Blogger Widgets

Wednesday 5 March 2014

Kenali Ibu Bapa Dari Perilaku Anak

:: Assalamualaikum ::

ANAK KITA MENGENALKAN SIAPA DIRI KITA…

1.Jika anakmu BERBOHONG,

mungkin sebab engkau MENGHUKUMYA TERLALU BERAT.

2.Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI,

mungkin sebab engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT.

3.Jika anakmu KURANG BERBICARA,

mungkin sebab engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA.

4.Jika anakmu MENCURI,

mungkin sebab engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI.

5.Jika anakmu PENGECUT,

mungkin sebab engkau SELALU MEMBELANYA.

6.Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN,

mungkin sebab engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA.

7.Jika anakmu PEMARAH,

mungkin sebab engkau KURANG MEMUJINYA.

8.Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS,

mungkin sebab engkau TIDAK BERKONGSI DENGANNYA.

9.Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN,

mungkin sebab engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.

10.Jika anakmu LEMAH,

mungkin sebab engkau SUKA MENGANCAMNYA.

11.Jika anakmu CEMBURU,

mungkin sebab engkau MENELANTARKANNYA.

12.Jika anakmu MENGANGGUMU,

mungkin sebab engkau KURANG MENCIUM & MEMELUKNYA.

13.Jika anakmu TIDAK MEMATUHIMU,

mungkin sebab engkau MENUNTUT TERLALU BANYAK padanya.

14.Jika anakmu TERTUTUP,


mungkin sebab engkau TERLALU SIBUK.

————————————————————————

SUBHANALLAH…

Inilah bahagian terkecil dari kebesaran ALLAH untuk kita. ALLAH Maha Besar. Dan ALLAH tidak segan menunjukkan siapa diri kita dengan mencerminkan anak kita. Maka dari itu, berubahlah menjadi peribadi yang baik, bertaqwa kepada ALLAH, dan takut kepadaNya. Dan bimbinglah anak kita agar dia menjadi generasi penerus bangsa, penerus dakwah, dan penerus sebagai doa jariyah buat kita kelak.

Semoga ALLAH perkenankan kita untuk mendapatkan anak yang soleh solehah. Dan yang belum punya anak, semoga ALLAH beri segera anak yang soleh solehah. Dan yang belum menikah, Semoga ALLAH memberikannya jodoh dan segera dimantapkan hati untuk menikah dengan pasangan yang dikehendaki. Aamiin

-Ustaz Yusuf Mansyur-

Amanah DariNYA

:: Assalamualaikum ::


AMANAH DARINYA..


Memang aku yang kandungkan mereka (‪#‎Rayyan‬ ‪#‎Qistina‬). 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan mereka. Sakit.

Tetapi. Anak ini bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah.
Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.

Jadi. Mengapa perlu aku mengeluh untuk melayan mereka, tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku dengan selamba je boleh menghabiskan masa melayan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi.
Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa pula aku mengeluh kesal, bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli sebulan yang lepas. Ramai lagi ibu bapa yang teringin hendak membeli saiz baju yang lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Lupakah aku.!!!
Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil ANAK. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.

Aku terus mengeluh. Tengah leka bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, dan diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang menangis, merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh.
Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.

Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali...

Ya allah moga aku tak terus-menerus terlupa..
Moga aku sentiasa beringat mereka ini AMANAH dariMU ya ALLAH..

Saturday 1 March 2014

Al-Fatihah

:: Assalamualaikum ::

18/02/2014 akan menjadi salah 1 tarikh yang sangat penting dalam senarai tarikh-tarikh penting dalam kehidupan Lieya. Pada tarikh ini, Di usia 93 Tahun perginya insan yang amat Lieya kasihi. Nekda tercinta ke rahmatullah. Perginya tiada galang ganti. Satu-satunya insan yang di gelar “Atok” dikalangan kami cucu-cucunya. Gelak tawanya, celotehnya, Rajuknya, marahnya.. akan sentiasa tersemat,terpahat dihati Lieya. Menjadi salah seorang cucu dalam keturunannya membuatkan Lieya begitu rasa bersyukur.

Dapat merasai nikmat bergelar cucu. Setiap 1 permintaan itu tak mudah Atok tolak. Pasti dia akan tunaikan.

Tok ayah dan Tok emak sebelah ayah tak dapat kenal sebab mereka lebih dulu pergi sebelum Lieya dilahirkan. Tok wak dan Tok mak sebelah bonda dapat jumpa dan kenal mereka. Bezanya, Tok wak pergi dulu meninggalkan kami. Kalau tak silap Lieya pada tahun 1996. Kini semuanya telah pergi meninggalkan kami. Allah lebih sayangkan mereka.

Arwah memang rapat dengan keluarga Lieya. Kasih sayang yang dicurahkan membuatkan Lieya tak mahu kehilangannya. Lieya bersyukur kerana Allah memberi kesempatan kepada Lieya untuk bersama-sama kongsi rasa gembira bersamanya. Seringkali Lieya berdoa semoga hajat Lieya ditunaikan. Alhamdulillah semuanya tertunai. Dari Lieya naik pelamin hingga Lieya melahirkan anak yang kedua.

Kali terakhir Lieya jumpa dengan Atok masa Lieya dalam pantang anak no 2 (bulan 9 dan 10). Lieya bawa Rayyan jumpa dengannya. Dikucup dahi Rayyan, Ya allah Lieya bersyukur sangat. Anak pertama dapat habiskan masanya bersama Atok selama sebulan lebih.

Alhamdulillah.. kini dia sudah pergi dengan tenang.. damailah kamu disana tok.. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. amin..

Wallahualam...