Blogger Widgets

Saturday, 22 February 2014

Gilalah - Stacy

:: Assalamualaikum ::




Lirik Lagu/ Lyrics

Gilalah! - Stacy



Mereka berkata aku tak normal

Otakku tak bisa untuk subjek moral
Toleransi dan hemah tinggi, ku tak mengerti
Hormat menghormati ku besar hati


(Aku tak tau) hatiku macam batu

(Tapi ku tahu) kamu pun begitu
Aku selamba ketawa gila
Dunia tak sempurna bila aku tiada
Aku selamba aku gembira
Oh aku tak sabar jadi gila la la


Ku suka berfoya bersama beyya

Bila ku ketawa dia gembira
Makan aiskrim dan makan jeli oh favorite kami
Hidup bahagia selalu mengada


(Aku tak tahu) hatiku macam batu

(Tapi ku tahu) kamu suka aku
Aku selamba ketawa gila
Dunia tak sempurna bila aku tiada
Aku selamba aku gembira
Oh aku tak sabar jadi gila la la


Ketawa bersama menari bersama

Aku dan kamu bersatu bersama
Cuba kau mengerti jangan kau sesali
Aku memang pilihan yang terbaik


[muzik]


(Dunia tak sempurna bila aku tiada)
(Aku selamba aku gembira)
Oh aku tak sabar jadi gila (la la)


Aku selamba ketawa gila 
Dunia tak sempurna bila aku tiada
Aku selamba aku gembira

Oh aku tak sabar jadi gila la la


Ohhh.. aku tak sabar nak jadi gila

Ohhh.. aku tak sabar nak jadi gila

Ohhh.. (gila!)

Saturday, 15 February 2014

Hilang

:: Assalamualaikum ::

Tengok anugerah meletop.. terus jatuh cinta dengan lagu baru ni..

Lirik Hilang oleh Najwa Latif

Aku hilang diriku
Sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku
Kerna ku mahu cintamu
Dan aku hilang.. hilang


Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu Wohooo.. Milikmu

Aku ingin kau tahu
Dan sedarkan kewujudanku
Aku inginkan kamu
Lebih dari yang kau tahu
Dan aku hilang.. hilang


Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu Wohooo.. Milikmu wooo


Dan mungkin kau takkan pernah sedari aku
Dan mungkin kau takkan sedar kewujudanku
Tapi ku ingin kau tahu ku akan mencintaimu oo wwoo
Dan aku hilang.. hilang


[*]
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya


Repeat [*]

Milikmu Wohooo.. Milikmu
Woohoo
Milikmu Wohooo.. Milikmu



Chanel handbag

:: Assalamualaikum ::


Sumber: Google

Dah bawa termimpi-mimpi dah beg ni, adoi lah.. suke sangat lah dengan design dia.. kali pertama tengok masa Zizie Ezette pakai.. baru-baru ni dia pakai p melancong. Nampak simple, tapi design dia dah cukup buat Lieya tertarik.. Hampir merata cari beg ni. Sanggup ajak suami p cari. Sebab dah suka sangat.

So Lieya ajak suami pergi cari, dekat Klang, Up town Damansara. Cari punya cari suami buat surprise.. belikan Lieya satu beg ni. Murah tapi cantik..



Search kat google memang cantik-cantik, tapi macam Lieya ni dah ketinggalan jek.. haha..
sebab rata-rata Lieya tengok beg ni popular sejak tahun 2010 lagi.. sekarang dah 2014..

Lepas ni jumpe kasi sambar je terus. Kalau nak beli yang Ori memang tak lah nampaknya.. Memang tak mampu sebab cecah sampai pepuluh ribu riban.. So mampu beli yang gred tak brapa nak ori je la.. bawah RM500 masih boleh dipertimbangkan lagi...

Tengok dalam drama ariana rose pun, ramai yang pakai beg ni. Ariana Rose Episode 25 masa majlis persepsi perkahwinan Ariana dengan adam.


Makin berminat,makin ramai pulak yang pakai beg ni.. Berkemungkinan Lieya dapat merasa pakai beg ni, Insha allah.. Moga dimurahkan rezeki untuk memilikinya.

Buat apa nak menunjuk-nunjuk kan kalau tak mampu. Nanti diri sendiri pulak yang tersepit bila susah kan.. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Baik beli yang murah tapi insha allah leh tahan lama. Tapi kena extra jaga la kan.. pakai pun tak boleh la ganas-ganas. Ada sapa-sapa yang tau mana leh dapat murah-murah area lembah klang atau online.. meh share share ye..

Nota Kaki: owh beg Chanel, Ko tunggu aku beli..

Friday, 14 February 2014

Selesai sudah..

:: Assalamualaikum ::

Akhirnya tamat juga drama the wedding breaker Ariana Rose.

