Blogger Widgets

Thursday, 30 January 2014

Semalam punya cerita

:: Assalamualaikum ::


Alhamdulillah, masih dipinjamkan nyawa lagi hari ini untuk berblogging, bekerja, melihat anak-anak membesar di depan mata. Entry ini untuk semalam punya cerita.. Malam semalam Lieya dan keluarga bersiap untuk kerumah kawan (Faizal Toncet & Isteri Awin), dia adakan majlis kenduri untuk arwah. Ini pakaian yang Lieya kenakan. Dah malam so malas nak pakai baju kurung, nak menggosok lagi, mana nak siapkan dak bum bum lagi, nasib lah c kakak dok kat kampung, kalau ada sekali dengan dia pun Lieya kena make up.

Baju tribal trending sekarang..yang agak labuh dibahagian belakang, orang panggil baju fishtail ye. lebih kurang gitu la.. skirt A hitam, dan tudung bercorak pashley. Dak bum bum Rayyan pulak mengenakan baju Rompers dan Baby tight. Corak motor tu Abie dia yang pilih. Maklumlah abie nya ade motor besar, so nak terapkan la kat anak bujang dia yang sorang ni.. hehe simple but nice.

Baju yang Lieya pakai tu Lieya beli dekat GM Klang. Sangat murah hanya RM15 saja. cuma kena pakai dengan Inner sebab dia agak jarang sedikit. Tapi ok la murah. Dekat GM Klang tu kita kena pandai cari dan bertanya, inshaallah kita akan jumpe dengan kedai yang menjual barang-barang dengan murah. Cuma agak penat la nak berjalan sebab terlalu banyak kedai. 

Tapi yang tak seronoknya di GM ni, Dia tutup awal sangat..seawal pukul 7 malam.. "uurrghhh tension ngape la tutup awal beno.. cer la tutup lewat sikit.." so kalau sesapa yang rasa nak shopping sakan kat GM tu kena la pergi awal ye. leh tengok web nyer.. GM Klang Kelik je.. leh tengok apa yang menarik disitu.. 

Ok skirt pulak regenya rm29.90 jew. Tudung pashley tu pulak rm10 jew.. so total rm54.90 hu murah-murah. Janji sedap mata Encik suami memandang full stop. Nak cantik pon untuk tatapan suami. Psst mase ambik gambo ni. Dak bum bum dah excited nak keluar.. so dah tak leh nak dok diam-diam.. tu yang sampai kena kepit. 

Nota Kaki: Itu je nak kongsi.. #enjoy

Tuesday, 28 January 2014

Rayyan 4 Bulan

:: Assalamualaikum ::

Detik penting dalam perkembangan bayi: MENIARAP

Alhamdulillah akhirnya dapat juga Lieya tengok anak meniarap depan mata, selama ni dengar dari mulut pengasuh je bagitau yang anak dah pandai meniarap. Doa nak sangat tengok perkara tu terjadi depan mata, Allah telah makbulkan. Nak tengok lagi dan lagi dan lagi, dia baru tunjuk sikit je tu..tu pun dapat tengok masa bangun pagi nak pergi kerja, dia pulak tengah nyenyak tidur.. pastu kadang-kadang je, tak kerap. Masa tengah gurau senda tak nampak lagi. Inshaallah mesti nanti dapat tengok dia pusing sendiri depan mata.. cepat dengan lambat je.. tak sabar rasanya.. kat bawah ni gambar pagi tadi Lieya snap..



Sedapnya tengok dia hisap jari, dah tarik pon dia masukkan balik dalam mulut..

Sikit info kat bawah ni, kalau rajin bacalah.. copy paste je.. kite sharing-sharing ye..

Meniarap

Selepas dapat mengawal pergerakan kepala dan sejurus sebelum (atau sekitar sama waktu dengannya) mempelajari kaedah duduk tanpa bantuan, kebanyakan bayi belajar cara meniarap. Bayi yang sudah mahir meniarap boleh memusing dari keadaan terlentang ke meniarap dan sebaliknya.

Ini adalah salah satu cara yang membolehkan bayi anda bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. Ia selalunya didorong oleh keinginan untuk mencapai satu mainan yang berada di luar jangkauan, atau hanya untuk mendekati anda.

