Sambungan lagi.. dan penutup cerita bercuti..
Destinasi seterusnya selepas balik dari rumah pengantin kami terus ke Tanjung Dawai..
Apa lagi cari makan, makanan yang kami makan di rumah pengantin dah habis hadam... mula la perut lapar semula kan..
Dalam perjalanan sebagai kudap-kudap, dalam kereta saya melantak kuih ni..
Mungkin diperbuat dari beras yang digoreng, dan atasnya diletakkan madu, memang sedap, hanya di bahagian utara saja ada.. ditempat lain tak pernah lagi jumpa..memang sedap, nama kuih ni saya tak tahu pulak ..hehe tau makan je.. Full stop!!
Cari punya cari punya cari.. akhirnya sampai juga di Tanjung Dawai.. Masa untuk mengisi perut yang sudah kelaparan.. kat sini rata-rata semua kedai menjual ikan masin dan kering.. peringatan keras...!!! kena lah pandai deman harga ye untuk dapatkan harga yang murah.. dan ada juga kedai-kedai yang menjual cenderamata.. tapi tak lah banyak kedainya..
So kami memilih untuk makan Mee Udang Tanjung Dawai.. memang udangnya fresh.. puas hati..
Tu dia.. udang besar-besar.. sampai menutup mee nya.. sangat berpuas hati.. tuan kedai pun layan kami elok-elok je.. terbaik la..dah la makanan sedap.. baik pulak.. memang seronok tak kan lupa..
Permandangan di Tanjung Dawai.. memang cantik..
Alhamdulillah perut dah kenyang, kita posing dulu..
Sebelum meneruskan perjalanan balik ke selangor, kami semua sempat singgah bermalam di rumah saudara di Seberang Jaya.. sebab dah kenyang kan.. nanti tak leh nak drive pulak.. Selepas sarapan yang ringan-ringan di rumah.. kami bersiap untuk meneruskan perjalanan balik ke selangor.. Walaupun kami dah bersarapan pagi, tapi kalau bab makan memang kami tak tolak.. jadi ini lah tempat makan yang kami tuju..
Kami singgah untuk menjamu selera disini, serta penambah tenaga kami, sebab perjalanan masih jauh lagi.. ini lah dia tempatnya Pak Man Mee Kuah Ketam To'Kun. Selama ni dengar dorang bercerita je... sedap katanya.. sedap sampai tak leh lupa.. ada pernah masuk program TV lagi.. tu yang kami semua berusaha cari... ingat senang, rupanya tersorok juga gerainya.. Kedudukan gerai nie kat tepi jalan je. dekat simpang Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Juara dan sebuah masjid. Lupa pulak nak tulis nama masjid tu apa. Dia berada di Jalan Kolam Air dan di simpang Kg Jalan Kolam. Bukit Mertajam, Ia dibuka dari jam 2 hingga 7 petang dan tutup pada hari Jumaat. Bagi sesiapa yang perlukan kordinat, amik kordinat nih haaa...
N 5.346808, E100.486962
Masuk je gerai ni.. wow!!! memang penuh.. tak de tempat nak duduk ok, cuaca pulak agak panas masa tu, ye lah tengahari.. (itu yang excited mencari sebenarnya,sebab memasing lapo) walaupun tempat tu gerai biasa je, tapi memang pack dengan orang ramai.. penduduk berdekatan pun memang akan tuju ke gerai ni, tu baru tengok orang ramai.. belom cuba lagi masakkan nya.. sedap sangat ke kan.. kami pun semua start la mengorder makanan.. yang penting resepi utamanya mee kuah ketam la yang kami order.. ketam besar lagi kami minta.. Tempat parkir jangan risau.. memang ade disediakan.. so boleh makan dengan tenang..
Tu dia.. Dah mai dah.. Nampak sedap kan.. Ni yang biasa punya.. pinggan bulat, ketam pon bersize kecil..
Yang ni Hubby order.. special, ketam bersize besar, dan pinggan pon besar.. puas makan..
yang ni, saya punya.. tak da ketam, biasa je.. kosong.. sebab saya bukan pengemar makan ketam, tapi kalau ada mak saya, saya suruh dia kopekkan isi.. saya akui saya memang malas makan ketam.. huhu
Pembasah tekak.. saya ambil air bandung saja.. cuaca panas.. memang menyegarkan..
Qish menunggu hubby suap dia makan ketam, sampai comot-comot muka nya..
Kopek udang pakai tangan je, baru feel.. udang dan ketam memang fresh.. baru lagi.. so rasanya memang manis.. terbaik la Pak Man..
Sampai licin udang dan ketamnya.. memang sedap, so u'ols semua boleh cuba datang rasa sendiri.. memang puas hati, jalan jauh2.. berbaloi-baloi.. kena pulak kalau yang datang ni memang kaki makan..macam kami ni.. confirm akan datang lagi..
Dah kenyang, kami teruskan perjalanan.. Semasa dalam perjalanan nak balik ke selangor, suami saya mendapat panggilan dari alor star memberitahu pak ngah masuk ke hospital disebabkan terkena stroke angin ahmar. Tapi kami dah terlalu jauh..tak kan nak berpatah balik.. jadi kami semua hanya sampai kan salam takziah saja, harap pak ngah kembali sehat sedia kala..
Cantik pemandangan gunung ganang di perak ni.. sedap mata memandang.. cuaca pon elok je..
Dan akhirnya.. kami selamat sampai juga ke selangor.. Alhamdulillah.. singgah sebentar di rumah ayah cu, sebelum teruskan perjalanan ke rumah.. atas tu koleksi mainan ayah cu saya.. banyak dan ada tu sampai hilang dikerjakan dengan cucu-cucunya..
Trip yang sangat enjoy dan memenatkan sebenarnya..
Nota Kaki: Kenangan terindah.. sepanjang perjalanan, jadual kami dipenuhi dengan jalan-jalan cari makan..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..