Pengakhiran cerita cinta Adam dan Ariana yang menggembirakan. Cuma Lieya tak pasti apa yang terjadi pada Harith. Bekas bos Ariana. Bercinta dengan siapa lah dia ye nanti.. nak bercinta dengan Liyana tak dapatlah sebab Ramzul dah bunuh adik dia sendiri.

Bekas perempuan simpanan Adam, si Sophie tu pun tak tahu apa jadi pada dia.. mesti dia cari anak-anak orang kaya untuk kesenangan hidup dia.. buat pengganti Adam.

Adik-adik tiri Ariana rose pun boleh tahan juga.. nak yang berada saja.. Tak kemana lah hidup kalau tujuan nya begitu.. Hehe nasib cerita hanya rekaan semata-mata.

Tapi kisah-kisah macam ni ada terjadi dalam kehidupan seharian kita.

Cuma kadang-kadang kita je yang tak nampak. Atau mungkin jalan ceritanya agak berbeza sedikit. Mungkin berbeza dari awalan cerita dan mungkin juga di akhiran ceritanya.

Apa pun, Lieya seronok tengok cerita ni.. enjoy sangat.. walaupun kadang-kadang termiss. Tapi berjaya dicover balik dari blog-blog yang sediakan videonya.. tq u'ols..

Adios....

Risiko MEMBENCI suami

:: Assalamualaikum ::

Moga Lieya terhindar dan dijauhkan rasa-rasa begini.. insha allah.. amin..Untuk perkongsian kita bersama..



Setiap perkahwinan, walaupun dibina dengan cinta kasih, persefahaman dan penyatuan matlamat kehidupan, ia tidak mungkin bebas daripada mengalami badai taufan. Seperti musim yang berganti, ada yang baik dan ada pula yang tak baik. Tetapi segalanya pasti berlalu. Hanya kita yang boleh memilih, hendakkan musim bunga atau musim kemarau. Begitulah pilihan suami dan isteri bagi menentukan kebahagiaan mereka bersama. Sikap dan tindakan yang dipandu oleh emosi semata-mata boleh menjejaskan perhubungan keduanya. Akhirnya timbullah pergaduhan, sakit menyakiti, ancam mengancam, benci membenci dan yang lebih merbahaya mengakibatkan perceraian.
Biasanya isteri cepat terangsang emosinya dengan perasaan marah, tak puas hati, cemburu, merasa tidak dihargai suami, letih dan penat dengan kerja dan anak-anak yang mesti diuruskan menjadi faktor yang menaikkan suhu emosinya. Suami pula banyak bertindak secara rasional sebab lelaki diciptakan Allah SWT dengan karakteristik yang berlainan dengan wanita. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing sesuai dengan fitrah mereka. Jika anda seorang isteri yang penuh kasih kepada suami, tidak mustahil sesekali ada juga kebencian dalam hati anda terhadap suami. Mungkin kerana tingkah lakunya, sikap malasnya, tabiat buruknya dan lain sebagainya. Anda berasa tidak puas hati, merajuk, marah, mungkin benci dan anda tunjukkan di depannya.
Cara berkomunikasi yang anda lakukan mungkin tidak tepat sehingga menambahkan lagi luka yang telah bernanah. Leteran dan ungkit mengungkit bahkan memperbodoh-bodohkan suami membuatnya berasa tidak dihormati dan tidak dihargai segala jasanya. Alangkah sengsaranya berada dalam keadaan rumahtangga yang bergolak dan selalu berulang keadaan yang sama sepanjang perkahwinan. Tidakkah anda mengimpikan keharmonian yang kekal? Lupakanlah kebencian terhadap pasangan anda dan kembangkanlah senyuman paling menawan dan manis. Tahukan anda apakah risikonya bila membenci suami?
1. Anda mungkin kehilangannya bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat. Sekali sekala merajuk dan marah-marah boleh, tetapi jika selalu diulang perangai yang tak elok itu, jangan harap suami akan bertahan dengan tabiat anda. Apabila anda berasa sangat ingin marah, ingatlah mungkin wanita lain yang lebih penyabar dan lembut hatinya akan mengganti singgahsana yang anda duduki sekarang. Bahkan para bidadari di syurga berdoa agar suami anda mendapatkan yang lebih baik dari anda. Demikianlah sabda baginda SAW. Daripada Muaz bin Jabal RA Nabi SAW bersabda yang maksudnya: ”Seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, maka calon isterinya di akhirat (bidadari) berkata: Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah menimpakan musibah kepadamu. Ketahuilah dia hanya sementara berkumpul denganmu sebentar lagi dia akan berpisah denganmu dan akan kembali kepada kami.” (Riwayat al-Tirmizi)
2. Allah SWT akan menggantikan anda dengan wanita yang salihah dan taat kepada suami. Firman-Nya yang bermaksud: “Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik dari kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, sama ada yang janda atau anak dara.” Surah al-Tahrim: 5.
3. Ancaman Rasulullah SAW tentang penghuni neraka yang kebanyakannya di kalangan wanita kerana dosanya kepada suami. Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam syurga, kebanyakan penghuninya daripada kalangan orang-orang fakir. Dan aku melihat ke dalam neraka, kebanyakan penghuninya adalah daripada golongan perempuan.(Kerana mereka tidak bersyukur kepada suaminya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mengapa mesti ada pertengkaran, bertikam lidah dan kekasaran bahasa yang akhirnya diri andalah yang merasa paling sakit dan tersiksa kerana anda adalah wanita yang berperasaan halus dan lembut. Gurisan luka di hati akan terpendam selama-lamanya dalam ingatan anda. Lupakanlah dan berusahalah menjadi wanita yang sabar dan reda. Sesungguhnya segala masalah itu ada jalan keluarnya jika kita mahu merubahnya. Mengapa tidak mulakan perbincangan dan bertenang dalam menyelesaikan masalah rumahtangga. Saling memberi nasihat dengan ikhlas, bukannya mengkritik dengan bahasa yang kasar dan pedas. Kerana sesungguhnya apabila anda ikhlas menasihatinya, Allah SWT yang akan menghantarkannya terus ke lubuk hati suami anda yang tercinta. Ubahlah sikap pemarah dan pembenci dengan banyak berzikir iaitu ingat pada Allah dan takut kepada-Nya.