Bila ia berlaku

Ada bayi yang boleh memusing dari depan ke belakang seawal usia tiga bulan. Tetapi kebanyakan bayi memerlukan otot leher dan lengan yang lebih kuat untuk memusing ke arah bertentangan iaitu dari belakang ke depan. Ini hanya boleh dilakukan apabila mereka mencapai usia lima atau enam bulan. 

Bagaimana ia berkembang

Sekitar usia tiga bulan, apabila diletakkan meniarap di atas perutnya, bayi akan menaikkan kepala dan bahunya dengan menggunakan lengan sebagai sokongan. Tekan tubi mini ini membantunya menguatkan otot-otot yang diperlukan untuk meniarap. Pada tahap ini dia akan mengkagumkan anda (dan dirinya!) dengan memusing dari baring meniarap kepada terlentang, atau sebaliknya. (Walaupun bayi selalunya memusing dari depan ke belakang dahulu, adalah normal juga jika dia melakukannya mengikut arah yang bertentangan.)

Pada usia lima bulan, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkat kepala, menaikkan diri dengan lengan, melengkungkan badan untuk mengangkat dadanya dari lantai, dan mungkin juga berayun atas perutnya, menendang kaki, dan melambaikan tangannya. Kesemua aktiviti ini menolong otot-ototnya terus berkembang supaya apabila dia berusia lebih kurang enam bulan, dia sudah mahir memusing ke kedua-dua arah.

Sesetengah bayi tidak meniarap, sebaliknya melangkau tahap perkembangan ini dan terus duduk dan merangkak manakala sesetengah yang lain pula menggunakan pergerakan memusing dan menggolek diri sebagai kaedah pengangkutan darat yang utama. Selagi anak anda terus mendapat kemahiran baru dan menunjukkan minat untuk bergerak dan menjelajah persekitarannya, usahlah anda bimbang.


Apakah perkembangan seterusnya?

Kebanyakan otot yang digunakan untuk bergolek juga adalah otot yang digunakan untuk duduk tanpa bantuan dan merangkak. Pada bulan seterusnya, leher, belakang, kaki dan lengan bayi anda terus menjadi semakin kuat, dan dia akan berupaya duduk dengan sendiri dan menggeser punggungnya sekitar rumah. Kebanyakan bayi boleh duduk pada usia enam atau tujuh bulan; disusuli oleh keinginan belajar cara merangkak.

Peranan anda

Anda boleh menggalakkan kemahiran baru bayi anda ini dengan bermain-main bersama. Jika anda perasan dia bergolek, goyang-goyangkan mainan pada sebelah yang lazimnya dia berpusing – tengok jika dia cuba lagi. Berikan tepukan untuk menggalakkan usahanya dan senyumlah; dia memerlukan anda untuk kembalikan keyakinannya kerana golekan seluruh badan ini perkara baru dan mencemaskan.

Meniarap adalah tahap pencapaian yang mungkin akan menghiburkan anda dan membuat anda terasa kagum melihat bayi anda membesar dan menemui kebolehan baru. Tentu sekali meniarap adalah seronok baginya, tetapi ia mungkin akan membuat anda terasa bimbang. Selepas usia tiga bulan, lebih baik jika anda tidak melepaskan tangan semasa menukar lampin, dan jangan sekali-kali biarkannya tanpa pengawasan ketika di atas katil atau mana-mana permukaan yang ditinggikan.


Bila anda harus bimbang

Jika bayi anda masih belum boleh meniarap sama sekali bila dia mencapai usia enam bulan dan tidak menunjukkan sebarang minat untuk bergerak dengan apa cara pun, bangkitkan hal ini semasa berjumpa dengan doktor anda.

Perkembangan setiap bayi berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain – dan sesetengah bayi tidak meniarap langsung – tetapi jika anak anda tidak pula cuba duduk dan menggeser punggung atau merangkak, rujuk kepada doktor anda.

Ingatlah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.


Nota Kaki: Seronok tengok anak-anak membesar depan mata

Monday, 27 January 2014

Tips elak anak hilang

:: Assalamualaikum ::

panduan menjaga anak bayi laporan polis jika hilang anak

Menarik topik ni untuk di kongsikan..disebabkan Lieya juga ibu kepada 2 cahaya mata,tak salah rasanya kongsi sama tips-tips ini.. sama-sama beringat untuk kesejahteraan dan keselamatan kita bersama..

