Detik penting dalam perkembangan bayi: MENIARAP
Alhamdulillah akhirnya dapat juga Lieya tengok anak meniarap depan mata, selama ni dengar dari mulut pengasuh je bagitau yang anak dah pandai meniarap. Doa nak sangat tengok perkara tu terjadi depan mata, Allah telah makbulkan. Nak tengok lagi dan lagi dan lagi, dia baru tunjuk sikit je tu..tu pun dapat tengok masa bangun pagi nak pergi kerja, dia pulak tengah nyenyak tidur.. pastu kadang-kadang je, tak kerap. Masa tengah gurau senda tak nampak lagi. Inshaallah mesti nanti dapat tengok dia pusing sendiri depan mata.. cepat dengan lambat je.. tak sabar rasanya.. kat bawah ni gambar pagi tadi Lieya snap..
Sedapnya tengok dia hisap jari, dah tarik pon dia masukkan balik dalam mulut..
Sikit info kat bawah ni, kalau rajin bacalah.. copy paste je.. kite sharing-sharing ye..
Meniarap
Selepas dapat mengawal pergerakan kepala dan sejurus sebelum (atau sekitar sama waktu dengannya) mempelajari kaedah duduk tanpa bantuan, kebanyakan bayi belajar cara meniarap. Bayi yang sudah mahir meniarap boleh memusing dari keadaan terlentang ke meniarap dan sebaliknya.Ini adalah salah satu cara yang membolehkan bayi anda bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. Ia selalunya didorong oleh keinginan untuk mencapai satu mainan yang berada di luar jangkauan, atau hanya untuk mendekati anda.
Bila ia berlaku
Ada bayi yang boleh memusing dari depan ke belakang seawal usia tiga bulan. Tetapi kebanyakan bayi memerlukan otot leher dan lengan yang lebih kuat untuk memusing ke arah bertentangan iaitu dari belakang ke depan. Ini hanya boleh dilakukan apabila mereka mencapai usia lima atau enam bulan.Bagaimana ia berkembang
Sekitar usia tiga bulan, apabila diletakkan meniarap di atas perutnya, bayi akan menaikkan kepala dan bahunya dengan menggunakan lengan sebagai sokongan. Tekan tubi mini ini membantunya menguatkan otot-otot yang diperlukan untuk meniarap. Pada tahap ini dia akan mengkagumkan anda (dan dirinya!) dengan memusing dari baring meniarap kepada terlentang, atau sebaliknya. (Walaupun bayi selalunya memusing dari depan ke belakang dahulu, adalah normal juga jika dia melakukannya mengikut arah yang bertentangan.)Pada usia lima bulan, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkat kepala, menaikkan diri dengan lengan, melengkungkan badan untuk mengangkat dadanya dari lantai, dan mungkin juga berayun atas perutnya, menendang kaki, dan melambaikan tangannya. Kesemua aktiviti ini menolong otot-ototnya terus berkembang supaya apabila dia berusia lebih kurang enam bulan, dia sudah mahir memusing ke kedua-dua arah.
Sesetengah bayi tidak meniarap, sebaliknya melangkau tahap perkembangan ini dan terus duduk dan merangkak manakala sesetengah yang lain pula menggunakan pergerakan memusing dan menggolek diri sebagai kaedah pengangkutan darat yang utama. Selagi anak anda terus mendapat kemahiran baru dan menunjukkan minat untuk bergerak dan menjelajah persekitarannya, usahlah anda bimbang.
Apakah perkembangan seterusnya?
Kebanyakan otot yang digunakan untuk bergolek juga adalah otot yang digunakan untuk duduk tanpa bantuan dan merangkak. Pada bulan seterusnya, leher, belakang, kaki dan lengan bayi anda terus menjadi semakin kuat, dan dia akan berupaya duduk dengan sendiri dan menggeser punggungnya sekitar rumah. Kebanyakan bayi boleh duduk pada usia enam atau tujuh bulan; disusuli oleh keinginan belajar cara merangkak.Peranan anda
Anda boleh menggalakkan kemahiran baru bayi anda ini dengan bermain-main bersama. Jika anda perasan dia bergolek, goyang-goyangkan mainan pada sebelah yang lazimnya dia berpusing – tengok jika dia cuba lagi. Berikan tepukan untuk menggalakkan usahanya dan senyumlah; dia memerlukan anda untuk kembalikan keyakinannya kerana golekan seluruh badan ini perkara baru dan mencemaskan.Meniarap adalah tahap pencapaian yang mungkin akan menghiburkan anda dan membuat anda terasa kagum melihat bayi anda membesar dan menemui kebolehan baru. Tentu sekali meniarap adalah seronok baginya, tetapi ia mungkin akan membuat anda terasa bimbang. Selepas usia tiga bulan, lebih baik jika anda tidak melepaskan tangan semasa menukar lampin, dan jangan sekali-kali biarkannya tanpa pengawasan ketika di atas katil atau mana-mana permukaan yang ditinggikan.
Bila anda harus bimbang
Jika bayi anda masih belum boleh meniarap sama sekali bila dia mencapai usia enam bulan dan tidak menunjukkan sebarang minat untuk bergerak dengan apa cara pun, bangkitkan hal ini semasa berjumpa dengan doktor anda.Perkembangan setiap bayi berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain – dan sesetengah bayi tidak meniarap langsung – tetapi jika anak anda tidak pula cuba duduk dan menggeser punggung atau merangkak, rujuk kepada doktor anda.
Ingatlah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.
Nota Kaki: Seronok tengok anak-anak membesar depan mata
Assalam.. hi. Nice entri boleh bg info bguna. Mmg best tgk anak mmbesar dpn mata ni. Suwet sgt. Btw, kalu sudi singgahlah my blog dah kalu lg sudi folo la ek..
ReplyDeletehttp://ciklapunyabelog.blogspot.com
Kita boleh share info dn ilmu. Slm pkenalan. Take care ya'...
Wassalam... Cikla inshaallah saya akan serajin boleh singgah blog kamu.. saya dah follow pon..
ReplyDeletesalam kenal dari saya..