Info berguna ni semuanya datang dari blog
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Kredit untuk blog dr.juanda

3 Deria buat suami tetap Lekat

:: Assalamualaikum ::

Kongsi sedikit info..

Kepuasan lelaki ada pada wanita, kerana wanita diciptakan untuk mendampingi lelaki yang dahagakan kasih sayang, dan begitulah sebaliknya. Keresahan dan kegelisahan suami hanya terubat dengan ketenangan dan kelembutan tangan isteri. (memang powerfull) Sentuhan dan belaian isteri mampu menenteramkan jiwanya. Jika kebahagiaan suami di tangan isterinya, maka kesengsaraannya juga berpunca dari kelemahan isteri memenuhi tanggungjawabnya. Jika ada kepincangan ketika keduanya melakukan tugas sebagai sepasang kekasih maka suasana saat itu pasti menjadi tegang, masing-masing menuntut pasangannya berperanan dengan sempurna.
Isteri yang kurang mahir menjaga makan minum suami berada pada kedudukan yang amat merbahaya. Begitu juga suami yang tak pandai mengambil hati isteri menyebabkan isteri cepat tersinggung, akhirnya membawa keretakan yang sedikit demi sedikit melemahkan mahligai rumahtangga mereka.
Para isteri sebenarnya mampu menambat hati suami mereka dengan menguasai tiga deria sensitif suami anda.

1. Deria penciuman.
Untuk melegakan stress suami yang penat seharian bekerja, anda digalakkan mandi dan berhias, memakai wangian yang lembut, mengemas bilik tidur dalam keadaan rapi dan wangi, tentu saja bukan hanya suami yang rasa tenang, anda sendiri juga akan merasakan kelapangan hati walaupun duduk di rumah yang sempit. Perlu diingat oleh para isteri, bauan yang wangi itu adalah hak suami, semestinya di dalam rumah anda, mesti lebih cantik dan wangi berbanding di luar rumah.
2. Deria penglihatan.
Mata adalah organ seks yang pertama terangsang. Oleh itu di dalam Al-Quran, surah Al-Nur ayat 30-31 jelas menerangkan tentang suruhan menundukkan pandangan bagi lelaki dan wanita yang bukan mahram. Maksud ayat tersebut:

”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka, sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Demikianlah kehebatan mata, kerana panahannya terus jatuh ke hati. Apabila isteri tidak suka berhias untuk suaminya, ke manakah pandangan mata suami akan tertumpu? Relakah anda jika suami lebih berminat memandang wanita lain? Kecantikan adalah daya tarikan luar biasa bagi setiap lelaki. Jangan beralasan, ”Tak pa! Suami I kuat imannya!” Iman boleh padam juga kalau hari-hari dicabar dengan pemandangan yang menaikkan berahi. Nauzu billah! Semua lelaki adalah insan biasa, bukan malaikat yang tak pernah berdosa.
3. Deria rasa.
Kalau sudah pandai memasak, belajarlah menghidang dengan cara yang menyelerakan. Hidangan ala restoran mahal walaupun bahan yang digunakan murah sahaja. Apabila suami dan isteri sama-sama penat seharian bekerja, bolehlah anda minta supaya suami temankan anda memasak, dia tak reti tak memasakpun tak apa asalkan duduk bersama di dapur sambil bersembang, si suami pula jangan anggap isteri itu macam orang gaji. Kalau mahukan sesuatupun mintalah dengan lemah lembut gaya bahasa 2P; Puji dan pujuk. Cukup senang menambat hati suami anda, tolong jaga makan minumnya dan waktu rehatnya. Jika isteri mampu lakukan semua itu, dialah syurga di hati suami.
Kepada para suami, hendaklah diingat!!
Isteri bukan pelayan anda! Isteri adalah pendamping setia, tetapi kerana cinta, dia sanggup menjadikan seorang suami sebagai raja. Kalau anda mahu kekal berada di hatinya, jadikanlah diri anda raja yang bergantung kepada kekuatan isteri. Kerana anda bukan apa-apa jika tiada di sisinya.
Bagi isteri pula jangan ambil kesempatan atas sikap suami yang penurut dan taat. Kebanyakan suami jenis ini manis di rumah tetapi di luar semasa ketiadaan anda dia boleh melepaskan ‘ketidakpuasannya’ kepada yang lain. Banyak kita dengar suami mencari-cari kelemahan isteri ketika ia menjalin cinta dengan wanita lain. Sebelum nasi itu jadi bubur sebaiknya anda pastikan suami tetap lekat dengan petua-petua di atas.
Elok juga jika suami anda jenis yang mahukan segalanya sempurna (perfect), rumah kemas, anak-anak kemas, isteripun kena timbang berat badan, makan ubat dan ramuan yang meningkatkan keintiman, isteri mesti belajar memasak dan sebagainya, walaupun isteri merasa tertekan dengan karakter suami yang sebegini tapi pada akhirnya keperibadian isteri akan semakin hebat. Biarlah suami anda kuat berleter jika itu demi kebaikan anda juga, tetapi jika suami jenis tak kisah rumah berselerak, anak-anak tak terurus, isteri tak jaga penampilan, makan minum di luar, jangan terkejut jika ia langsung tak berminat kepada anda lagi. Bukan hendak salahkan isteri, tetapi anda dan suami mesti saling menolong menjaga hati masing-masing.

Thursday, 13 February 2014

Lemas Dikongkong Suami???

:: Assalamualaikum ::

Tengah berblogwalking... Tiba-tiba ternampak entri yang sangat best ni.. so Lieya nak kongsi..

Ada dikalangan anda mesti rasa tersiksa jika hidup asyik mengikut kehendak orang lain yang bertentangan dengan kemahuan sendiri. Walaupun dia adalah suami yang anda cintai, bukan bererti segala sesuatu mesti mengikut katanya dan mengorbankan perasaan anda. Perkahwinan dalam Islam tiada sistem manipulasi sama sekali. Suami dan isteri dituntut untuk mengambil jalan tengah dan adil dalam setiap masalah yang dihadapi. Perkara ini pernah dinyatakan dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim.
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab beliau berkata:
“Demi Allah, ketika zaman jahiliyah kami tidak pedulikan hak wanita sedikitpun, sehingga Allah menurunkan ketentuan tentang mereka dan hak mereka. Ketika aku memikirkan suatu urusan yang sulit, isteriku berkata: Apa pandanganmu jika kamu melakukan begini dan begini? Aku berkata: Mengapa kamu mencampuri urusanku? Dia menjawab: Betapa peliknya engkau wahai Ibnul Khattab! Kamu tidak mahu saya memberi pandangan! Padahal puterimu (Ummul Mukminin Hafsah binti Umar) pernah memberi pandangan kepada suaminya (Rasulullah SAW).”
Betapa indahnya syariat Islam. Suami dan isteri saling berbagi, namun tak semua mimpi indah menjadi realiti. Tak kira lelaki muslim atau bukan muslim, ramai di kalangan suami menganggap isteri mesti ikut, tunduk dan taat arahan suami tanpa kompromi.
Dari manakah datangnya ajaran ini?
Yang jelas ia bukan dari ajaran Islam. Mungkin disebabkan pengaruh faktor budaya sebagai orang timur yang membentuk perilaku sebegitu.
Padahal Rasulullah SAW adalah selembut-lembut lelaki yang bergelar suami. Hal ini dapat kita sandarkan pada hadis baginda SAW yang suatu ketika berbicara untuk kaum wanita, yang bermaksud; 
“Janganlah kamu melarang para wanita mendatangi masjid-masjid Allah.” (Riwayat Al-Bukhari). Apakah wujud kongkongan terhadap wanita dalam ajaran Islam setelah kita mendengar hadis sebegini?
Kemudian hadis Rasulullah SAW yang memberikan kelonggaran untuk wanita keluar bekerja. Ummul Mukminin Aisyah RA berkata:
“Wanita yang paling pemurah tangannya antara kami ialah Zainab, kerana dia bekerja dengan tangannya sendiri dan bersedekah.” (Hadis riwayat Muslim)
Isu kongkong mengongkong ini turut dialami oleh lelaki. Mereka yang memiliki isteri bersifat Queen Control! Suami takut isteri atau isteri takut suami, apa bezanya? Kedua-dua keadaan ini adalah salah menurut ajaran Islam.
Biarlah perkahwinan itu ditegakkan dengan prinsip keadilan, kesaksamaan, tahu dan melaksanakan hak dan kewajipan masing-masing. Komunikasi dibina dengan telus dan cerdas. Suami dan isteri mesti memiliki kemahiran seni pengurusan hati dan perasaan untuk menjamin komunikasi itu berkesan.