Tip supaya tidak terpisah dengan anak ketika bercuti
Sepanjang cuti persekolahan ini, membawa anak ke tempat menarik dan menyeronokkan adalah agenda utama hampir semua ibu bapa saat ini.

Saat ini jugalah dimanfaatkan sepenuhnya ibu bapa yang kebanyakan­nya sibuk dengan kerja seharian di pejabat.

Memanfaatkan sepenuhnya cuti persekolahan ini untuk membawa anak bercuti bagaimanapun mengundang kepada kesesakan di tempat yang menjadi tumpuan ramai.

Keadaan yang bersesak-sesak ini juga adalah situasi sukar dan menyebabkan perkara tidak diingini, contohnya anak terpisah daripada ibu bapa.
Apabila anak terpisah daripada ibu bapa terutama kanak-kanak di bawah usia lima tahun, tanyalah apa saja, hanya air mata yang mengalir.

Justeru, bagi mengatasi masalah ini terutama di musim cuti ini, tip melancong kali ini mungkin dapat membantu.
Ajar anak mengingati nama anda
Ada kanak-kanak masih tidak tahu atau mengingati nama ibu atau bapa. Perkara ini juga merumitkan untuk mencari keluarga si kecil.
Jadi, ajar anak mengi­ngati nama anda atau pasangan supaya jika terpisah, petugas dapat mencari anda.
Tanda nama
Tanda nama yang leng­kap dengan nama anda dan pasangan serta alamat dan nombor telefon untuk dihubungi ditulis di atas kertas atau kad kecil cukup membantu terutama terpisah dengan si kecil.
Dengan meletakkan kad nama itu di dalam poket seluar anak atau beg anak, ke mana pun anda pergi dapat membantu sesiapa yang menjumpai mereka menghubungi anda.
Ajar mereka untuk menunjukkan tanda nama itu kepada petugas atau individu yang menjumpai mereka.
Dukung anak
Mendukung anak dalam keadaan yang sesak adalah langkah paling bijak daripada memegangnya apatah lagi jika anak masih kecil.
Selain itu, ketika berjalan di dalam kesesakan, adalah lebih baik isteri di depan, anak di tengah dan bapa di belakang lebih-lebih lagi jika mempunyai anak lebih daripada dua.
Dalam apa juga situasi, awasi anak anda dan jangan sesekali leka.
Tetapkan tempat berjum­pa
Jika bercuti dalam kumpulan, pastikan anda menetapkan lokasi untuk berjumpa pada masa sudah ditetapkan.
Walaupun masing-masing punya telefon, tetapkan tempat berjumpa untuk mengelak sebarang masalah seperti bateri telefon bimbit habis atau sebaliknya.
Jika berkunjung ke taman tema atau kompleks beli-belah, jadikan kaunter pertanyaan sebagai tempat pertemuan jika terpisah dari kumpulan atau sebaliknya.
Jangan panik
Ketika terpisah dengan anak, jangan panik. Carilah mereka sebaik mungkin dan dapatkan bantuan daripada pihak yang sepatutnya di mana juga anda berada.
Panik hanya membuatkan anda hilang fokus dan bukan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.
Gambar terkini anak
Gunakan kemajuan tek­nologi yang ada dengan merakam gambar terbaru anak. Gambar ketika keluar pada hari itu adalah yang terbaik.
Sekurang-kurangnya, apabila anda mencari mereka, anda boleh tahu warna pakaian, kasut, beg dan banyak lagi petunjuk untuk mencari anak anda ketika mereka terpisah.

Sumber Hmetro

Game Over ~Anugerah Juara Lagu Ke- 28

::Assalamualaikum::

