Blogger Widgets
Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts

Friday, 14 February 2014

Risiko MEMBENCI suami

:: Assalamualaikum ::

Moga Lieya terhindar dan dijauhkan rasa-rasa begini.. insha allah.. amin..Untuk perkongsian kita bersama..



Setiap perkahwinan, walaupun dibina dengan cinta kasih, persefahaman dan penyatuan matlamat kehidupan, ia tidak mungkin bebas daripada mengalami badai taufan. Seperti musim yang berganti, ada yang baik dan ada pula yang tak baik. Tetapi segalanya pasti berlalu. Hanya kita yang boleh memilih, hendakkan musim bunga atau musim kemarau. Begitulah pilihan suami dan isteri bagi menentukan kebahagiaan mereka bersama. Sikap dan tindakan yang dipandu oleh emosi semata-mata boleh menjejaskan perhubungan keduanya. Akhirnya timbullah pergaduhan, sakit menyakiti, ancam mengancam, benci membenci dan yang lebih merbahaya mengakibatkan perceraian.
Biasanya isteri cepat terangsang emosinya dengan perasaan marah, tak puas hati, cemburu, merasa tidak dihargai suami, letih dan penat dengan kerja dan anak-anak yang mesti diuruskan menjadi faktor yang menaikkan suhu emosinya. Suami pula banyak bertindak secara rasional sebab lelaki diciptakan Allah SWT dengan karakteristik yang berlainan dengan wanita. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing sesuai dengan fitrah mereka. Jika anda seorang isteri yang penuh kasih kepada suami, tidak mustahil sesekali ada juga kebencian dalam hati anda terhadap suami. Mungkin kerana tingkah lakunya, sikap malasnya, tabiat buruknya dan lain sebagainya. Anda berasa tidak puas hati, merajuk, marah, mungkin benci dan anda tunjukkan di depannya.
Cara berkomunikasi yang anda lakukan mungkin tidak tepat sehingga menambahkan lagi luka yang telah bernanah. Leteran dan ungkit mengungkit bahkan memperbodoh-bodohkan suami membuatnya berasa tidak dihormati dan tidak dihargai segala jasanya. Alangkah sengsaranya berada dalam keadaan rumahtangga yang bergolak dan selalu berulang keadaan yang sama sepanjang perkahwinan. Tidakkah anda mengimpikan keharmonian yang kekal? Lupakanlah kebencian terhadap pasangan anda dan kembangkanlah senyuman paling menawan dan manis. Tahukan anda apakah risikonya bila membenci suami?
1. Anda mungkin kehilangannya bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat. Sekali sekala merajuk dan marah-marah boleh, tetapi jika selalu diulang perangai yang tak elok itu, jangan harap suami akan bertahan dengan tabiat anda. Apabila anda berasa sangat ingin marah, ingatlah mungkin wanita lain yang lebih penyabar dan lembut hatinya akan mengganti singgahsana yang anda duduki sekarang. Bahkan para bidadari di syurga berdoa agar suami anda mendapatkan yang lebih baik dari anda. Demikianlah sabda baginda SAW. Daripada Muaz bin Jabal RA Nabi SAW bersabda yang maksudnya: ”Seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, maka calon isterinya di akhirat (bidadari) berkata: Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah menimpakan musibah kepadamu. Ketahuilah dia hanya sementara berkumpul denganmu sebentar lagi dia akan berpisah denganmu dan akan kembali kepada kami.” (Riwayat al-Tirmizi)
2. Allah SWT akan menggantikan anda dengan wanita yang salihah dan taat kepada suami. Firman-Nya yang bermaksud: “Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik dari kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, sama ada yang janda atau anak dara.” Surah al-Tahrim: 5.
3. Ancaman Rasulullah SAW tentang penghuni neraka yang kebanyakannya di kalangan wanita kerana dosanya kepada suami. Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam syurga, kebanyakan penghuninya daripada kalangan orang-orang fakir. Dan aku melihat ke dalam neraka, kebanyakan penghuninya adalah daripada golongan perempuan.(Kerana mereka tidak bersyukur kepada suaminya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mengapa mesti ada pertengkaran, bertikam lidah dan kekasaran bahasa yang akhirnya diri andalah yang merasa paling sakit dan tersiksa kerana anda adalah wanita yang berperasaan halus dan lembut. Gurisan luka di hati akan terpendam selama-lamanya dalam ingatan anda. Lupakanlah dan berusahalah menjadi wanita yang sabar dan reda. Sesungguhnya segala masalah itu ada jalan keluarnya jika kita mahu merubahnya. Mengapa tidak mulakan perbincangan dan bertenang dalam menyelesaikan masalah rumahtangga. Saling memberi nasihat dengan ikhlas, bukannya mengkritik dengan bahasa yang kasar dan pedas. Kerana sesungguhnya apabila anda ikhlas menasihatinya, Allah SWT yang akan menghantarkannya terus ke lubuk hati suami anda yang tercinta. Ubahlah sikap pemarah dan pembenci dengan banyak berzikir iaitu ingat pada Allah dan takut kepada-Nya.