Ada tiga petua untuk mengatasi tabiat suka mengongkong.

1. Percaya kepada pasangan anda. 
Anda boleh menguasai isteri dari sisi zahirnya sahaja namun hatinya tidak, akal fikirannya apatah lagi. Jadi jangan terkejut bila di depan anda dia OK, namun di belakang lain. Di sinilah perlunya sikap saling percaya mempercayai. Percaya bahawa baik buruk datang dari Allah Taala. Siapalah kita yang mahu ‘menguasai’ isteri atau suami. Itu kerja Allah Taala, Yang Maha Berkuasa atas setiap makhluk. Suami hanya boleh memberi pandangan dan nasihat yang membina bukan dengan memaksakan kehendaknya. Jadilah seperti seorang dokter yang mengubat bukan sebagai hakim yang mengadili. Sifat saling mempercayai dibina dengan kejujuran, keterbukaan dan mahu menerima pasangan dengan segala kelebihan dan kekurangannya.
2. Hormati pandangannya.
Sepertimana anda suka dihormati orang lain, begitu juga isteri yang mahukan pengiktirafan daripada suami. Manusia dilahirkan membawa sifat dan cara yang berbeza, namun demikian perbezaan itu tidak membuktikan bahawa mereka tidak boleh bersatu. Dengan perbezaan pendapat dan cara berfikir sebenarnya membuka ruang kepada suami dan isteri untuk berinteraksi secara intim. Seandainya isteri takut dan tutup mulut, kemudian ikut saja kehendak suami maka keadaan ini akan memberi impak negatif dalam perhubungan mereka dalam jangka masa panjang. Tak akan ada rasa intim jika asyik mengalah dan memendam perasaan yang berhujung dengan virus dendam. Hormatilah isteri sebagai seorang manusia yang boleh memilih, menimbang, mengkaji dan meneliti. Sepatutnya, suami pintar, isteri pula bijak.
3. Ubati emosi anda.
Suami yang suka mengongkong isteri atau sebaliknya, memiliki emosi yang tidak stabil. Bayang-bayang ketakutan, cemburu dan ego bercampur menjadi satu, lantas melahirkan rasa tidak selamat dan gelisah apabila isteri tidak berada di depan mata. Latarbelakang keluarga yang mengamalkan disiplin yang terlalu mengongkong juga mempengaruhi watak dan karakter suami pengongkong. Terlalu idealis dan perfectionis juga menyumbang kepada sikap mahu menguasai orang lain agar mengikut di bawah telunjuknya. Semua itu adalah penyakit mental yang mesti diubati. Di sinilah peranan orang di sekeliling khasnya isteri amat penting untuk membuka mata suami bahawa dia mesti berubah, sebelum segalanya akan berakhir dengan kehancuran rumahtangga.

Mary Kay Gift Away

:: Assalamualaikum ::

Apa itu Mary Kay..?? Ha.. mungkin ada yang tak tau, macam Lieya ni kan.. dan mungkin jugak ramai yang dah tau apa itu Mary Kay.. Meh nak kongsi sikit dia punya info..Click aje intomarykay , leh dapat details kat situ.. 


Jadi untuk support usaha mereka ni untuk meluaskan lagi product mereka ni.. jom joint Mary Kay Gift Away

Manalah tau.. Lieya atau kamu...kamu...kamu yang berTUAH kan..

Hanya 6 yang bertuah akan di UNDI secara Lucky Draw..  (memang menarik...ok)

Anda Berminat.. Nak joint..?? senang je.. Click kat SINI ..
Jom support kawan kita ni Okeeehhh,

Psssttt Jangan lupa follow blog mereka ye.. Peace 

Saturday, 8 February 2014

Sakit pula hati kita ni..

:: Assalamualaikum ::

Sampai opis pukul 7.50 Pagi. Pagi-pagi lagi perut dah lapar.. tu la bila dah selalu amalkan minum ESP setiap pagi.. tapi bila termiss minum, mula la cepat rasa lapar. Jadi Lieya pergi la beli sarapan pagi dekat warung berdekatan opis Lieya bekerja.. Jalan kaki je.

Muka terpaksa dikartunkan sebab tengah menahan sakit yang amat.. 

