Blogger Widgets

Wednesday, 19 December 2012

Jammed..Jammed..Jammed


Assalamualaikum..

Bila hujan ini la yang terjadi..

Hari ni agak moody sket..sebab pepagi lagi da terpaksa menempuh jalan jem..
ingatkan bila satu lampu isyarat di persimpangan nak ke sri perantau ditutup sepenuhnya jalan akan menjadi lancar sebab laluan jadi terus menerus untuk ke tempat kerja
(west port-nort port),
rupanya sangkaan aku meleset, bertambah sesak adalah..
sebab kenderaan yang nak ke sri perantau akan membuat pusingan U di restoran makanan laut D’Selat.. dan bulan ni nampak nyer ramai pulak yang lebih selesa membawa kereta ke tempat kerja,
yelah bulan dopblas ni kan bulan membasahi bumi, sebab tu la motor berkurangan..
kenderaan lain yang banyak.. tak kurang jugak hebatnyer lori-lori besar ni..
(he memang la.. da laluan dorang kan)..
salah satu faktor lain yang menyebabkan kesesakan lalu lintas ni,
sebab masing-masing mengelak jalan rosak yang dah berlubang,
(baru je dorang dok tampal jalan lobang-lobang tu, hampeh lobang balik)
lagi-lagi kalau hujan lebat confirm air akan bertakung kat lobang-lobang tu..
bertambah lah jem jalannya.. yang naik motor pon terkena sama tempias jem tu,
tak boleh da nak cilok-cilok..
tetapi ade pesanan buat mat2 motor & minah2 motor yang guna laluan ni untuk ke tempat kerja,
berhati-hati bila cilok mencilok dan tunggang motor,
risiko menggunakan laluan ni amat tinggi atau dalam kata erti lain BAHAYA
sebab ini adalah laluan kenderaan berat,
kalau u'ols semua nak tahu.. baru je minggu lepas satu kes kemalangan ngeri
melibatkan penunggang motorsikal,
nyawa tak panjang meninggal ditempat kejadian yang menunggang motorsikal ni warga india naik motor scrambler, pakai helmet tapi kepala hancur,
pakai helmet pon tak semestinya selamat, lagi-lagi kalau lori yang langgar bukan dia sedar kita kat bawah dihimbit dan dilanggar, so hati-hati ye ketika memandu dan menunggang motorsikal,
pesanan ni pon buat diri aq dan suami juga sebab kami pon menungang motor ke tempat kerja..
setelah penat menempuh jem, 
Akhirnya sampai juga di opis tepat- tepat pukul 8.00am fiuuhh lega..

Nota Kaki: Harap-harap jalan yang dorang tengah repair ni siap cepat >peace<

3 comments:

  1. bulan 12 mmg musim hujan..skrg ni nk kua naik moto pun mesti lenjun jugak akhirnya.. sebab cuaca x menentu kan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. comelnya blog. sheila follow sini. lebat tak hujan pagi tadi?

    ReplyDelete
  3. yela tenku butang memang musim.. terpaksa gak naik motor sebab tak nak sangkut jem..
    sheila salim semalam xde la lebat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..