Blogger Widgets

Friday, 14 February 2014

3 Deria buat suami tetap Lekat

:: Assalamualaikum ::

Kongsi sedikit info..

Kepuasan lelaki ada pada wanita, kerana wanita diciptakan untuk mendampingi lelaki yang dahagakan kasih sayang, dan begitulah sebaliknya. Keresahan dan kegelisahan suami hanya terubat dengan ketenangan dan kelembutan tangan isteri. (memang powerfull) Sentuhan dan belaian isteri mampu menenteramkan jiwanya. Jika kebahagiaan suami di tangan isterinya, maka kesengsaraannya juga berpunca dari kelemahan isteri memenuhi tanggungjawabnya. Jika ada kepincangan ketika keduanya melakukan tugas sebagai sepasang kekasih maka suasana saat itu pasti menjadi tegang, masing-masing menuntut pasangannya berperanan dengan sempurna.
Isteri yang kurang mahir menjaga makan minum suami berada pada kedudukan yang amat merbahaya. Begitu juga suami yang tak pandai mengambil hati isteri menyebabkan isteri cepat tersinggung, akhirnya membawa keretakan yang sedikit demi sedikit melemahkan mahligai rumahtangga mereka.
Para isteri sebenarnya mampu menambat hati suami mereka dengan menguasai tiga deria sensitif suami anda.

1. Deria penciuman.
Untuk melegakan stress suami yang penat seharian bekerja, anda digalakkan mandi dan berhias, memakai wangian yang lembut, mengemas bilik tidur dalam keadaan rapi dan wangi, tentu saja bukan hanya suami yang rasa tenang, anda sendiri juga akan merasakan kelapangan hati walaupun duduk di rumah yang sempit. Perlu diingat oleh para isteri, bauan yang wangi itu adalah hak suami, semestinya di dalam rumah anda, mesti lebih cantik dan wangi berbanding di luar rumah.
2. Deria penglihatan.
Mata adalah organ seks yang pertama terangsang. Oleh itu di dalam Al-Quran, surah Al-Nur ayat 30-31 jelas menerangkan tentang suruhan menundukkan pandangan bagi lelaki dan wanita yang bukan mahram. Maksud ayat tersebut:

”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka, sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Demikianlah kehebatan mata, kerana panahannya terus jatuh ke hati. Apabila isteri tidak suka berhias untuk suaminya, ke manakah pandangan mata suami akan tertumpu? Relakah anda jika suami lebih berminat memandang wanita lain? Kecantikan adalah daya tarikan luar biasa bagi setiap lelaki. Jangan beralasan, ”Tak pa! Suami I kuat imannya!” Iman boleh padam juga kalau hari-hari dicabar dengan pemandangan yang menaikkan berahi. Nauzu billah! Semua lelaki adalah insan biasa, bukan malaikat yang tak pernah berdosa.
3. Deria rasa.
Kalau sudah pandai memasak, belajarlah menghidang dengan cara yang menyelerakan. Hidangan ala restoran mahal walaupun bahan yang digunakan murah sahaja. Apabila suami dan isteri sama-sama penat seharian bekerja, bolehlah anda minta supaya suami temankan anda memasak, dia tak reti tak memasakpun tak apa asalkan duduk bersama di dapur sambil bersembang, si suami pula jangan anggap isteri itu macam orang gaji. Kalau mahukan sesuatupun mintalah dengan lemah lembut gaya bahasa 2P; Puji dan pujuk. Cukup senang menambat hati suami anda, tolong jaga makan minumnya dan waktu rehatnya. Jika isteri mampu lakukan semua itu, dialah syurga di hati suami.
Kepada para suami, hendaklah diingat!!
Isteri bukan pelayan anda! Isteri adalah pendamping setia, tetapi kerana cinta, dia sanggup menjadikan seorang suami sebagai raja. Kalau anda mahu kekal berada di hatinya, jadikanlah diri anda raja yang bergantung kepada kekuatan isteri. Kerana anda bukan apa-apa jika tiada di sisinya.
Bagi isteri pula jangan ambil kesempatan atas sikap suami yang penurut dan taat. Kebanyakan suami jenis ini manis di rumah tetapi di luar semasa ketiadaan anda dia boleh melepaskan ‘ketidakpuasannya’ kepada yang lain. Banyak kita dengar suami mencari-cari kelemahan isteri ketika ia menjalin cinta dengan wanita lain. Sebelum nasi itu jadi bubur sebaiknya anda pastikan suami tetap lekat dengan petua-petua di atas.
Elok juga jika suami anda jenis yang mahukan segalanya sempurna (perfect), rumah kemas, anak-anak kemas, isteripun kena timbang berat badan, makan ubat dan ramuan yang meningkatkan keintiman, isteri mesti belajar memasak dan sebagainya, walaupun isteri merasa tertekan dengan karakter suami yang sebegini tapi pada akhirnya keperibadian isteri akan semakin hebat. Biarlah suami anda kuat berleter jika itu demi kebaikan anda juga, tetapi jika suami jenis tak kisah rumah berselerak, anak-anak tak terurus, isteri tak jaga penampilan, makan minum di luar, jangan terkejut jika ia langsung tak berminat kepada anda lagi. Bukan hendak salahkan isteri, tetapi anda dan suami mesti saling menolong menjaga hati masing-masing.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..