Masuk ni dah 3 4 kali jadi. Bila beli saparan je mesti sakit perut.. yang dah sedia masak punya. Goreng-goreng. Kalau kuih-kuih tu takde la pulak. Mula-mula kena tu, ingatkan mungkin salah makan kat tempat lain. Tapi semalam tak makan apa pun. Pagi ni baru makan beli kat warung tu. Sah memang kat situ la puncanya. Tapi kalau beli makanan tengahari setakat ni alhamdulillah tak lah rajin sakit perut. Cuma kadang-kadang tu kena jugak lah. Mungkin sebab memang dah tiba masa nak membuang kot. hehe..

So terpaksa la Melabur dekat Bank. hehe

Nampaknya lepas ni memang kena cari warung lain untuk mengisi perut, tengahari atau pagi. Mungkin disebabkan owner kedai ni kurang menitik beratkan tentang kebersihan. Jadi dia pakai Langgar je. Memang ramai yang beli kat kedai dia ni sebab takde pilihan. Dan warung ni banyak menyajikan pelbagai jenis lauk, kalau nak dibandingkan dengan lain lain warung.

Pernah tu beli makanan bersemut la, tak fresh (bahan mentah yang lama dalam peti sejuk), berulat, dan kadang-kadang ade serangga-serangga kecil. 

Untung dia nak berganda sebab harga tak tentu masa.. kebersihan tak mau jaga.. yang susah, kita yang makan ni. Bukan nak mengutuk atau mengeji. Kalau nak kata tak balik modal.. customer yang datang memang ramai.. jadi molek benar kalau nak diupgrade kan lagi tang kebersihan, keluasan warung dan lain lain lagi lah.

Tapi cadangan kami ni, hanya didengari saja.. selebihnya hanya diam tak buat apa-apa.

Mak Cik biarlah tak banyak lauk.. daripada banyak tak terpilih nak makan apa tapi boleh menyakitkan perut kan... 

Itu la Lieya nak share harini.. sakit perut sampai takde mood dah.. yela asyik nak ke tandas je kejanya.. 

Nota Kaki: berazam bawak bekal je lepas ni.. senang cerita. masak simple-simple untuk tekak sendiri.. 

Friday, 7 February 2014

Mohon share.. Cadangan untuk atasi masalah bayi sembelit..

:: Assalamualaikum ::

Sekejap je masa berlalu genap dah usia Baby Rayyan 5 bulan. Bila Lieya tak dapat nak beri Baby Rayyan kelebihan susu ibu semaksimum yang boleh, Lieya terpaksa beri susu formula sebagai penambah makanan untuk dia. Tapi Lieya sentiasa berdoa untuk beri Susu ibu sehingga umurnya 2 tahun. Insha allah.

Sebagai ibu dan bapa sudah tentu kami mencari susu formula yang terbaik untuk anak-anak. Dalam fikiran buat masa ini, dia masih kecil dan memerlukan zat dan nutrisi yang banyak, jadi yang terbaik mesti yang paling mahal. Jadi kami memilih susu ANMUM untuknya.

(biar takde duit janji anak-anak dapat yang terbaik dan khasiat yang sepenuhnya).

Susu ni regenya di tengah-tengah tak lah mahal sangat. 650g bawah RM50. (3 ke 4 kali beli dalam sebulan) Sejak dari dalam perut lagi memang Lieya dah amalkan pengambilan susu Anmum, Tapi semenjak doktor sahkan Lieya ada kencing manis so doktor tak galakkan pengambilan susu Anmum lagi (masa preggy). Sebab kandungan gula dalam susu ni tinggi. Pihak Anmum sendiri pun tak galakkan ibu mengandung yang bermasalah teruskan pengambilan susu ni. Jadi Lieya beralih ke Susu INSAN – Susu Dewasa. Susu ni kurang popular jadi pencarian untuk susu ni agak terhad. Masa berpantang memang tak miss minum susu ni. Sebab kat Johor memang ade 1 kedai ni jual susu ni. Jadi mudah. 
  
Semenjak dah mula bekerja Lieya mencuba susu ESP Shaklee dan Dumil Mama. Hasilnya Alhamdulillah.. sedikit sebanyak membantu menambah susu badan. Setakat ni susu tak pernah kering, ada dan boleh mengenyangkan Rayyan. Moga ia terus menjadi lebih baik dan diperbanyakkan sehingga capai target 2 tahun. Berusaha lebih ni.

(susu badan pun kena utamakan jugak)
(ESP + Dumil Mama dan ESP + Milo)

Niat dihati ni memang nak beri susu ibu sepenuhnya. Sebab tau khasiat susu ibu, Tapi disebabkan Lieya bekerja, dan kadang kala tiada kesempatan untuk memerah, Lagi pun susu badan tak berapa nak banyak, kadang-kadang Rayyan tak kenyang minum. Jadi pemberian susu formula sedikit sebanyak membantu mengenyangkan dia. Tapi Breast Feeding masih lagi diteruskan ok.

