Blogger Widgets

Tuesday, 1 January 2013

Bercuti part 2

Sambungan untuk hari ke 2..

Seawal pagi bangun, bersiap untuk pergi ke majlis kenduri kahwin, Qistina pagi-pagi bangun sebab tahu kami semua nak sambung berjalan. (arini kedua ni lagi seronok, jauh nak berjalan ni) Setibanya di rumah pengantin, nampaknya tetamu masih belum ramai lagi.. so kami pon duduk-duduk bersembang sementara menunggu pengantin bersiap, dan menunggu pengantin dari pihak lelaki sampai. Masa yang terluang tu, tak di sia-sia kan, diisi dengan xtivi mengambil gambar.. haha


 Nampak tu, muka boring...


Masa ni,Qish mengamok sebab nak turun dari kerusi nak jalan-jalan, Hubby pulak tak bagi sebab risau kemana-mana pula dia pergi nanti.. dah la masa ni tetamu dah start ramai, nanti dia hilang dicelah-celah kerusi tetamu.. tak larat pulak abienya nak kejar nanti..


nak bagi Qish diam, nah bagi dia main bussiness card katering kahwin.. ade dorang letak atas meja..


Sebelum masuk rumah nak tengok bakal raja sehari keluar sambut pengantin lelaki, sempat suruh Qish posing atas pelamin, masa ni dia mendongak sebab tengok mak long dia ajar buat *peace (^^, )v


Akhirnya suruh buat *peace pandang kamera, macam tu pulak jadinya.. macam suruh mummy diam.. hehe


Cantik pelaminnya, sekarang memang tengah top pelamin letak bunga besar-besar macam tu..


Qish bersantai di atas pelamin, boring sangat katanya, mujur duduk diam-diam.. 


Ni lah dia pengantin perempuannya, merangkap anak sepupu mertua saya.. chubby orangnya, lemah lembut.. kena dengan tuannya.. design baju kahwin pun cantik.. warna baju kena dengan kulitnya.. teringat pulak masa zaman saya naik pelamin dulu.. control cun ok.. semua orang tengok ni.. haha.. semua nak bergambar.. raja sehari la katakan..macam retis pun ade..  


Nah.. Pengantin lelaki pon dah sampai..


Berarak mengiringi dua mempelai ni untuk naik ke pelamin..

Tak lama lepas kami duduk-duduk dan menepung tawar pengantin, kami semua bergerak untuk balik ke selangor.. tutup cerita di rumah pengantin..

Nota Kaki: Nak lagi menarik.. jom baca part 3...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..