Blogger Widgets

Monday, 31 December 2012

Baby Qaleesya

Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim..

Saya menulis kali ini dengan penuh rasa kesyukuran kepadaNya, Penutup tahun yang menggembirakan saya. Saya menerima anak buah baru. Kalau ikutkan due date nya awal tahun baru (Januari) Tapi baby Qaleesya da tak sabar nak lihat dunia, kakak nya belum masuk 2 tahun pon lagi.
Inilah kata-kata yang terucap di Facebook abang ipar saya selepas cahaya matanya yang ke-empat selamat lahir ke dunia


( Amin!! Yarrabbala'lamin! NUR QALEESYA AQMAR BT ABDUL SYUKUR Telah selamat dilahirkan didunia pada 24 dec 2012 jam 2217 )


Lena tidur..


Mata sepet macam ayah dia juga (masa ni jela.. da besar tak tau la kan)


tengok tu.. Baby sekarang cepat je da celik mata..


Esok nak krismas hari ni dia lahir, senang nak ingat befday dia nanti. Pandai Qaleesya pilih tarikh dia bagi satu malaysia cuti celebrate befday dia. Bijak-bijak apa pun ini semua atas kuasa dan izin dari Nya.. amin.. kedua-dua nya selamat.

Nota Kaki: Dengan rasa kesyukuran Terima Kasih Ya Allah Untuk anugerah terindah ini..

Thursday, 27 December 2012

Yang baik kita kongsikan bersama

Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim

Renungan untuk kita semua...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Nanti anak akan jadi bertambah degil, nakal dan tak boleh di control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya
. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai dirinya maka anak ini akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Gambar Hiasan


Pssst gambar kat atas tu bukan kes dera ok, tapi Qish sedang merajuk, so saya ambil gambar sambil pujuk dia.. lepas tunjuk gambar dia, dia terus senyap..

Nota Kaki: Fahami dan hayati setiap kata-kata yang tertulis diatas.. untuk renungan kita bersama yang baik dari NYA, yang buruk itu dari saya.. Wallahualam..

Monday, 24 December 2012

Testing-testing

Assalamualaikum

Bear
Barbie

Salam satu malaysia, nampak tak kengkawan kat atas tu ha..
hanya suka-suka je edit nampak cute pulak.. (pada mata haku jela).
Haha percubaan yang agak menarik.. chewah.. akhirnya siap juga.
Yang mana agaknya nak guna ye.. dua-dua nampak cute ni.
Yang akan tertepek kat bawah tu.. tu la yang akan menjadi pilihan.
Hari ni takde apa yang menarik seperti hari isnin sebelum-sebelum ni,
isnin adalah hari yang memenatkan..
why i said like that.. skeeping ko u'ols..
mungkin sebab dah jadi kebiasannya hari ahad akan tidur lambat,
sebab hari ahad la nak bersuka-ria, bershopping bagai kan..
so ari isnin sudah pasti lemau, tidur lambat bangun on time ok.
Hari ni juga aku masih keseorangan di pejabat,
meja sebelah masih kosong lagi maklumlah tuannye bercuti panjang sebab melangsungkan perkahwinan.
Tapi aku sedih sebab aku tak dapat hadir pada majlis dia,
suami terchenta harus bekerja pulak that day..
neway selamat pengantin baru buat teman sepejabatku
~Nur Hidayah Aboo Bakar~
moga bahagia ke akhir hayat yo..

Nota Kaki: Tak tau nak bebel apa lagi..

Saturday, 22 December 2012

Belajar benda baru

Assalamualaikum

Hari ni agak pening sikit, memandangkan aku ni "blogger baru", banyak benda yang aku nak belajar terutama sekali mencantikkan blog untuk tarik perhatian korang supaya tak bosan nak membaca, tapi search punya search kat google naik pening plak kpala ni sebab banyak sangat tutorial nye.. ade yang menjadi ade yang tak menjadi, ade yang cari jumpe ade yang cari tak jumpe.. owh makk tulun da nak muntah hijau da ni.. fenin fenin.. tengok junior blogger and senior blogger macam-macam design ado.. kebanyakkannya sume cantik-cantik blognyer..

Makin banyak pulak tutorial dapat belajar, seronok pulak rasanye.. nampaknye blog aku da ade perubahan sikit.. tapi still tak puas hati lagi so akan belajar dan belajar lagi.. jangan berhenti belajar... dari hari ke hari mesti ade je tutorial lain aku nak belajar... sabar wahai hati.. so untuk blogger-blogger yang ade buwat tutorial tu mekasih ye.. kalau nak senaraikan terlalu banyak dapat rujukkan dari bloggerz.. tak menang tangan nak copy paste.. nama mereka.. so sekali lagi mekasih yop..