AJL_2512

Akhirnya.. Debaran dan persoalan yang sentiasa bermain difikiran selama ini terjawab juga..(fiiiuuhhh leh tarik nafas lega dah..) sudah pasti ramai yang ingin mengetahui lagu manakah yang bakal bergelar juara pada Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) kan kan kan,termasuk la Lieya sendiri yang excited sangat nak tahu milik siapa anugerah Juara Lagu ke 28 ni. Memang tak dinafikan lagi Hafiz Suip telah menjadi perhatian ramai dengan kemenangan berganda beliau.
Bila diumumkan Lagu dendangan Hafiz Suip, Bahagiamu Deritaku yang dicipta oleh LY dan Baiduri telah berjaya dinobatkan sebagai juara lagu AJL 28 yang membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM35,000 memang telah lama Lieya jangkakan, Sekarang ini memang musim nama jejaka ini melonjak naik. Semenjak dinobatkan juara AF ke-7 rezekinya melimpah ruah, setiap lagu yang dinyanyikan pasti menjadi siulan ramai. Setiap AJL pasti lagunya akan tercalon.
Selain bergelar juara lagu, Hafiz Suip juga melalui lagu yang sama telah berjaya merangkul gelaran Persembahan Terbaik untuk Anugerah Juara Lagu ke 28 dan Anugerah Juara Mobile yang dibawakan oleh Xpax Celcom.
AJL_2497
Yippi.. Naib juara pula jatuh kepada lagu Hanya Aku dendangan Hyper Act yang mereka ciptakan bersama Frozen. Mereka membawa pulang RM15,000 berserta trofi.
AJL_2490
Tempat ketiga pula dibawa pulang oleh lagu Kalau Aku Kaya dendangan Altimet dan Awi Rafael. Mereka pula membawa pulang RM10,000 juga berserta trofi.
AJL_2364
Vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) pula dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku. 
Dan Lieya tertarik dengan penampilan Shila Amzah semasa di Karpet Ungu AJL ke 28. Padanan yang sesuai.
#20 Gaya Selebriti Di Karpet Ungu Anugerah Juara Lagu Ke 28 (AJL 28) - ROTIKAYA
AJL_2408

Makin berseri wajah Scha semenjak dia mewar-warkan sudah hamil anak sulung.. Apa pun tahniah,semoga baby sihat sampai ia dilahirkan, inshaallah..

Sumber gambar semuanya dari Blog Rotikaya (Maaf Copy Paste jek.. )

Nota Kaki: Sanggup shopping lelaju kat GM Klang, Semata-mata tak nak terlepas tengok AJL. Berpuas hati sangat..



Itu saja yang hendak di kongsikan.. 
Tahniah buat semua pemenang, malam yang hebat! owsem!!!

Saturday, 25 January 2014

Puding Roti Sos Vanilla

::Assalamualaikum::


Puding Roti Sos Vanilla, baca tajuk resepi je pon dah rasa meleleh, ni kan pula buat dengan air tangan sendiri.. bagi pula family makan sama.. sangat teruja ok.. dan dengan tak semena-mena tiba-tiba haha.. tekak ni teringin pulak nak mencuba resepi yang lieya ambil dari Inpirasiku sis Dzana ni memang terbaik..


Terima kasih untuk sis Dzana yang berjaya mengoda tekak lieya ni dengan gambar lelehan sos atas puding rotinya tu... lieya pasti cuba.. bersemangat rasanya nak membeli bahan-bahan untuk resepi ni.. hehe 

Sumber: E-na


Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam*(optional)


Bahan C (kuah/sos)
* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepung kastad
* 2 s/b gula

Cara-cara

1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama setengah jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang


Tengok aje gambo ni, sapa tak leleh kan.. feeling excited nieh.. 

Sumber: Sis Dzana (Maaf copy paste ye)


Inshaallah lieya akan cuba buat, dah ada gambar nanti leh la lieya share dengan semua reader.. terbaik.. 

Selamat mencuba juga buat reader blogger.. #peace

Thursday, 16 January 2014

My Prince Baby ~IRZ~

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama tak mengupdate blog, baru hari ni nak mengupdate. Semakin hari,semakin membesar anak-anak. Seronok kerana membesar depan mata sendiri, Cuma kakak saje sekarang berada dibawah jagaan Bonda dikampung, rasa rindu kadang-kala menular juga tapi di kuatkan juga hati ni supaya boleh menangani rasa rindu yang teramat sangat ni. 09 Januari 2014 genap umur Izz Rayyan Ziqri 4 Bulan. Semakin banyak perkara baru dipelajarinya.


Dah pandai menghisap jari,

 

pegang botol sendiri bila nak minum susu (kadang-kadang jatuh juga botolnya) dan


suka bemain buih (air liur) sampai basah bajunya. Orang kata bila anak dah bermain air liur ni rambut ibu akan gugur, ye memang betol, banyak rambut lieya gugur. 

k lah, tu je. saje nak share pengalaman manis ni..
k tata..