Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirahim..
Selamat datang bulan August.. Bulan yang membuatkan diri Qu semakin sibuk.. bz bz bz dengan kerja.. maklumla nak cuti2 Malaysia ni kan .. Balik raya di Johor tahun ni...yeay.. tak sabar rasanya.. nak peluk cium my mom.. padat la jadual keje..huh.. mana nak siapkan paperwork..ot.. bla bla bla .. haha ~full stop~
Dibulan Ramadhan yang mulia ini , Sebagai seorang yang beragama islam, puasa bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum (berlapar, berpuasa), malahan seseorang itu juga perlulah menahan segala nafsu-nafsu lain tak kira la apa bentuk sekali pon.. Dan bulan ini juga adalah bulan yg bagus/baik untuk kita mengubah akhlak kearah yang lebih baik. Insyallah.. (ececeh ayat skema btol.. hadoi)
Ok mungkin u'ols semua ada yg sudah tahu apa maksud IFTAR.. ~cuma AQ je yg macam batak tak pernah dengar.. kan kan haha~
Kebelakangan ini baru AQ perasan (atau mungkin tahun-tahun yang sebelumnya yg AQ tak tahu la kan ) orang ramai sudah memulakan gerakkan memansuhkan perkataan "berbuka puasa" kepada "iftar". Apakebenda "iftar" tu kan ?
AQ pong search la kat google kan .. click dapat la info ni..
".....Iftar (Arabic: إفطار), refers to the evening meal when Muslims break their fast during the Islamic month of Ramadan....."
Ok, sekarang dah dapat tau la kan maksud iftar tu...
Tapi persoalannye: kenapa nak guna perkataan ni ye?muskhil kejap..
Maafkan AQ ye sebab AQ agak terkilan dengan penggunaan ayat ni. Dulu bila bahasa Melayu dicampur aduk dengan English ada yang marah, tidak bersetuju. Cakap bahasa rojak lah, merosakkan bahasa jiwa bangsa lah, bla bla bla.~
Sekarang nak adopt bahasa Arab boleh pulak? Dulu mungkin lah guna ayat "iftar" tu macam cool ala-ala hipsters *yang suka posing gambar makanan berbuka dengan Instagram, Facebook, Twitter atau apa jela...*
Tapi sekarang aku rasa perkataan tu dah mainstream sangat sampai aku pun naik rimas. Kat stesen radio pon ade gak yang pakai ayat ni..
AQ rasa orang kita masih keliru dengan dasar peng-Islam-an dengan dasar peng-Arab-an.
Maaf kalau rasa keterlaluan..
Nasib baik tv dan akhbar (as far as i concern) masih guna "waktu berbuka". Kalau "Iftar" emm.. macam tak berapa syok pulak nak didengar.
Ok lah, as a conclusion, *please stop using the word iftar*. we have our own version of Iftar called Berbuka Puasa. It sounds more "environmental friendly".
Baca saja ayat ni *Iftar nanti kita makan tamar ya.. err.. Berbuka puasa nanti kita makan kurma ya*. Hurm ayat yang mana lagi better..?? pada AQ yang kedua.. mungkin da menjadi kebiasaan..
Nota Kaki: AQ hanya meluahkan apa yang AQ rasa..kalau tak suka.. ~ada AQ kisah~ haha salam ramadhan
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..