Hati Gumbira.. 
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

SEKIAN

Nota Kaki: Nota aku ringkas je arini.. bz banyak keje tapi sempat kelik-kelik hupdate blog..


Tips bangun pagi


Assalamualaikum..

Gambar hiasan

Bagi sesetengah orang, bangun pagi bukanlah satu masalah, Tapi korang “mungkin” jenis orang yang susah bangun pagi sebab sudah “terbiasa” atau mungkin juga korang jenis suka tidur lambat. (macam aku, kadang-kadang jew owke) So, bila itu terjadi bangun waktu pagi sudah pasti menjadi perkara yang paling menyusahkan. (ya allah seksanya nak bangun pagi).. Terasa berat je mata tu kan, rasa macam ada batu je tengah landing baik kat mata, Tapi tak bermakna langsung tak boleh bangun kan, Cuma “seksa” je nak buka mata tu. Lagi-lagi kalau hujan kan, sedap je diulit mimpi dalam dingin cuaca diluar. Chewah.. Kat sini aku ada beberapa tips yang mungkin boleh membantu korang menjadi “morning person” dengan lebih mudah-insyallah kalau kerja keras. –pesanan untuk diri aku jugggaakk- walaupun aku bukan jenis bangun lambat kadang-kadang terlajak juga. Nah “hambik” tips-tips nyer..

Hamboi bz nyer akak..
*Menguruskan Masa
Selesaikan semua pekerjaan dengan cepat sampai petang je, dan jangan lengah-lengahkan sampai ke malam. Anggap pukul 10 sama dengan pukul 12 malam. Dan kurangkan aktiviti malam, paling lewat pon biarlah sampai pukul 9 je. Dengan itu kompom waktu rehat korang cukup.

Nasi Lemak

*Kuasa sarapan pagi
Ramai orang melewatkan waktu sarapan sebab takut tak sempat/lambat, padahal sarapan lah benda yang penting dalam memulakan hari-hari korang. Luangkan sedikit masa untuk menikmati sarapan, jadi tiada alasan la untuk bangun lambat kan, kena “set mind” la. (bangun-bangun sarapan nanti lapar) hehe.. dan pastikan korang amik sarapan yang bernutrisi dan berprotein supaya tubuh badan segar sehat sepanjang hari.

Senaman pagi

*Memberi Ganjaran Kepada Diri Sendiri
Korang boleh gak terapkan system “reward” atau penghargaan terhadap diri sendiri bila berjaya bangun pagi. Tak payah yang gempak2 atau mahal, Cuma beri kesempatan untuk diri sendiri lakukan perkara-perkara yang disukai. Macam berjogging ke, mengemas satu rumah ke (kalau hari cuti la), berblogging ke, apa-apa je janji korang punya suka. Tak susahkan orang lain sudah. Mesti bangun pagi rasa seronok je. Tak gitu kawan-kawan.

Hambik besarnyer jam..

*PAKSA diri
 Walaupun korang tak biasa, paksakan diri supaya bangun pagi. Katakan pada diri sendiri, “aku mesti bangun pagi” walaupun susah paksa jugak. Dengan cara macam ni sebenarnyer boleh mendisiplinkan diri lama-kelamaan insyallah akan terbiasalah bangun pagi.

Cantiknya pemandangan pagi, rasa segar

*Sinaran Matahari Pagi
Bila bangun pagi, segera buka jendela bilik dan biarkan cahaya luar masuk melalui jendela bilik. Ini akan memberitahu korang bahawa hari sudah pagi dan sudah waktunya bangun dari tempat tidur untuk memulakan aktiviti baru.

Gambar Hiasan

*Pasang Alarm
Sebelum tidur, matikan semua peralatan elektrik, contohnya laptop, TV, radio dan alat elektrik lain (yg berkenan saja untuk mengurangkan pembaziran tenaga letrik) supaya korang dapat tidur lebih nyenyak tanpa gangguan. Jangan lupa pasang alarm di jam yang sama setiap pagi agar korang boleh bangun pagi dengan teratur.


Nota Kaki: Sekian wallahualam, yang baik itu dari NYA yang buruk itu dari diri Qu Selamat mencuba<< pesan pada diri sendiri huhu

Friday, 21 December 2012

Al-Fatihah


Assalamualaikum..