Info berguna ni semuanya datang dari blog
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Kredit untuk blog dr.juanda

3 Deria buat suami tetap Lekat

:: Assalamualaikum ::

Kongsi sedikit info..

Kepuasan lelaki ada pada wanita, kerana wanita diciptakan untuk mendampingi lelaki yang dahagakan kasih sayang, dan begitulah sebaliknya. Keresahan dan kegelisahan suami hanya terubat dengan ketenangan dan kelembutan tangan isteri. (memang powerfull) Sentuhan dan belaian isteri mampu menenteramkan jiwanya. Jika kebahagiaan suami di tangan isterinya, maka kesengsaraannya juga berpunca dari kelemahan isteri memenuhi tanggungjawabnya. Jika ada kepincangan ketika keduanya melakukan tugas sebagai sepasang kekasih maka suasana saat itu pasti menjadi tegang, masing-masing menuntut pasangannya berperanan dengan sempurna.
Isteri yang kurang mahir menjaga makan minum suami berada pada kedudukan yang amat merbahaya. Begitu juga suami yang tak pandai mengambil hati isteri menyebabkan isteri cepat tersinggung, akhirnya membawa keretakan yang sedikit demi sedikit melemahkan mahligai rumahtangga mereka.
Para isteri sebenarnya mampu menambat hati suami mereka dengan menguasai tiga deria sensitif suami anda.

1. Deria penciuman.
Untuk melegakan stress suami yang penat seharian bekerja, anda digalakkan mandi dan berhias, memakai wangian yang lembut, mengemas bilik tidur dalam keadaan rapi dan wangi, tentu saja bukan hanya suami yang rasa tenang, anda sendiri juga akan merasakan kelapangan hati walaupun duduk di rumah yang sempit. Perlu diingat oleh para isteri, bauan yang wangi itu adalah hak suami, semestinya di dalam rumah anda, mesti lebih cantik dan wangi berbanding di luar rumah.
2. Deria penglihatan.
Mata adalah organ seks yang pertama terangsang. Oleh itu di dalam Al-Quran, surah Al-Nur ayat 30-31 jelas menerangkan tentang suruhan menundukkan pandangan bagi lelaki dan wanita yang bukan mahram. Maksud ayat tersebut:

