyusu dan pastikan ia menghisap aerola bukan menghisap puting payudara. Jika salah lekapan ia akan membuatkan puting payudara tercedera dan menyukarkan lagi penyusuan.


-Tawarkan kedua payudara setiap kali menyusu. Jika dengan sebelah payudara sahaja bayi sudah kenyang pastikan anda mengepam di sebelah payudara lagi.

-Guna pam payudara bergred hospital seperti Spectra3, Medela yang berelektrik dan ada double pumping untuk meningkatkan hormon prolaktin ialah hormon yang merangsang penghasilan susu.

-Banyakkan direct feeding apabila di rumah. Elakkan memberi susu melalui botol susu atau puting. Hisapan dari mulut bayi adalah 'pam' yang terbaik.

-Banyakkan minum air masak, ambil makanan yg kaya dengan protein, kalsium, zink, karbohidrat untuk penghasilan susu.

-Ibu kena banyak berehat dan bertenang. Kalau boleh ambil cuti 2,3 hari untuk banyakkan direct feeding dengan bayi. 

-Menukar posisi penyusuan agar bayi tidak mudah jemu dan untuk mencari kelesaan agar penyusuan akan berjalan dengan lancar. Anda juga boleh membuat breast compression iaitu sambil anda menyusu atau mengepam, buat urutan di payudara agar susu akan keluar dengan lebih lancar.

-Mengepam selepas penyusuan direct feeding dengan bayi. Your aim in pumping is to remove more milk from the breasts and/or to increase frequency of breast emptying. Jangan dikisah sangat berapa yang ada dapat selepas menyusu yang penting ialah banyakkan rangsangan.

-Pesan kepada pengasuh anda lagi 1 jam anda ingin sampai di taska jangan beri EBM di dalam botol. EBM yang lebih boleh disimpan untuk keesokkan harinya. 

-Pengambilan penggalak susu/ubat adalah perkara yang terakhir selepas usaha-usaha di atas anda telah lakukan. Jika anda ingin mengambil ubat pastikan anda mendapatkan daripada doktor yang berkelayakan dan menyokongan penyusuan susu ibu.

-Pengambilan penggalak susu/ubat adalah perkara yang terakhir selepas usaha-usaha di atas anda telah lakukan. Jika anda ingin mengambil ubat pastikan anda mendapatkan daripada doktor yang berkelayakan dan menyokongan penyusuan susu ibu.

RELAKTASI ~sharing

:: Assalamualaikum ::


Hari ini Lieya nak berkongsi sesuatu yang Lieya dapat semasa menggoogle cara nak perbanyakkan susu ibu.. selamat membaca u'ols..


RELAKTASI - PENYAMBUNGAN SEMULA PENYUSUAN.. macam mane cara yg betul utk proses relaktasi ni?

(sumber)

Ini salah satu tajuk yang quite popular dan sering diutarakan oleh ibu2.... jom baca soal jawab yang berkaitan tajuk ni....
(sumber rujukan mamayangcekal.com) jom baca...

Relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.

Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
Kenapa Mahu Relaktasi
Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.

Umur Bayi

Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?

Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi. Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti. Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.

Bagaimana Harus Saya Memulakannya?

• Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
• Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi

• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?

• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?

Susu yang terhasil akan bergantung kepada :
• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?

Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.

* Bagi ibu-ibu yang mahu mulakan proses relaktasi dengan menggunakan kaedah yang tidak memberi kesan negatif, Shaklee mempunyai supplement yang boleh diambil oleh ibu-ibu bagi memastikan badan lebih sihat dan dapat zat yang cukup utk memulakan proses laktasi. Makanan tambahan ini mengandungi :


1) set family total wellness yang mengandungi :

- ESP soy protin isolate powder
- Vitalea with iron
- Vitamin C 500mg
- B complex

2) and ADD ON :

- Alfalfa 
- Ostematrix 

kesemua supplement ini ialah cadangan supplement yang mengandungi zat-zat dan nutrisi yang penting yang diperlukan oleh tubuh manusia lebih-lebih lagi utk mereka yang menyusu bayi dan yang ingin memulakan proses relaktasi.

Wednesday 5 March 2014

Kenali Ibu Bapa Dari Perilaku Anak

:: Assalamualaikum ::

ANAK KITA MENGENALKAN SIAPA DIRI KITA…

1.Jika anakmu BERBOHONG,

mungkin sebab engkau MENGHUKUMYA TERLALU BERAT.

2.Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI,

mungkin sebab engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT.

3.Jika anakmu KURANG BERBICARA,

mungkin sebab engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA.

4.Jika anakmu MENCURI,

mungkin sebab engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI.

5.Jika anakmu PENGECUT,

mungkin sebab engkau SELALU MEMBELANYA.

6.Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN,

mungkin sebab engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA.