Alhamdulillah aku bersyukur kehadrat mu ya allah, kerana masih lagi dipinjamkan nyawa untuk bernafas dimuka bumi mu ya allah..
Tak panjang yang ingin aku coretkan dan bebelkan hari ini,
Hanya 1 berita sedih telah diterima oleh teman sepejabatku hari ini,
neneknya sudah kembali kerahmatullah semalam,
Insyallah hari ini akan dimandikan dan dikebumikan,
disebabkan tiket penerbangan pergi ke sabah hari ni dan esok agak mahal,
kawan ku akan bertolak hari ahad ini 23.12.12,
moga semuanya berjalan lancar pergi dan balik nanti,
sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat arwah neneknya..
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin..

Dan dengan itu terkompom la sudah sepanjang minggu depan aku terpaksa la ot untuk mengcover kawan ku yang nak balik ke sabah ni bha, takpe la janji masyukk.. kan walaupun terpaksa ot sampai ke malam, minggu depan mesti menjadi minggu kepenatan buat aku, setiap hari perlu balik pukul 9 malam masuk koje pukul 8 pagi, kalau tertido di opis mintak mahap ye tuan bos, tak sengaja terlelap pulak.. –peace- 

Bismillahirrahmanirahim~ al-fatihah

Nota Kaki: Semoga minggu ni dan minggu depan semuanya berjalan seperti yang dirancang ~insyallah

Wednesday, 19 December 2012

Jammed..Jammed..Jammed


Assalamualaikum..

Bila hujan ini la yang terjadi..

Hari ni agak moody sket..sebab pepagi lagi da terpaksa menempuh jalan jem..
ingatkan bila satu lampu isyarat di persimpangan nak ke sri perantau ditutup sepenuhnya jalan akan menjadi lancar sebab laluan jadi terus menerus untuk ke tempat kerja
(west port-nort port),
rupanya sangkaan aku meleset, bertambah sesak adalah..
sebab kenderaan yang nak ke sri perantau akan membuat pusingan U di restoran makanan laut D’Selat.. dan bulan ni nampak nyer ramai pulak yang lebih selesa membawa kereta ke tempat kerja,
yelah bulan dopblas ni kan bulan membasahi bumi, sebab tu la motor berkurangan..
kenderaan lain yang banyak.. tak kurang jugak hebatnyer lori-lori besar ni..
(he memang la.. da laluan dorang kan)..
salah satu faktor lain yang menyebabkan kesesakan lalu lintas ni,
sebab masing-masing mengelak jalan rosak yang dah berlubang,
(baru je dorang dok tampal jalan lobang-lobang tu, hampeh lobang balik)
lagi-lagi kalau hujan lebat confirm air akan bertakung kat lobang-lobang tu..
bertambah lah jem jalannya.. yang naik motor pon terkena sama tempias jem tu,
tak boleh da nak cilok-cilok..
tetapi ade pesanan buat mat2 motor & minah2 motor yang guna laluan ni untuk ke tempat kerja,
berhati-hati bila cilok mencilok dan tunggang motor,
risiko menggunakan laluan ni amat tinggi atau dalam kata erti lain BAHAYA
sebab ini adalah laluan kenderaan berat,
kalau u'ols semua nak tahu.. baru je minggu lepas satu kes kemalangan ngeri
melibatkan penunggang motorsikal,
nyawa tak panjang meninggal ditempat kejadian yang menunggang motorsikal ni warga india naik motor scrambler, pakai helmet tapi kepala hancur,
pakai helmet pon tak semestinya selamat, lagi-lagi kalau lori yang langgar bukan dia sedar kita kat bawah dihimbit dan dilanggar, so hati-hati ye ketika memandu dan menunggang motorsikal,
pesanan ni pon buat diri aq dan suami juga sebab kami pon menungang motor ke tempat kerja..
setelah penat menempuh jem, 
Akhirnya sampai juga di opis tepat- tepat pukul 8.00am fiuuhh lega..

Nota Kaki: Harap-harap jalan yang dorang tengah repair ni siap cepat >peace<

Monday, 17 December 2012

Rindu dihari Isnin

Assalamualaikum..

Hai teman-teman.. rasa da lama sangat tak hupdate my chayang blog ni..
hari ini tangan ni rasa gatal pulak nak pot pet pot pet macam mak jemah..huhu
Macam yang u'ols tahu.. tinggal lagi 14 hari je lagi kita akan meninggalkan tahun 2012,
terasa cepat masa berlalu, tahun 2012 punya banyak kenangan manis dan pahit,
bersama puteri kesayangan ku Qishtina..
confirm korang jugak pon sama kan..

