Muka terpaksa dikartunkan sebab tengah menahan sakit yang amat..
Masuk ni dah 3 4 kali jadi. Bila beli saparan je mesti sakit perut.. yang dah sedia masak punya. Goreng-goreng. Kalau kuih-kuih tu takde la pulak. Mula-mula kena tu, ingatkan mungkin salah makan kat tempat lain. Tapi semalam tak makan apa pun. Pagi ni baru makan beli kat warung tu. Sah memang kat situ la puncanya. Tapi kalau beli makanan tengahari setakat ni alhamdulillah tak lah rajin sakit perut. Cuma kadang-kadang tu kena jugak lah. Mungkin sebab memang dah tiba masa nak membuang kot. hehe..
So terpaksa la Melabur dekat Bank. hehe
Nampaknya lepas ni memang kena cari warung lain untuk mengisi perut, tengahari atau pagi. Mungkin disebabkan owner kedai ni kurang menitik beratkan tentang kebersihan. Jadi dia pakai Langgar je. Memang ramai yang beli kat kedai dia ni sebab takde pilihan. Dan warung ni banyak menyajikan pelbagai jenis lauk, kalau nak dibandingkan dengan lain lain warung.
Pernah tu beli makanan bersemut la, tak fresh (bahan mentah yang lama dalam peti sejuk), berulat, dan kadang-kadang ade serangga-serangga kecil.
Untung dia nak berganda sebab harga tak tentu masa.. kebersihan tak mau jaga.. yang susah, kita yang makan ni. Bukan nak mengutuk atau mengeji. Kalau nak kata tak balik modal.. customer yang datang memang ramai.. jadi molek benar kalau nak diupgrade kan lagi tang kebersihan, keluasan warung dan lain lain lagi lah.
Tapi cadangan kami ni, hanya didengari saja.. selebihnya hanya diam tak buat apa-apa.
Mak Cik biarlah tak banyak lauk.. daripada banyak tak terpilih nak makan apa tapi boleh menyakitkan perut kan...
Itu la Lieya nak share harini.. sakit perut sampai takde mood dah.. yela asyik nak ke tandas je kejanya..
Nota Kaki: berazam bawak bekal je lepas ni.. senang cerita. masak simple-simple untuk tekak sendiri..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca, jangan segan segan letakkan komen yo..
Kamu kamu kamu memang the best..