”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka, sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Demikianlah kehebatan mata, kerana panahannya terus jatuh ke hati. Apabila isteri tidak suka berhias untuk suaminya, ke manakah pandangan mata suami akan tertumpu? Relakah anda jika suami lebih berminat memandang wanita lain? Kecantikan adalah daya tarikan luar biasa bagi setiap lelaki. Jangan beralasan, ”Tak pa! Suami I kuat imannya!” Iman boleh padam juga kalau hari-hari dicabar dengan pemandangan yang menaikkan berahi. Nauzu billah! Semua lelaki adalah insan biasa, bukan malaikat yang tak pernah berdosa.
3. Deria rasa.
Kalau sudah pandai memasak, belajarlah menghidang dengan cara yang menyelerakan. Hidangan ala restoran mahal walaupun bahan yang digunakan murah sahaja. Apabila suami dan isteri sama-sama penat seharian bekerja, bolehlah anda minta supaya suami temankan anda memasak, dia tak reti tak memasakpun tak apa asalkan duduk bersama di dapur sambil bersembang, si suami pula jangan anggap isteri itu macam orang gaji. Kalau mahukan sesuatupun mintalah dengan lemah lembut gaya bahasa 2P; Puji dan pujuk. Cukup senang menambat hati suami anda, tolong jaga makan minumnya dan waktu rehatnya. Jika isteri mampu lakukan semua itu, dialah syurga di hati suami.
Kepada para suami, hendaklah diingat!!
Isteri bukan pelayan anda! Isteri adalah pendamping setia, tetapi kerana cinta, dia sanggup menjadikan seorang suami sebagai raja. Kalau anda mahu kekal berada di hatinya, jadikanlah diri anda raja yang bergantung kepada kekuatan isteri. Kerana anda bukan apa-apa jika tiada di sisinya.
Bagi isteri pula jangan ambil kesempatan atas sikap suami yang penurut dan taat. Kebanyakan suami jenis ini manis di rumah tetapi di luar semasa ketiadaan anda dia boleh melepaskan ‘ketidakpuasannya’ kepada yang lain. Banyak kita dengar suami mencari-cari kelemahan isteri ketika ia menjalin cinta dengan wanita lain. Sebelum nasi itu jadi bubur sebaiknya anda pastikan suami tetap lekat dengan petua-petua di atas.
Elok juga jika suami anda jenis yang mahukan segalanya sempurna (perfect), rumah kemas, anak-anak kemas, isteripun kena timbang berat badan, makan ubat dan ramuan yang meningkatkan keintiman, isteri mesti belajar memasak dan sebagainya, walaupun isteri merasa tertekan dengan karakter suami yang sebegini tapi pada akhirnya keperibadian isteri akan semakin hebat. Biarlah suami anda kuat berleter jika itu demi kebaikan anda juga, tetapi jika suami jenis tak kisah rumah berselerak, anak-anak tak terurus, isteri tak jaga penampilan, makan minum di luar, jangan terkejut jika ia langsung tak berminat kepada anda lagi. Bukan hendak salahkan isteri, tetapi anda dan suami mesti saling menolong menjaga hati masing-masing.

Thursday, 13 February 2014

Lemas Dikongkong Suami???

:: Assalamualaikum ::

Tengah berblogwalking... Tiba-tiba ternampak entri yang sangat best ni.. so Lieya nak kongsi..

Ada dikalangan anda mesti rasa tersiksa jika hidup asyik mengikut kehendak orang lain yang bertentangan dengan kemahuan sendiri. Walaupun dia adalah suami yang anda cintai, bukan bererti segala sesuatu mesti mengikut katanya dan mengorbankan perasaan anda. Perkahwinan dalam Islam tiada sistem manipulasi sama sekali. Suami dan isteri dituntut untuk mengambil jalan tengah dan adil dalam setiap masalah yang dihadapi. Perkara ini pernah dinyatakan dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim.
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab beliau berkata:
“Demi Allah, ketika zaman jahiliyah kami tidak pedulikan hak wanita sedikitpun, sehingga Allah menurunkan ketentuan tentang mereka dan hak mereka. Ketika aku memikirkan suatu urusan yang sulit, isteriku berkata: Apa pandanganmu jika kamu melakukan begini dan begini? Aku berkata: Mengapa kamu mencampuri urusanku? Dia menjawab: Betapa peliknya engkau wahai Ibnul Khattab! Kamu tidak mahu saya memberi pandangan! Padahal puterimu (Ummul Mukminin Hafsah binti Umar) pernah memberi pandangan kepada suaminya (Rasulullah SAW).”
Betapa indahnya syariat Islam. Suami dan isteri saling berbagi, namun tak semua mimpi indah menjadi realiti. Tak kira lelaki muslim atau bukan muslim, ramai di kalangan suami menganggap isteri mesti ikut, tunduk dan taat arahan suami tanpa kompromi.
Dari manakah datangnya ajaran ini?
Yang jelas ia bukan dari ajaran Islam. Mungkin disebabkan pengaruh faktor budaya sebagai orang timur yang membentuk perilaku sebegitu.
Padahal Rasulullah SAW adalah selembut-lembut lelaki yang bergelar suami. Hal ini dapat kita sandarkan pada hadis baginda SAW yang suatu ketika berbicara untuk kaum wanita, yang bermaksud; 
“Janganlah kamu melarang para wanita mendatangi masjid-masjid Allah.” (Riwayat Al-Bukhari). Apakah wujud kongkongan terhadap wanita dalam ajaran Islam setelah kita mendengar hadis sebegini?
Kemudian hadis Rasulullah SAW yang memberikan kelonggaran untuk wanita keluar bekerja. Ummul Mukminin Aisyah RA berkata:
“Wanita yang paling pemurah tangannya antara kami ialah Zainab, kerana dia bekerja dengan tangannya sendiri dan bersedekah.” (Hadis riwayat Muslim)
Isu kongkong mengongkong ini turut dialami oleh lelaki. Mereka yang memiliki isteri bersifat Queen Control! Suami takut isteri atau isteri takut suami, apa bezanya? Kedua-dua keadaan ini adalah salah menurut ajaran Islam.
Biarlah perkahwinan itu ditegakkan dengan prinsip keadilan, kesaksamaan, tahu dan melaksanakan hak dan kewajipan masing-masing. Komunikasi dibina dengan telus dan cerdas. Suami dan isteri mesti memiliki kemahiran seni pengurusan hati dan perasaan untuk menjamin komunikasi itu berkesan.