Tahun ni juga aku melihat Qish puteriku belajar banyak perkara,
berjalan, berlari, bercakap, mengajuk cakap orang, dan yang paling penting..
pantang dengar muzik atau lagu,
lagu menjadi pilihan top 3 dia:
oppa gangnam style, cukup cukup sudah dan andai ku bercinta lagi.
oppa gangnam style tu siap boleh menari sama.. 
Seronok tengok anak membesar depan mata, 
kadang-kadang geram juga dengan aksi spontan dia,
kekadang TERmarah la juga dengan kelakuan dia,
cepat-cepat aku pujuk bila dia menangis dan merajuk,
marah-marah jugak tapi memang tak sampai hati tengok bila dia menangis.

Qish ni memang pantang kalau tengok mummy dia pegang handphone,
mesti dia akan cakap "mummy nak gambar",
dan dia akan berposing sehabis baik,
haha kadang-kadang lucu tengok dia melaram depan phone.

Nah ni hasil nyer...

Hurm

Aaa..

hehe senyum ada makna ni..

Paling mahal muuuaaaxxx hehe..





Sunday, 12 August 2012

22 RAMADAN


Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah 22 hari kita berpuasa, AQ bersyukur padamu ya ALLAH kerana masih lagi dipinjamkan nyawa untuk bernafas dan merasai bahang raya yg semakin mendatang tidak lama lagi, hanya tinggal seminggu saja lagi kita semua umat islam berpuasa.

Raya tahun ini seperti yg telah dirancang AQ akan menghabiskan cuti raya di kampung halaman QU bersama insan-insan yg tersayang, insyaallah.

Bercerita pasal raya, ha.. macam mana persiapan untuk raya tahun ni..?? AQ rasa tahun ni la AQ bershopping sakan, baju raya, kuih raya, rumah je yg tak raya2 lagi ni.. tak lama da nak bertolak balik ke Johor. jawabnyer esok bermula lah projek mengemas satu rumah.. dari a to z.

Masa bujang semuanya mak siapkan dari a to z.. AQ cuma tolong apa yg perlu saja.. skarang merasa la AQ bila da menjadi suri rumah tangga. Harap ada kekuatan untuk mengemas rumah di bulan puasa ni.. Inysaallah..

Semakin dekat nak sambut kedatangan bulan Syawal, Hari Raya semakin takde idea da nak masak apa untuk makan sahur, actually AQ jarang masak kalau waktu berbuka.. lagi senang beli yang da siap.. tapi kadang2 masak jugak yg simple2 je.. nasib la encik suami memahami.. tahun depan insyallah akan jadi tahun yg lebih baik dan lagi bagus.. belajar dari pengalaman yang lepas.. ececeh..

Sekarang lain, dulu lain, dulu pagi raya mak akan kejut bangun mandi siap2 pakai baju raya, p sembahyang raya, dan makan beramai-ramai. Tahun ni AQ yang akan sibuk untuk menyiapkan anak dan encik suami, tak sabar nak lalui saat manis itu.

Dulu zaman kanak2 memang tak sabar nak raya sebab nak p collect wet raya dari rumah ke rumah, tak kan QU lupa saat itu, saat ini AQ pulak yang kena duduk rumah dan bagi wet raya kat kanak-kanak.. masa berlalu dengan pantas sekali.. tanpa menunggu kita, sedar tak sedar da semakin berumur AQ tika ini.. anak pon da 16bulan (setahun 4bulan)..

Raya da semakin dekat, dengar lagu raya, terasa diri berada dikampung. Harap semuanya akan menjadi kenangan yang terindah.

Nota Kaki: Ringkas saja tulisan Qu hari ini..

Thursday, 2 August 2012

Sana Sini "IFTAR"


Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirahim..

