Blogger Widgets

Friday, 7 February 2014

Pemakanan untuk bayi dan kanak-kanak

:: Assalamualaikum ::

06/02/14 adalah tarikh Baby Rayyan check up untuk 5 Bulan, di klinik kesihatan. Seperti jadual yang telah ditetapkan, baby Rayyan perlu diberi injection.

Disebabkan badan nya yang tak berapa nak sihat akibat jangkitan selsema, jadi hari tu dia tak banyak mengomel, lebih banyak diam dan lentuk kan kepalanya dibahu. Kena inject pon tak nangis lama.. kejap je tak sampai 1 minit, lepas tu terus tido.

Bagus anak mummy ni. Mase check dengan Misi, semuanya ok, Cume dia meragam sekejap sebab nak tido. Baby yang bawah daripada 6 bulan memang takde ubat untuk selsema. doktor pon tak galakkan bagi ubat lain selain susu ibu je. Tapi untuk demam punya ada.

Jadi Lieya nak kongsikan sikit apa yang Lieya dapat dari Klinik. Info yang sangat berguna.

Susukan bayi dengan susu IBU sepenuhnya
-Susu IBU sahaja, tanpa air, susu tambahan dan makanan lain bagi bayi baru lahir hingga berumur 6 bulan.

Bilakah waktu yang paling sesuai memberikan makanan pelengkap kepada bayi?
-Makanan pelengkap perlu diberi apabila bayi berumur 6 bulan (180 hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun atau lebih.

Apakah kesan jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal?
-Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana sudah kenyang.
-Sistem penghadaman dan ginjal bayi belum matang serta belum bersedia.
-Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan,alahan dan diarhea.

Apakah kesan jika makanan pelengkap diberikan terlalu lewat?
-Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien.

Apakah makanan pelengkap yang baik kepada bayi?
-Mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan oleh bayi.
-Pilih makanan yang kurang beri kesan alahan.
-Perkenalkan makanan pelengkap satu persatu supaya bayi boleh biasakan dirinya dengan rasa dan tekstur makanan tersebut.

Pemberian makanan kepada bayi
-Beri makanan kepada bayi selepas anda menyusukannya.
-Tingkatkan kuantit makanan mengikut umur bayi.
-Beri anak masa yang cukup untuk makan.
-Berinteraksi dengan anak semasa memberi mereka makan.
-Latih anak memegang sudu (sudu plastik) atau menggunakan tangan mereka semasa makan.
-Elak daripada memberi makanan menggunakan botol susu.

Garam, Gula dan Bahan perasa
-Elakkan daripada menambah garam, gula dan bahan perasa ke dalam makanan bayi sehingga bayi berusia satu tahun, kerana ginjal bayi masih belum bersedia untuk mengawal atur bahan tersebut.


Mencegah kurang berat badan
-Ketahui berat badan anak anda dan cuba capai berat badan yang sesuai dengan umur anak.
-Beri anak anda maka pelbagai jenis makanan.
-Pastikan anak anda makan di waktu makan utama.
-Beri anak anda makanan bertenaga tinggi (makanan bergoreng) sehingga berat badannya meningkat.
-Beri anak anda makanan ringan (snek) yang sihat di antara waktu makan.
Contoh: Buah-buahan, susu, biskut.

Kesan kurang berat badan
-Menjejaskan kecerdasan otak
-Mengganggu pertumbuhan fizikal
-Mudah dijangkiti penyakit
-Mengganggu perkembangan kanak-kanak




Kepentingan susu semasa membesar
-Teruskan memberi susu kerana susu kaya dengan kalsium dan ia penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.
-Jika tidak menyusu susu ibu,tiga gelas susu sehari dapat memenuhi jumlah kalsium untuk anak yang sedang membesar.
-Elakkan memberi susu pekat manis dan susu rendah lemak kepada anak anda.

Tips menggalakkan anak anda minum susu
-Benarkan anak anda memilih perisa susu digemari.
-Ceritakan khasiat susu kepada anak anda.
-Gunakan gaya kreatif untuk menghidung susu, contohnya kisar bersama buah-buahan.
-Galakkan semua ahli keluarga untuk minum susu.

Yang baik kita kongsi bersama ye.. Wallahualam

4 comments:

  1. Assalamualaikum awak.. semoga rayyan cepat sembuh ya.. waaaa banyaknya info berguna. terima kasih berkongsi ye lieya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. amin.... kita kongsi sama-sama ye..

      Delete
  2. Susu ibu..itulah terbaik yg harus diberikn pada ank2 kn Miera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mama betul.. takda susu lain lagi dah.. hanya berdoa, berusaha agar dapat beri yang terbaik..

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..