Blogger Widgets

Wednesday, 9 January 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum,

Sekarang saya tengah seronok melayan Drama bersiri "Setia Hujung Nyawa" lakonan Nelydia Senrose sebagai Ersalina Dan Amar Ashraf sebagai Zain Hakimi.







Barisan pelakon yang menjayakan drama bersiri ni, Zila Bakarin (Datin Adibah), Bea Rameshan (Dr.Suria), Nelydia Senrose (Ersalina), Chacha Maembong (Zehra), Sura Sojangi (Sofea), Ryzal Jaafar (Abg Er), Talha Harith (Hady), Amar Ashraf (Zain Hakimi), Hilal Azman (Ayah Er) tak ketinggalan juga Raja Ema (Haliza) sebagai mama Ersalina
Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA: Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia di pandangan mata kasar Datin Adibah, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?
Tak sabar nak menonton drama ni sampai ke episod terakhir.
Ost untuk drama bersiri ni, saya suka sangat lagu yang dinyayikan oleh Mimie Haris dengar banyak kali pon tak jemu. kat bawah ni saya sertakan lirik lagu tu..



Sastera Kupu-Kupu by Mimie Haris

Betapa kelam buat aku tak termampu...
Dimanakah mentari.. yang dahulu disisi..
Betapa kejam bila sayapku kau patah,
Tubuhku pun melemah.. Diriku pun merebah..

Sakit... ini...
Adalah setia.. yang tak pernah kau mengerti..
Berharap kasih moga engkau mampu memahami,
Walaupun bukan sekarang,
Bahagia menjelang,
Mengharap kasih moga engkau mahu untuk bersama,
Andai musim pun berubah, Dirimu kan datang,

Ohhho..
Wooo...
Wooo...
Heyyyaaa..Woo

Aku si kupu-kupu.. Hinggap di kuntum hatimu...

Berharap kasih moga engkau mampu memahami,
Walaupun bukan sekarang,
Bahagia menjelang,
Mengharap kasih moga engkau mahu untuk bersama,
Andai musim pun berubah, Dirimu kan datang,
Berharap.. kasih..

Ohhhhh...

Bahagia menjelang,
Mengharap kasih moga engkau mahu untuk bersama,
Andai musim pun berubah, Dirimu kan datang,
Ohhhhh.....



Cerita ini diadaptasi dari novel "Setia Hujung Nyawa"


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..