Blogger Widgets

Monday, 3 February 2014

Kepala bertutup tapi..

:: Assalamualaikum ::

Ha memang panas title post kali ni kan. Hanya ingin berkongsi rasa sedih, kesian, marah dan macam-macam lagi lah. Entri ni terbit disebabkan cerita semalam. Entri ini bukan ditulis untuk menghina kaum hawa / wanita, tambah lagi yang bertudung macam Lieya, Cuma ini niat ikhlas Lieya untuk menegur mereka supaya menjaga kesopanan dan aurat dengan sempurna.

Semalam Lieya dan kakak ipar mengambil peluang bershopping bersama sempena cuti hari Raya Cina, yang di sambut kaum buddha 31/01/14 dan 01/02/14.

Kedai-kedai pun kebanyakkan masih lagi dalam mood raya kan. Jadi kami putuskan untuk bershopping di Sogo Kuala Lumpur. Memang dah lama tak pergi ke sogo, kali terakhir pergi tahun 2011. Tu pun dengan kakak-kakak ipar jugak. Sebab dorang ni memang kaki shopping, lagi-lagi kalau ada sale. Memang dorang tak kan lepaskan peluang, siap hasut Lieya untuk joint sekali. hehe..

Bila diajak oleh kak ipar untuk pergi ke sogo menaiki kereta api komuter, cadangan tu tak Lieya tolak, tapi terima dengan rasa sangat teruja. Sebab sudah hampir 8 tahun tak menaikinya. Zaman belajar dulu rajin la. Leh kata setiap hari. Sudah banyak perubahannya. Lieya macam 1st time pulak naik. 





Kakak takde, anak buah pun jadilah pengantinya..





Al-kisah nak dijadikan cerita, selepas habis bershopping beli macam-macam.. (borong tudung & selendang).. kaki dah mula naik lenguh. Kalau tadi datang bershopping menaiki Komuter, Balik Lieya putuskan nak naik kereta pulak. Mujur Acu datang ke sogo bawa kereta. Leh la tumpang balik sama.





Dalam perjalanan nak ke parkir kereta di aras bawah tanah, kakak ipar yang memberitahu Lieya untuk melihat satu pasangan ni, Tak pasti la sama ada pasangan suami isteri atau belum berkahwin lagi. Lieya perhatikan dari atas ke bawah, sekali pandang memang tiada cacat celanya, wanita ini memakai dress tanpa lengan berwarna kuning mustard berserta inner hitam didalamnya, (kerana jenis kain yang dia pakai agak jarang) dan kepala bertutup dengan skarf tapi tak tutup sepenuhnya, tang leher nampak, hanya dipakai untuk tutup rambut dan telinga saje.

Tetapi bila diperhatikan betul-betul dari atas ke bawah, baru Lieya perasan rupanya memang ada yang tak kena. Dari pinggang ke atas nampaknya ok, Tapi turun kebawah, memang orang kata tayangan free tanpa bayar. Nampak dengan jelas warna dan bentuk seluar dalamnya. Apa maksudnya tu..!!! Mengucap panjang dibuatnya.. 1 perkataan terpacul dari mulut Lieya. 

Bodoh.. !! (kasar bunyinya)

Kalau rasa nak tayang sangat yang dalam tu.. tak payah la tutup kepala tu atau pakai skarf tu bagi je nampak telinganya tak pun susah sangat buka je.. orang pun tak kan cakap apa-apa.. paling tidak pun orang kata "ala tu fesyen dia", Pi lantak la".

Lupa pulak nak ambil gambar dia dan post kat sini (jahatnya Lieya), ini contoh paling hampir..
Sumber: google
Bertudung tapi nampak seluar dalamnya, Alahai... Perempuan macam ni memang cukup berani. Bukan nak salote, sebab bangga ke ape.. cuma rasa kesian sangat, macam tak ada perasaan. Baik berbikini je macam kat negara omputeh tu.. Normal dah bagi mereka kat sana. Ini boleh mengundang rasa ghairah seorang lelaki, tak salah kalau perempuan macam ni di perkosa. Bak kata pepatah, Kucing kalau nampak ikan depan mata tak kan dia nak biarkan lalat yang urung kan, mesti dia akan ngap telan. Sama juga macam ni.

Tak salah kalau nak berfesyen tapi jangan sampai menjadi mangsa fesyen. Lieya pun masih perlu banyak belajar. Tapi tak lah seteruk ini. Sehingga menampakkan sesuatu yang tak perlu orang lain nampak. 

Jadi jika reader semua belum bersedia untuk bertudung, tangguhkan dahulu sehingga benar-benar sudah bersedia.

Jadi berpada-padalah dalam berpakaian, Ade yang boleh menerima fesyen kita, ada yang tidak boleh. Orang lain pun perlu jaga mata hati mereka. Biarlah berpakaian yang elok sikit. Hormat dengan persekitaran kita. peace

Nota Kaki: yang buruk tu datangnya dari Lieya, yang baik tu datangnya dari Dia.. Wallahualam.

1 comment:

  1. Jackpot City Casino Review for Canadian Players
    JackpotCity is a well known casino and has been established 카지노 사이트 추천 since 1999. With over 1,000 games including slots, table games, live dealer, mobile

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..