Dulu anak yang sulung juga Lieya beri susu Anmum, Tapi tak lama 8 ke 9 bulan je. Kemudian bertukar ke susu Dumex. Biasanya Lieya ambil yang perisa Madu.
Sampai usianya genap 1 tahun 6 bulan, Lieya bertukar susu sebab dia kena sembelit yang sangat teruk. Sampai menangis, mungkin sakit sangat nak membuang. Najis jadi keras kadang-kadang berketul-ketul. Kemudian Lieya beri susu PEDIASURE, beli bagi 2 tin je. Tu pun sebab nak pulihkan balik masalah sembelit nya tu. Harga dia memang mahal sekitar RM80 ke atas, tu masa tahun lepas hehe. Memang berkesan.
  
Dia dah senang membuang selepas beri susu ni. Sekarang umur anak yang sulung pun dah nak masuk 2 Tahun 10 Bulan, Jadi Lieya beri dia susu Dutch Lady 123. Alhamdulillah sampai sekarang serasi dengan susu ni.
  
Untuk Baby Rayyan pulak pengambilan susu Anmum setakat umur hingga 3 bulan penerimaannya baik. Tapi sejak masuk bulan ke 4, pengasuhnya beritahu, Baby Rayyan dah mula nak dapat sembelit. Najisnya dah mula mengeras, dan kadang-kadang agak sukar nak buang air besar. Kadang-kadang dia menangis sebab perut tak selesa.

So, antara solution yang Lieya dah ada sekarang ni Lieya nak cuba bertukar susu formula. Mana tau ada susu yang lebih baik untuk sistem penghadaman & kumuhan dia. So far, Lieya belum ada specific brand lagi nak cuba.

Tak kisah la susu tu mahal ke murah ke, yang penting boleh kurangkan masalah sembelit yang baru nak bermula ni. Tapi kalau mommies semua ada cadangan, boleh la share-share ye!!

Lieya tahu penerimaan budak-budak ni lain-lain, tapi tak salah kan kalau Lieya nak dengar pengalaman other mommies jugak pasal susu formula ni.

Pemakanan untuk bayi dan kanak-kanak

:: Assalamualaikum ::

06/02/14 adalah tarikh Baby Rayyan check up untuk 5 Bulan, di klinik kesihatan. Seperti jadual yang telah ditetapkan, baby Rayyan perlu diberi injection.

Disebabkan badan nya yang tak berapa nak sihat akibat jangkitan selsema, jadi hari tu dia tak banyak mengomel, lebih banyak diam dan lentuk kan kepalanya dibahu. Kena inject pon tak nangis lama.. kejap je tak sampai 1 minit, lepas tu terus tido.

Bagus anak mummy ni. Mase check dengan Misi, semuanya ok, Cume dia meragam sekejap sebab nak tido. Baby yang bawah daripada 6 bulan memang takde ubat untuk selsema. doktor pon tak galakkan bagi ubat lain selain susu ibu je. Tapi untuk demam punya ada.

Jadi Lieya nak kongsikan sikit apa yang Lieya dapat dari Klinik. Info yang sangat berguna.

Susukan bayi dengan susu IBU sepenuhnya
-Susu IBU sahaja, tanpa air, susu tambahan dan makanan lain bagi bayi baru lahir hingga berumur 6 bulan.

Bilakah waktu yang paling sesuai memberikan makanan pelengkap kepada bayi?
-Makanan pelengkap perlu diberi apabila bayi berumur 6 bulan (180 hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun atau lebih.

Apakah kesan jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal?
-Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana sudah kenyang.
-Sistem penghadaman dan ginjal bayi belum matang serta belum bersedia.
-Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan,alahan dan diarhea.

Apakah kesan jika makanan pelengkap diberikan terlalu lewat?
-Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien.

Apakah makanan pelengkap yang baik kepada bayi?
-Mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan oleh bayi.
-Pilih makanan yang kurang beri kesan alahan.
-Perkenalkan makanan pelengkap satu persatu supaya bayi boleh biasakan dirinya dengan rasa dan tekstur makanan tersebut.

Pemberian makanan kepada bayi
-Beri makanan kepada bayi selepas anda menyusukannya.
-Tingkatkan kuantit makanan mengikut umur bayi.
-Beri anak masa yang cukup untuk makan.
-Berinteraksi dengan anak semasa memberi mereka makan.
-Latih anak memegang sudu (sudu plastik) atau menggunakan tangan mereka semasa makan.
-Elak daripada memberi makanan menggunakan botol susu.

Garam, Gula dan Bahan perasa
-Elakkan daripada menambah garam, gula dan bahan perasa ke dalam makanan bayi sehingga bayi berusia satu tahun, kerana ginjal bayi masih belum bersedia untuk mengawal atur bahan tersebut.


