Blogger Widgets

Friday, 7 February 2014

Mohon share.. Cadangan untuk atasi masalah bayi sembelit..

:: Assalamualaikum ::

Sekejap je masa berlalu genap dah usia Baby Rayyan 5 bulan. Bila Lieya tak dapat nak beri Baby Rayyan kelebihan susu ibu semaksimum yang boleh, Lieya terpaksa beri susu formula sebagai penambah makanan untuk dia. Tapi Lieya sentiasa berdoa untuk beri Susu ibu sehingga umurnya 2 tahun. Insha allah.

Sebagai ibu dan bapa sudah tentu kami mencari susu formula yang terbaik untuk anak-anak. Dalam fikiran buat masa ini, dia masih kecil dan memerlukan zat dan nutrisi yang banyak, jadi yang terbaik mesti yang paling mahal. Jadi kami memilih susu ANMUM untuknya.

(biar takde duit janji anak-anak dapat yang terbaik dan khasiat yang sepenuhnya).

Susu ni regenya di tengah-tengah tak lah mahal sangat. 650g bawah RM50. (3 ke 4 kali beli dalam sebulan) Sejak dari dalam perut lagi memang Lieya dah amalkan pengambilan susu Anmum, Tapi semenjak doktor sahkan Lieya ada kencing manis so doktor tak galakkan pengambilan susu Anmum lagi (masa preggy). Sebab kandungan gula dalam susu ni tinggi. Pihak Anmum sendiri pun tak galakkan ibu mengandung yang bermasalah teruskan pengambilan susu ni. Jadi Lieya beralih ke Susu INSAN – Susu Dewasa. Susu ni kurang popular jadi pencarian untuk susu ni agak terhad. Masa berpantang memang tak miss minum susu ni. Sebab kat Johor memang ade 1 kedai ni jual susu ni. Jadi mudah. 
  
Semenjak dah mula bekerja Lieya mencuba susu ESP Shaklee dan Dumil Mama. Hasilnya Alhamdulillah.. sedikit sebanyak membantu menambah susu badan. Setakat ni susu tak pernah kering, ada dan boleh mengenyangkan Rayyan. Moga ia terus menjadi lebih baik dan diperbanyakkan sehingga capai target 2 tahun. Berusaha lebih ni.

(susu badan pun kena utamakan jugak)
(ESP + Dumil Mama dan ESP + Milo)

Niat dihati ni memang nak beri susu ibu sepenuhnya. Sebab tau khasiat susu ibu, Tapi disebabkan Lieya bekerja, dan kadang kala tiada kesempatan untuk memerah, Lagi pun susu badan tak berapa nak banyak, kadang-kadang Rayyan tak kenyang minum. Jadi pemberian susu formula sedikit sebanyak membantu mengenyangkan dia. Tapi Breast Feeding masih lagi diteruskan ok.

Dulu anak yang sulung juga Lieya beri susu Anmum, Tapi tak lama 8 ke 9 bulan je. Kemudian bertukar ke susu Dumex. Biasanya Lieya ambil yang perisa Madu.
Sampai usianya genap 1 tahun 6 bulan, Lieya bertukar susu sebab dia kena sembelit yang sangat teruk. Sampai menangis, mungkin sakit sangat nak membuang. Najis jadi keras kadang-kadang berketul-ketul. Kemudian Lieya beri susu PEDIASURE, beli bagi 2 tin je. Tu pun sebab nak pulihkan balik masalah sembelit nya tu. Harga dia memang mahal sekitar RM80 ke atas, tu masa tahun lepas hehe. Memang berkesan.
  
Dia dah senang membuang selepas beri susu ni. Sekarang umur anak yang sulung pun dah nak masuk 2 Tahun 10 Bulan, Jadi Lieya beri dia susu Dutch Lady 123. Alhamdulillah sampai sekarang serasi dengan susu ni.
  
Untuk Baby Rayyan pulak pengambilan susu Anmum setakat umur hingga 3 bulan penerimaannya baik. Tapi sejak masuk bulan ke 4, pengasuhnya beritahu, Baby Rayyan dah mula nak dapat sembelit. Najisnya dah mula mengeras, dan kadang-kadang agak sukar nak buang air besar. Kadang-kadang dia menangis sebab perut tak selesa.

So, antara solution yang Lieya dah ada sekarang ni Lieya nak cuba bertukar susu formula. Mana tau ada susu yang lebih baik untuk sistem penghadaman & kumuhan dia. So far, Lieya belum ada specific brand lagi nak cuba.

Tak kisah la susu tu mahal ke murah ke, yang penting boleh kurangkan masalah sembelit yang baru nak bermula ni. Tapi kalau mommies semua ada cadangan, boleh la share-share ye!!

Lieya tahu penerimaan budak-budak ni lain-lain, tapi tak salah kan kalau Lieya nak dengar pengalaman other mommies jugak pasal susu formula ni.

4 comments:

  1. Assalamualaikum lieya, in shaa Allah.. sheila pun nak try esp. buat masa sekarang sheila tak amik susu ibu. haritu ada minum sekotak anmum coklat. memang sedap tapi lepas kawan beritahu kandungan gula dia tinggi terus stop. skrg makan ubat2 pil shaklee je. sheila doakan lieya dimurahkan rezeki susu sendiri untuk beri anak minum. amin (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, maknanya sheila xde minum susu untuk ibu mengandung la ye.. takpe ESP dan pil-pil nya pun dah cukup berkesan.. cuma Lieya ni kurang dengan pil-pil sebab tu tak amik set punya ESP dgn alfalfa, insha allah ade rzeki nak cuba set punya..

      Delete
  2. ESP milk booster kan..hopefully dapat menghasilkan hasil yang banyak untuk anak..takde pengalaman lagi so tak dapat nak komen dan membantu..harap² ade yang sudi berkongsi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul susu tu.. tula.. harap sangat ade yang sudi berkongsi..

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..