Blogger Widgets

Sunday, 12 August 2012

22 RAMADAN


Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah 22 hari kita berpuasa, AQ bersyukur padamu ya ALLAH kerana masih lagi dipinjamkan nyawa untuk bernafas dan merasai bahang raya yg semakin mendatang tidak lama lagi, hanya tinggal seminggu saja lagi kita semua umat islam berpuasa.

Raya tahun ini seperti yg telah dirancang AQ akan menghabiskan cuti raya di kampung halaman QU bersama insan-insan yg tersayang, insyaallah.

Bercerita pasal raya, ha.. macam mana persiapan untuk raya tahun ni..?? AQ rasa tahun ni la AQ bershopping sakan, baju raya, kuih raya, rumah je yg tak raya2 lagi ni.. tak lama da nak bertolak balik ke Johor. jawabnyer esok bermula lah projek mengemas satu rumah.. dari a to z.

Masa bujang semuanya mak siapkan dari a to z.. AQ cuma tolong apa yg perlu saja.. skarang merasa la AQ bila da menjadi suri rumah tangga. Harap ada kekuatan untuk mengemas rumah di bulan puasa ni.. Inysaallah..

Semakin dekat nak sambut kedatangan bulan Syawal, Hari Raya semakin takde idea da nak masak apa untuk makan sahur, actually AQ jarang masak kalau waktu berbuka.. lagi senang beli yang da siap.. tapi kadang2 masak jugak yg simple2 je.. nasib la encik suami memahami.. tahun depan insyallah akan jadi tahun yg lebih baik dan lagi bagus.. belajar dari pengalaman yang lepas.. ececeh..

Sekarang lain, dulu lain, dulu pagi raya mak akan kejut bangun mandi siap2 pakai baju raya, p sembahyang raya, dan makan beramai-ramai. Tahun ni AQ yang akan sibuk untuk menyiapkan anak dan encik suami, tak sabar nak lalui saat manis itu.

Dulu zaman kanak2 memang tak sabar nak raya sebab nak p collect wet raya dari rumah ke rumah, tak kan QU lupa saat itu, saat ini AQ pulak yang kena duduk rumah dan bagi wet raya kat kanak-kanak.. masa berlalu dengan pantas sekali.. tanpa menunggu kita, sedar tak sedar da semakin berumur AQ tika ini.. anak pon da 16bulan (setahun 4bulan)..

Raya da semakin dekat, dengar lagu raya, terasa diri berada dikampung. Harap semuanya akan menjadi kenangan yang terindah.

Nota Kaki: Ringkas saja tulisan Qu hari ini..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..