Selamat datang bulan August.. Bulan yang membuatkan diri Qu semakin sibuk.. bz bz bz dengan kerja.. maklumla nak cuti2 Malaysia ni kan.. Balik raya di Johor tahun ni...yeay.. tak sabar rasanya.. nak peluk cium my mom.. padat la jadual keje..huh.. mana nak siapkan paperwork..ot.. bla bla bla .. haha ~full stop~

Dibulan Ramadhan yang mulia ini , Sebagai seorang yang beragama islam, puasa bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum (berlapar, berpuasa), malahan seseorang itu juga perlulah menahan segala nafsu-nafsu lain tak kira la apa bentuk sekali pon.. Dan bulan ini juga adalah bulan yg bagus/baik untuk kita mengubah akhlak kearah yang lebih baik. Insyallah.. (ececeh ayat skema btol.. hadoi)

Ok mungkin u'ols semua ada yg sudah tahu apa maksud IFTAR.. ~cuma AQ je yg macam batak tak pernah dengar.. kan kan haha~

Kebelakangan ini baru AQ perasan (atau mungkin tahun-tahun yang sebelumnya yg AQ tak tahu la kan) orang ramai sudah memulakan gerakkan memansuhkan perkataan "berbuka puasa" kepada "iftar". Apakebenda "iftar" tu kan?

AQ pong search la kat google kan.. click dapat la info ni..

".....Iftar (Arabic: إفطار‎), refers to the evening meal when Muslims break their fast during the Islamic month of Ramadan....." 


Ok, sekarang dah dapat tau la kan maksud iftar tu... 

Tapi persoalannye: kenapa nak guna perkataan ni ye?muskhil kejap..

Maafkan AQ ye sebab AQ agak terkilan dengan penggunaan ayat ni. Dulu bila bahasa Melayu dicampur aduk dengan English ada yang marah, tidak bersetuju. Cakap bahasa rojak lah, merosakkan bahasa jiwa bangsa lah, bla bla bla.~

Sekarang nak adopt bahasa Arab boleh pulak? Dulu mungkin lah guna ayat "iftar" tu macam cool ala-ala hipsters *yang suka posing gambar makanan berbuka dengan InstagramFacebook, Twitter atau apa jela...*

Tapi sekarang aku rasa perkataan tu dah mainstream sangat sampai aku pun naik rimas. Kat stesen radio pon ade gak yang pakai ayat ni..

AQ rasa orang kita masih keliru dengan dasar peng-Islam-an dengan dasar peng-Arab-an.
Maaf kalau rasa keterlaluan..

Nasib baik tv dan akhbar (as far as i concern) masih guna "waktu berbuka". Kalau "Iftar" emm.. macam tak berapa syok pulak nak didengar.

Ok lah, as a conclusion, *please stop using the word iftar*. we have our own version of Iftar called Berbuka Puasa. It sounds more "environmental friendly".

Baca saja ayat ni *Iftar nanti kita makan tamar ya.. err.. Berbuka puasa nanti kita makan kurma ya*. Hurm ayat yang mana lagi better..?? pada AQ yang kedua.. mungkin da menjadi kebiasaan..

Nota Kaki: AQ hanya meluahkan apa yang AQ rasa..kalau tak suka.. ~ada AQ kisah~ haha salam ramadhan

Wednesday, 1 August 2012

VASELINE

Assalamuaalaikum <3

Pejam celik, pejam celik da masuk 11 hari kite berpuasa..

Dan dicorong-corong radio da mula berkumandang lagu-lagu Raya. Dengar je lagu raya u'olss.. adudu hati rasa sayu je..cam nak nangis pon ade..mata da bergenang je dgn ayor mate.. huh.. otomatik terus ingat kat mom kat kampung..

Mom macam tau je hati sayu dengar lagu raya dan teringatkan dia.. terus dapat call dari Mom.. (Hati seorang ibu memang selalu begitu, dapat rasa si anak sedang teringatkan dia)

Owkeh habis *full stop* bab sembang dengan my mom.. ~xsabar pulak nak balik raya dekat Johor~

11 hari da berpuasa, awal puasa masih maintain lagi bibir ni.. tapi 2 3 hari sejak kebelangan ni ..bibir semakin teruk mengelupas dan kering, sampai luka dibuatnya, tak tau sama ada faktor cuaca atau sebaliknya..

Nak kata kurang minum air, jangan cakap la u'olss, bercawan-cawan minum lagi pulak air putih, air masak..
sampai membuncit perut kenyang air mase sahur atau berbuka..


Tapi bibir tetap kering, so search kat google petua bagai an nak ilangkan sakit bibir ni.. jumpe la vaseline ni..


~Untuk melembabkan bibir~
Pada sapa-sapa yang tau pasal benda ni kan cer kongsi-kongsi sket.. ok ke ieeedaaaak...
Kalau ok nak la p beli and cuba an.. seyes tak tahan da tangan ni asyik nak kopek yang kering- kering tu.. (bab tu la luka- luka haha.. tangan owh la tangan)

Habis tak selesa kan, nak minum tak leh kan.. kan puasa, dah tu tak kan kejap-kejap nak p ladies nak basahkan bibir pulokk..

