Blogger Widgets

Friday, 14 February 2014

Risiko MEMBENCI suami

:: Assalamualaikum ::

Moga Lieya terhindar dan dijauhkan rasa-rasa begini.. insha allah.. amin..Untuk perkongsian kita bersama..



Setiap perkahwinan, walaupun dibina dengan cinta kasih, persefahaman dan penyatuan matlamat kehidupan, ia tidak mungkin bebas daripada mengalami badai taufan. Seperti musim yang berganti, ada yang baik dan ada pula yang tak baik. Tetapi segalanya pasti berlalu. Hanya kita yang boleh memilih, hendakkan musim bunga atau musim kemarau. Begitulah pilihan suami dan isteri bagi menentukan kebahagiaan mereka bersama. Sikap dan tindakan yang dipandu oleh emosi semata-mata boleh menjejaskan perhubungan keduanya. Akhirnya timbullah pergaduhan, sakit menyakiti, ancam mengancam, benci membenci dan yang lebih merbahaya mengakibatkan perceraian.
Biasanya isteri cepat terangsang emosinya dengan perasaan marah, tak puas hati, cemburu, merasa tidak dihargai suami, letih dan penat dengan kerja dan anak-anak yang mesti diuruskan menjadi faktor yang menaikkan suhu emosinya. Suami pula banyak bertindak secara rasional sebab lelaki diciptakan Allah SWT dengan karakteristik yang berlainan dengan wanita. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing sesuai dengan fitrah mereka. Jika anda seorang isteri yang penuh kasih kepada suami, tidak mustahil sesekali ada juga kebencian dalam hati anda terhadap suami. Mungkin kerana tingkah lakunya, sikap malasnya, tabiat buruknya dan lain sebagainya. Anda berasa tidak puas hati, merajuk, marah, mungkin benci dan anda tunjukkan di depannya.
Cara berkomunikasi yang anda lakukan mungkin tidak tepat sehingga menambahkan lagi luka yang telah bernanah. Leteran dan ungkit mengungkit bahkan memperbodoh-bodohkan suami membuatnya berasa tidak dihormati dan tidak dihargai segala jasanya. Alangkah sengsaranya berada dalam keadaan rumahtangga yang bergolak dan selalu berulang keadaan yang sama sepanjang perkahwinan. Tidakkah anda mengimpikan keharmonian yang kekal? Lupakanlah kebencian terhadap pasangan anda dan kembangkanlah senyuman paling menawan dan manis. Tahukan anda apakah risikonya bila membenci suami?
1. Anda mungkin kehilangannya bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat. Sekali sekala merajuk dan marah-marah boleh, tetapi jika selalu diulang perangai yang tak elok itu, jangan harap suami akan bertahan dengan tabiat anda. Apabila anda berasa sangat ingin marah, ingatlah mungkin wanita lain yang lebih penyabar dan lembut hatinya akan mengganti singgahsana yang anda duduki sekarang. Bahkan para bidadari di syurga berdoa agar suami anda mendapatkan yang lebih baik dari anda. Demikianlah sabda baginda SAW. Daripada Muaz bin Jabal RA Nabi SAW bersabda yang maksudnya: ”Seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, maka calon isterinya di akhirat (bidadari) berkata: Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah menimpakan musibah kepadamu. Ketahuilah dia hanya sementara berkumpul denganmu sebentar lagi dia akan berpisah denganmu dan akan kembali kepada kami.” (Riwayat al-Tirmizi)
2. Allah SWT akan menggantikan anda dengan wanita yang salihah dan taat kepada suami. Firman-Nya yang bermaksud: “Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik dari kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, sama ada yang janda atau anak dara.” Surah al-Tahrim: 5.
3. Ancaman Rasulullah SAW tentang penghuni neraka yang kebanyakannya di kalangan wanita kerana dosanya kepada suami. Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam syurga, kebanyakan penghuninya daripada kalangan orang-orang fakir. Dan aku melihat ke dalam neraka, kebanyakan penghuninya adalah daripada golongan perempuan.(Kerana mereka tidak bersyukur kepada suaminya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mengapa mesti ada pertengkaran, bertikam lidah dan kekasaran bahasa yang akhirnya diri andalah yang merasa paling sakit dan tersiksa kerana anda adalah wanita yang berperasaan halus dan lembut. Gurisan luka di hati akan terpendam selama-lamanya dalam ingatan anda. Lupakanlah dan berusahalah menjadi wanita yang sabar dan reda. Sesungguhnya segala masalah itu ada jalan keluarnya jika kita mahu merubahnya. Mengapa tidak mulakan perbincangan dan bertenang dalam menyelesaikan masalah rumahtangga. Saling memberi nasihat dengan ikhlas, bukannya mengkritik dengan bahasa yang kasar dan pedas. Kerana sesungguhnya apabila anda ikhlas menasihatinya, Allah SWT yang akan menghantarkannya terus ke lubuk hati suami anda yang tercinta. Ubahlah sikap pemarah dan pembenci dengan banyak berzikir iaitu ingat pada Allah dan takut kepada-Nya.

Info berguna ni semuanya datang dari blog
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Kredit untuk blog dr.juanda

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..