7.Jika anakmu PEMARAH,

mungkin sebab engkau KURANG MEMUJINYA.

8.Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS,

mungkin sebab engkau TIDAK BERKONGSI DENGANNYA.

9.Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN,

mungkin sebab engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.

10.Jika anakmu LEMAH,

mungkin sebab engkau SUKA MENGANCAMNYA.

11.Jika anakmu CEMBURU,

mungkin sebab engkau MENELANTARKANNYA.

12.Jika anakmu MENGANGGUMU,

mungkin sebab engkau KURANG MENCIUM & MEMELUKNYA.

13.Jika anakmu TIDAK MEMATUHIMU,

mungkin sebab engkau MENUNTUT TERLALU BANYAK padanya.

14.Jika anakmu TERTUTUP,


mungkin sebab engkau TERLALU SIBUK.

————————————————————————

SUBHANALLAH…

Inilah bahagian terkecil dari kebesaran ALLAH untuk kita. ALLAH Maha Besar. Dan ALLAH tidak segan menunjukkan siapa diri kita dengan mencerminkan anak kita. Maka dari itu, berubahlah menjadi peribadi yang baik, bertaqwa kepada ALLAH, dan takut kepadaNya. Dan bimbinglah anak kita agar dia menjadi generasi penerus bangsa, penerus dakwah, dan penerus sebagai doa jariyah buat kita kelak.

Semoga ALLAH perkenankan kita untuk mendapatkan anak yang soleh solehah. Dan yang belum punya anak, semoga ALLAH beri segera anak yang soleh solehah. Dan yang belum menikah, Semoga ALLAH memberikannya jodoh dan segera dimantapkan hati untuk menikah dengan pasangan yang dikehendaki. Aamiin

-Ustaz Yusuf Mansyur-

Amanah DariNYA

:: Assalamualaikum ::


AMANAH DARINYA..


Memang aku yang kandungkan mereka (‪#‎Rayyan‬ ‪#‎Qistina‬). 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan mereka. Sakit.

Tetapi. Anak ini bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah.
Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.

Jadi. Mengapa perlu aku mengeluh untuk melayan mereka, tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku dengan selamba je boleh menghabiskan masa melayan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi.
Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa pula aku mengeluh kesal, bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli sebulan yang lepas. Ramai lagi ibu bapa yang teringin hendak membeli saiz baju yang lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Lupakah aku.!!!
Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil ANAK. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.

Aku terus mengeluh. Tengah leka bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, dan diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang menangis, merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh.
Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.

Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali...

Ya allah moga aku tak terus-menerus terlupa..
Moga aku sentiasa beringat mereka ini AMANAH dariMU ya ALLAH..

Saturday 1 March 2014

Al-Fatihah

:: Assalamualaikum ::

18/02/2014 akan menjadi salah 1 tarikh yang sangat penting dalam senarai tarikh-tarikh penting dalam kehidupan Lieya. Pada tarikh ini, Di usia 93 Tahun perginya insan yang amat Lieya kasihi. Nekda tercinta ke rahmatullah. Perginya tiada galang ganti. Satu-satunya insan yang di gelar “Atok” dikalangan kami cucu-cucunya. Gelak tawanya, celotehnya, Rajuknya, marahnya.. akan sentiasa tersemat,terpahat dihati Lieya. Menjadi salah seorang cucu dalam keturunannya membuatkan Lieya begitu rasa bersyukur.

Dapat merasai nikmat bergelar cucu. Setiap 1 permintaan itu tak mudah Atok tolak. Pasti dia akan tunaikan.

Tok ayah dan Tok emak sebelah ayah tak dapat kenal sebab mereka lebih dulu pergi sebelum Lieya dilahirkan. Tok wak dan Tok mak sebelah bonda dapat jumpa dan kenal mereka. Bezanya, Tok wak pergi dulu meninggalkan kami. Kalau tak silap Lieya pada tahun 1996. Kini semuanya telah pergi meninggalkan kami. Allah lebih sayangkan mereka.

Arwah memang rapat dengan keluarga Lieya. Kasih sayang yang dicurahkan membuatkan Lieya tak mahu kehilangannya. Lieya bersyukur kerana Allah memberi kesempatan kepada Lieya untuk bersama-sama kongsi rasa gembira bersamanya. Seringkali Lieya berdoa semoga hajat Lieya ditunaikan. Alhamdulillah semuanya tertunai. Dari Lieya naik pelamin hingga Lieya melahirkan anak yang kedua.

Kali terakhir Lieya jumpa dengan Atok masa Lieya dalam pantang anak no 2 (bulan 9 dan 10). Lieya bawa Rayyan jumpa dengannya. Dikucup dahi Rayyan, Ya allah Lieya bersyukur sangat. Anak pertama dapat habiskan masanya bersama Atok selama sebulan lebih.