Nota Kaki: cer kongsi sikit..

Monday, 30 July 2012

HARI YANG KU RASAKAN PANJANG ..


Assalamualaikum,

Tepat pukul 4 pagi alarm handphone berbunyi.. (WAJIB pasang alarm oke kalau idak, memang tido tak sedar diri la~walaupun tido awal *aptb)

So seperti biasa, rutin harian AQ dibulan ramadhan bangun untuk masak sahur, (start tahun ni baru rajin bangun pagi masak sahur~ xyah lah nk hipokrit sgt an.. haha)

Bangun pagi je mesti fikir nak masak apa hehe sambil dok menung jap, kekadang tanya dengan Mr.Hubby nak makan apa hehe..

So pagi ni senang sikit cuma panaskan kueh tiau goreng semalam yang Hubby bawa balik, Mak mertua tapaukan (terima kasih mak)..

Pastu sediakan minuman panas (Milo & Nescafe) ready untuk makan, tapi pagi ni AQ tak lalu makan sangat, risau fikirkan anak (Qistina)..

Kebelakangan ni, Qish rajin tak sihat, DEMAM tapi tak la selalu, selang sehari atau 2 hari mesti badan nya panas..

Pagi ni badan nya panas sangat sampai Qish merengek tak boleh tido, panaskan makanan pon Qish pandang sayu je kat tempat tido dia.

AQ temankan Qish sampai la AQ bersiap nak pergi kerja, arini AQ ambil keputusan bawa Qish pergi klinik hari ini.
Muka baru bangun pagi dan muka Dak Dushuk.. 

Sampai di klinik.. pukul 8.30am

aQ: Selamat pagi Doc..
Doc: Selamat pagi ha anak kenapa ye..
aQ: Demam, badan panas sangat..
Doc: Meh saya check suhu badan dulu.. Memang demam panas 34 drjh celcius
aQ: Ni pon da kurang skit doc, pagi tadi lagi panas letak kain basah pon kering
Doc: Check dada pulak ye, dok diam, puan pegang tangan dia..
aQ: Duduk la diam2 Qish..  (dia rimas agaknya doc nak dengar degup jantung dia hehe)
Doc: Dia ade muntah tak?? batuk??
aQ: Takde pulak..
Doc: Da bapa lama kena ni..??
aQ: Kerap dalam minggu lepas, panas ok panas ok..
Doc: saya bagi ubat demam yang paling kuat ye..
aQ: Terima kasih doc
Doc: Ye sama-sama

Nur Qistina Amiliya nama da dipanggil.. Sekali masa nak bayar, memang betul2 kuat ubat tu sampai regenyer pon ~Ar eM TuJuh PuLoh SaTu HenGgeT~ wow.. *terkejut iuolls*..

Dengan selamber nyer dak Nurse tu cakap.. antibiotik ni kuat.. sebab tu ni Mahel siket..

Nama pon klinik swasta, mahal pon bayar je la.. bukan untuk siapa pon untuk anak juga..nak anak baik cepat kan.. 

Kompius.. sakit ke tak ni.. siap leh usha Nurse lagi..

Moga anak mummy sehat dan ceria semula ye.. (camne la Qish makan ubat rini.. dimuntahkan balik ke ditelan gaknyer.. ) tu baby sitter je dapat jawab..

Sunday, 29 July 2012

28 July 2012

Hello hye hye hye. i'm a new blogger.

Hari ini, di office, di atas kerusi depan komputer, bertemankan i phone, samsung galaxy s2, dan my all paperwork telah menjadi saksi aq telah membuat blog aq sendiri huhu.

Tengok orang ade blog luah itu, luah ini, kongsi itu, kongsi ini, perghh macam seronok je ann.
(Da lama da nk buwat hurm)

Maka hari ini dengan tidak semena mena terciptalah blog yang tak berapa nak cantik ni, untuk coretan, bebelan, luahan, perkongsian cerita disepanjang hidup que.

Aq tak la begitu rajin untuk menghupdate or bebel selalu (selalu sangat muntah pulak orang baca nanti), tapi cukuplah sekadar aq dapat meluahkan apa yang terpendam bila ada masa terluang yeaayy.

So pada yang da lama berabad tu.. rajin2 la tunjuk ajar que Sifu ya.. 

 :) so happy blogging u'ols do follow my new fresh blog..