Assalamualaikum..
Sudah lama berhajat nak bawa anak-anak bercuti ke Zoo Melaka,akhirnya hubby menyuarakan cadangan kepada lieya untuk pergi bercuti habiskan masa bersama. Peluang tak lieya sia-siakan. Hampir nak menjerit rasanya, sebab telah tersimpan lama.. Lieya pergi ke melaka bersama adik dan kawannya. Manakala suami rider dengan club motor Scramnya. Hampir jam 9 malam kami selamat sampai di melaka. Kawan Hubby sediakan rumah penginapan (home stay) untuk kami bermalam. Penat badan sangat terasa walaupun bukan lieya yang memandu kereta. Bangun pagi terus bersiap untuk ke rumah Pengantin dahulu. Selepas penat bergelak tawa dengan kawan2 hubby. Tiba masanya kami semua berangkat ke tempat yang dinanti-nantikan.. zoo melaka here we come..
Sampai je di sana, pergi servey tiket dulu, mana la tau habis kan.. masa tu jam menunjukkan pukul 4 lebih. Alhamdulillah, dapat la kami beli 4 tiket..
1 tiker regenya RM15 dewasa.. kakak masuk percuma sebab umur baru 2 tahun 8 bulan..bawah dari 4 tahun..
Dulu harga tiket RM8 je.. tu masa zaman sekolah la.. sekitar tahun 90an.. mase tu pergi dengan rombongan sekolah agama.. ramai-ramai naik bas.. ingat lagi mase tu yuran rombongan cuma RM50..
sekali makan..ok tutup cite kenangan masa sekolah tu, kang ada yang lari topik pulak cerita zaman sekolah ku.. haha..
Ok here we go..
Muke dak bambam yang excited nak tengok animals...Maklumlah dah charge bateri.. tu yang bertenaga tu..
happy sangat anak mummy time ni..
Binatang pertama yang berkenan nak ambil gambar.. ini lah dia Sang Kancil.. Comey je tanduknye tu..
Binatang ni tak nak toleh ke kamera kami, panggil la macam mana pon, buat dek.. buat tak reti je, tu yang tak dapat nak snap muka dia.. tapi bulu dia cantik..
Berhenti posing kejap.. *hehehe
Burung Unta..
Masa ambil gambar ni, beruang ni tengah tak senang duduk.. mundar mandir sampai dapat snap pic dia berdiri..
Seronoknya tengok hubby dengan kakak berjalan.. dorang berjalan dulu, tinggalkan lieya kat berlakang kepenatan..
tang punggung pulak dapat gamba beruk ni.. isk isk isk..
Masa ni orang hutan ni tengah melantak air botol 100 plus.. dah habis mintak lagi.. kah kah
Disebabkan mereka jalan sampai tak ingat kita yang kat belakang ni, lieya panggil juga suruh perlahankan sikit berjalan, sempat la snap..
Si kakak tengah tengok gajah diberi makan, kakak memang tahu tu gajah, sebab bila di tanya tu la jawapan nya.. khusyuk tengok sampai tak nak toleh pon kat mummy yang nak amik gambo dia..
Si abang pulak bukan tengok gajah, dia mendongak kelangit..
Tak tau apa nama binatang ni.. yang pasti dia comel dan elok je dok dekat-dekat dengan jaring-jaring tu.. nak suruh kite ambil gambar dia banyak-banyak la tu.. hehe
Yang pasti pengalaman ni tak kan lieya lupakan.. habiskan cuti bersama insan-insan tersayang, walaupun penat berjalan hampir 1 jam setengah di dalam zoo melaka, tapi berbaloi sebab kakak seronok.. memang itu pon tujuanya dari awal lagi.. nak bagi anak-anak happy.. hari yang sama juga kami semua bertolak balik ke rumah..
Itu saja nak share.. Adios
Yang pasti pengalaman ni tak kan lieya lupakan.. habiskan cuti bersama insan-insan tersayang, walaupun penat berjalan hampir 1 jam setengah di dalam zoo melaka, tapi berbaloi sebab kakak seronok.. memang itu pon tujuanya dari awal lagi.. nak bagi anak-anak happy.. hari yang sama juga kami semua bertolak balik ke rumah..
Itu saja nak share.. Adios