Alhamdulillah.. kini dia sudah pergi dengan tenang.. damailah kamu disana tok.. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. amin..

Wallahualam...



Saturday 22 February 2014

Gilalah - Stacy

:: Assalamualaikum ::




Lirik Lagu/ Lyrics

Gilalah! - Stacy



Mereka berkata aku tak normal

Otakku tak bisa untuk subjek moral
Toleransi dan hemah tinggi, ku tak mengerti
Hormat menghormati ku besar hati


(Aku tak tau) hatiku macam batu

(Tapi ku tahu) kamu pun begitu
Aku selamba ketawa gila
Dunia tak sempurna bila aku tiada
Aku selamba aku gembira
Oh aku tak sabar jadi gila la la


Ku suka berfoya bersama beyya

Bila ku ketawa dia gembira
Makan aiskrim dan makan jeli oh favorite kami
Hidup bahagia selalu mengada


(Aku tak tahu) hatiku macam batu

(Tapi ku tahu) kamu suka aku
Aku selamba ketawa gila
Dunia tak sempurna bila aku tiada
Aku selamba aku gembira
Oh aku tak sabar jadi gila la la


Ketawa bersama menari bersama

Aku dan kamu bersatu bersama
Cuba kau mengerti jangan kau sesali
Aku memang pilihan yang terbaik


[muzik]


(Dunia tak sempurna bila aku tiada)
(Aku selamba aku gembira)
Oh aku tak sabar jadi gila (la la)


Aku selamba ketawa gila 
Dunia tak sempurna bila aku tiada
Aku selamba aku gembira

Oh aku tak sabar jadi gila la la


Ohhh.. aku tak sabar nak jadi gila

Ohhh.. aku tak sabar nak jadi gila

Ohhh.. (gila!)

Saturday 15 February 2014

Hilang

:: Assalamualaikum ::

Tengok anugerah meletop.. terus jatuh cinta dengan lagu baru ni..

Lirik Hilang oleh Najwa Latif

Aku hilang diriku
Sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku
Kerna ku mahu cintamu
Dan aku hilang.. hilang


Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu Wohooo.. Milikmu

Aku ingin kau tahu
Dan sedarkan kewujudanku
Aku inginkan kamu
Lebih dari yang kau tahu
Dan aku hilang.. hilang


Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu Wohooo.. Milikmu wooo


Dan mungkin kau takkan pernah sedari aku
Dan mungkin kau takkan sedar kewujudanku
Tapi ku ingin kau tahu ku akan mencintaimu oo wwoo
Dan aku hilang.. hilang


[*]
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya


Repeat [*]

Milikmu Wohooo.. Milikmu
Woohoo
Milikmu Wohooo.. Milikmu



Chanel handbag

:: Assalamualaikum ::


Sumber: Google

Dah bawa termimpi-mimpi dah beg ni, adoi lah.. suke sangat lah dengan design dia.. kali pertama tengok masa Zizie Ezette pakai.. baru-baru ni dia pakai p melancong. Nampak simple, tapi design dia dah cukup buat Lieya tertarik.. Hampir merata cari beg ni. Sanggup ajak suami p cari. Sebab dah suka sangat.

So Lieya ajak suami pergi cari, dekat Klang, Up town Damansara. Cari punya cari suami buat surprise.. belikan Lieya satu beg ni. Murah tapi cantik..



Search kat google memang cantik-cantik, tapi macam Lieya ni dah ketinggalan jek.. haha..
sebab rata-rata Lieya tengok beg ni popular sejak tahun 2010 lagi.. sekarang dah 2014..

Lepas ni jumpe kasi sambar je terus. Kalau nak beli yang Ori memang tak lah nampaknya.. Memang tak mampu sebab cecah sampai pepuluh ribu riban.. So mampu beli yang gred tak brapa nak ori je la.. bawah RM500 masih boleh dipertimbangkan lagi...

Tengok dalam drama ariana rose pun, ramai yang pakai beg ni. Ariana Rose Episode 25 masa majlis persepsi perkahwinan Ariana dengan adam.


Makin berminat,makin ramai pulak yang pakai beg ni.. Berkemungkinan Lieya dapat merasa pakai beg ni, Insha allah.. Moga dimurahkan rezeki untuk memilikinya.

Buat apa nak menunjuk-nunjuk kan kalau tak mampu. Nanti diri sendiri pulak yang tersepit bila susah kan.. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Baik beli yang murah tapi insha allah leh tahan lama. Tapi kena extra jaga la kan.. pakai pun tak boleh la ganas-ganas. Ada sapa-sapa yang tau mana leh dapat murah-murah area lembah klang atau online.. meh share share ye..

Nota Kaki: owh beg Chanel, Ko tunggu aku beli..