Mencegah kurang berat badan
-Ketahui berat badan anak anda dan cuba capai berat badan yang sesuai dengan umur anak.
-Beri anak anda maka pelbagai jenis makanan.
-Pastikan anak anda makan di waktu makan utama.
-Beri anak anda makanan bertenaga tinggi (makanan bergoreng) sehingga berat badannya meningkat.
-Beri anak anda makanan ringan (snek) yang sihat di antara waktu makan.
Contoh: Buah-buahan, susu, biskut.

Kesan kurang berat badan
-Menjejaskan kecerdasan otak
-Mengganggu pertumbuhan fizikal
-Mudah dijangkiti penyakit
-Mengganggu perkembangan kanak-kanak




Kepentingan susu semasa membesar
-Teruskan memberi susu kerana susu kaya dengan kalsium dan ia penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.
-Jika tidak menyusu susu ibu,tiga gelas susu sehari dapat memenuhi jumlah kalsium untuk anak yang sedang membesar.
-Elakkan memberi susu pekat manis dan susu rendah lemak kepada anak anda.

Tips menggalakkan anak anda minum susu
-Benarkan anak anda memilih perisa susu digemari.
-Ceritakan khasiat susu kepada anak anda.
-Gunakan gaya kreatif untuk menghidung susu, contohnya kisar bersama buah-buahan.
-Galakkan semua ahli keluarga untuk minum susu.

Yang baik kita kongsi bersama ye.. Wallahualam

Wednesday, 5 February 2014

Ariana Rose

:: Assalamualaikum ::

Mula-mula tengok cerita ni tak berapa nak follow sangat, sampai kadang-kadang termiss pon masih takde ape effect. Tapi bila dah masuk 3 ke 4 episode dah mula jadi gila nak follow cerita ni.. siap repeat balik cari video-video episode yang dah tertinggal sebab nak fahamkan ape yang dah berlaku. Cerita ni memang dah mula berhantu. Kalau dulu leh jadi gila tengok cerita Setia Hujung Nyawa, I Love You Mr. Arrogant dan banyak lagi.. ini juga salah satu drama yang telah tersenarai. Ade yang dari TV3, dan ade juga dari TV9.

Ini serba sedikit sinopsis yang Lieya ambil dari blog INI

Drama Ariana Rose merupakan drama adaptasi daripada novel "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose. Novel The Wedding Breaker merupakan pemenang tempat pertama dalam Anugerah Best Novel Karnival Novel 2013. Drama bersiri Ariana Rose diarahkan oleh Raja Alauddin Shah bakal disiarkan mulai 30 Disember 2013 selepas tamatnya Drama Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia TV3. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 malam. Drama ini juga boleh ditonton secara percuma di tonton.com.my



Judul Drama : Ariana Rose
Pengarah: Raja Alauddin Shah
Penulis Skrip : Sofia Rhyland
Penerbit : PenaCreative
Episod : 28 episod
Novel : The Wedding Breaker terbitan Karya Seni
Pelakon : Keith Foo (Tengku Adam), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Nabila Huda (Liyana), Arja Lee (Ramzul), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Wan Jusoh), Ziela Jalil (Datin Asra), Mustapha Kamal (Tengku Mukhriz), Liza Abdullah (Tengku Lisdania), Rahhim Omar (Tengku Sidin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Syatilla Melvin (Sophie), Wan Sharmila (Linda)
Mulai : 30 Disember 2013
Jadual : Isnin - Khamis,
Pukul : 7.00pm - 8.00pm
Saluran : Slot Akasia, TV3

Nak sinopsis penuh boleh baca kat blog infotaip

Ini barisan pelakonnya..


Nur fathia sebagai (Ariana Rose Dato' Wan Jusoh) - Heroin
Keith Foo sebagai (Tengku Adam Kamil Tengku Mukhriz) - Hero

Mustapha Kamal sebagai (Tengku Mukhriz), Liza Abdullah sebagai (Tengku Lisdania) - Ibu dan Ayah Adam, 
Rahhim Omar sebagai (Tengku Sidin), Jasmin Hamid sebagai (Tengku Marsela) - Ibu dan Ayah Tengku Juwita

Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai (Dato’ Wan Jusoh), Ziela Jalil sebagai (Datin Asra) - Ibu Bapa kepada Ariana Rose

Tasha Shila sebagai (Tengku Juwita Tengku Sidin) - calon menantu pilihan keluarga adam, tapi akhirnya tak kesampaian
Hisham Hamid sebagai (Harith) - Bos Ariana tapi dalam masa sama punya perasaan pada Ariana
Nabila Huda sebagai (Liyana) dan Arja Lee sebagai (Ramzul) ini pasangan adik beradik
Syatilla Melvin sebagai (Sophie)- Perempuan simpanan Adam

Pssstt beg tangan dia tu memang menjadi idaman Kolbu.. owh Chanel, Bila la dapat Lieya miliki mu..


Wan Sharmila sebagai (Linda) - Adik angkat Ariana Rose

Kredit to infotaip.. cau