Ada tiga petua untuk mengatasi tabiat suka mengongkong.

1. Percaya kepada pasangan anda. 
Anda boleh menguasai isteri dari sisi zahirnya sahaja namun hatinya tidak, akal fikirannya apatah lagi. Jadi jangan terkejut bila di depan anda dia OK, namun di belakang lain. Di sinilah perlunya sikap saling percaya mempercayai. Percaya bahawa baik buruk datang dari Allah Taala. Siapalah kita yang mahu ‘menguasai’ isteri atau suami. Itu kerja Allah Taala, Yang Maha Berkuasa atas setiap makhluk. Suami hanya boleh memberi pandangan dan nasihat yang membina bukan dengan memaksakan kehendaknya. Jadilah seperti seorang dokter yang mengubat bukan sebagai hakim yang mengadili. Sifat saling mempercayai dibina dengan kejujuran, keterbukaan dan mahu menerima pasangan dengan segala kelebihan dan kekurangannya.
2. Hormati pandangannya.
Sepertimana anda suka dihormati orang lain, begitu juga isteri yang mahukan pengiktirafan daripada suami. Manusia dilahirkan membawa sifat dan cara yang berbeza, namun demikian perbezaan itu tidak membuktikan bahawa mereka tidak boleh bersatu. Dengan perbezaan pendapat dan cara berfikir sebenarnya membuka ruang kepada suami dan isteri untuk berinteraksi secara intim. Seandainya isteri takut dan tutup mulut, kemudian ikut saja kehendak suami maka keadaan ini akan memberi impak negatif dalam perhubungan mereka dalam jangka masa panjang. Tak akan ada rasa intim jika asyik mengalah dan memendam perasaan yang berhujung dengan virus dendam. Hormatilah isteri sebagai seorang manusia yang boleh memilih, menimbang, mengkaji dan meneliti. Sepatutnya, suami pintar, isteri pula bijak.
3. Ubati emosi anda.
Suami yang suka mengongkong isteri atau sebaliknya, memiliki emosi yang tidak stabil. Bayang-bayang ketakutan, cemburu dan ego bercampur menjadi satu, lantas melahirkan rasa tidak selamat dan gelisah apabila isteri tidak berada di depan mata. Latarbelakang keluarga yang mengamalkan disiplin yang terlalu mengongkong juga mempengaruhi watak dan karakter suami pengongkong. Terlalu idealis dan perfectionis juga menyumbang kepada sikap mahu menguasai orang lain agar mengikut di bawah telunjuknya. Semua itu adalah penyakit mental yang mesti diubati. Di sinilah peranan orang di sekeliling khasnya isteri amat penting untuk membuka mata suami bahawa dia mesti berubah, sebelum segalanya akan berakhir dengan kehancuran rumahtangga.