Blogger Widgets

Tuesday, 1 January 2013

Bercuti part 1

Assalamualaikum..

Selamat tinggal 2012 dengan segala kenangan suka, duka, pahit, manis.. dan selamat datang tahun 2013, alhamdulillah saya masih lagi bernyawa saat ini untuk berceloteh dan membebel di ruangan blog saya. Amin..yarrabbalalamin..

Baru hari ni dapat saya publish kan coretan saya ni.. Sempena habis tahun entry ni agaaak panjang tapi tak la berapa nak panjang juga ok.. selamat membaca.. ada 3 part..

Untuk penutup tahun 2012 saya nak selitkan kenangan terindah saya dan keluarga pergi bercuti, melawat sanak saudara, dan menghadiri majlis perkahwinan sepupu mak mertua saya, selain daripada perasaan gumbira tak terhingga sebab dapat anak buah baru.

Bismillahirrahmanirahim, Setelah mendapat kata sepakat, 3 hari 2 malam adalah hari yang sudah ditetap kan sepanjang berada di Utara, jadual yang telah diatur oleh mereka juga memang agak padat. 27/12 selesai tugas dipejabat sekitar pukul 9 malam, bersiap pula untuk bertolak ke Alor Setar, satu perjalanan yang cukup panjang... Kami hanya berhenti rehat 3 ke 4 kali saja, dan selamat sampai di Alor Setar pukul 8 pagi. (tidur dalam kereta je).

Lepas da selamat sampai & check in Hotel..

Sumber Google

Sumber Google

Kami bersiap ke Padang Besar.. Memang pergi sana cuci mata dan sangat-sangat merambangkan mata..semua rasanya macam nak beli..

Nampak tu..pilih jangan tak pilih..
Bersemangat Qistina memilih.. akhirnya dapat juga sambar satu Boboi boy..

Macam-macam ada..

Yang mana cantik.. tiga serangkai
Dah nak bertolak balik semula ke Alor Setar, Malam ni ada lain agenda pulak.. nak pergi malam berinai..

Kuih Penyaram

Sampai je rumah pengantin, dorang dok saji pembuka selera.. kuih penyaram.. 1st time u'ols tengok kuih ni.. kuih ni rasa macam kuih denderam,peneram, atau nama kebiasaannya ialah kuih telinga keling..

Muke over excited makan kuih tu, hehe

Lepas habis tengok maharaja lawak, kami pon beransur la balik ke hotel semula..tidor kerana keletihan..

Nota Kaki: Baca part 2 pulak ok..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..